Pemalsuan Sijil Halal-Perlukah Kita Merasa kasihan?
Petaling Jaya
Selangor
Sebenarnya saya berbelah-bagi untuk melengkapkan entry ini.
Tetapi kebenaran tetap kena dedahkan bagi memberi ruang untuk kita berfikir dan di masa yang sama, menolak sebarang andaian-andaian negatif akan tindakan pihak berkuasa.
Saya menolak sama-sekali sebarang andaian bahawa tindakan dilakukan bermotifkan sabotaj, berniat jahat atau berniat menjatuhkan perniagaan seseorang.
Dalam kes terbaru ini, saya rasa sudah memadai untuk mereka yang sentiasa memandang serong akan tindakan yang dikenakan, supaya berfikir semula akan fikiran singkat anda.
Yang pasti, ia dilakukan oleh orang Islam sendiri – yang mana hanya mereka sahaja yang mengetahui apakah niat sebenarnya.
Bagi saya, ianya sama seperti menggali kubur sendiri…
Ikuti kes yang dibongkarkan ini…
Syarikat yang diserbu ini, sudah beroperasi kira-kira setahun, terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Hasil aduan dari pengguna, ibupejabat syarikat ini diserbu Bahagian Penguatkuasa Hub halal jakim bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepengunaan.
Aduannya, semua produk syarikat ini menggunakan logo halal Jakim, walhal syarikat tidak pernah memohon sijil terbabit (walaupun mendakwa, telah mendaftar secara on-line).
Produknya , ialah minuman kordial dan ekstrak sejenis daun.
Pembungkusannya amat menarik malah mampu mengalahkan syarikat antarabangsa.
Sebenarnya, tiada yang salah dengan kandungannya, malah jika tidak diletakkan tanda halal (Jakim) sekalipun, ia tetap akan mendapat permintaan terutama orang Islam.
Ia hanya air kordial- perisa pelbagai buah-buahan dan ekstrak sejenis daun pemanis yang diimport.
Syarikat ini sebenarnya hanya membungkus/repacking air kordial tersebut, sedangkan kordial itu sebenarnya dibuat oleh syarikat lain yang didakwa mempunyai sijil halal Jakim.
Tidak salah membungkus semula produk orang lain, namun pada botolnya , ia dicetak sebagai syarikat yang diserbu ini yang mengilangkannya/membuatnya.
Tidak mengapa, ia masih boleh dimaafkan, walaupun ia sebenarnya mengelirukan pengguna.
Syarikat juga memaklumkan, mereka sebenarnya baru sahaja memesan peralatan kilang untuk memproses sendri kordial itu, dan hanya akan siap beberapa bulan lagi.
Mengapa dillekatkan logo halal Jakim, sedangkan mereka tidak pernah memohon? Dakwaan mereka telah mendaftar secara online adalah satu perkara lain, kerana mendaftar belum bererti diluluskan penggunaan sijil Halal itu.
Bagaimanapun, syarikat mendakwa, mereka menggunakan sijil Halal Jakim kerana pengeluar asal kordial mempunyai sijil halal Jakim.
Perlu diterangkan, sijil halal dakwaan mereka itu adalah untuk syarikat pengeluar, tetapi mereka perlu memohon untuk mereka dan bukan menggunakan sijil Halal pihak lain.
Ok, tidak mengapa, lagipun ia hanya kordial.
Soal-siasat kemudian dijalankan dan syarikat mendakwa, mereka sebenarnya telah membelanjakan lebih RM3000 untuk mendapatkan sijil Halal melalui sebuah syarikat konsultan, yang akhirnya melesapkan wang mereka itu.
Sebaliknya, syarikat kemudian mengeluarkan satu salinan fotostat sebagai bukti mereka mempunyai sijil halal.
MALANGNYA, sijil itu adalah sijil Halal Jakim yang dipalsukan.
Tertera tempoh sahnya dari 15 Januari 2009 dan tamat 16 Januari 2010 iaitu setahun dan mempunyai logo Jakim.
Apa yang silapnya pada salinan fotostat sijil itu?
Dalam tempoh itu, sebenarnya Jakim tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil Halal kerana ketika itu, pengeluaran sijil Halal hanya dilakukan melalui HDC Halal Development Corp. HDC hanya mengeluarkan sijil untuk tempoh dari 2 April 2008 hingga 8 Jul 2009 sebelum diambil alih semula oleh Jakim.
Jakim juga tidak pernah mengeluarkan sijil Halal untuk tempoh setahun, sebaliknya dua tahun.
Manakala sijil Halal yang dipalsukan itu juga mempunyai tandatangan palsu seorang pegawai Jakim yang tidak lagi berkhidmat di bahagian tersebut.
Siasatan sedang dilakukan , siapakah dalang yang memalsukan sijil Halal itu. Adakah pihak pengilang, syarikat yang diserbu atau syarikat konsultan terbabit? Atau adakah ianya kombinasi antara ketiga-tiga pihak?
Semua produk syarikat terbabit kemudian dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.
Kepada usahawan, perlukah kita melakukan perkara yang sudah terang-terang melanggar undang-undang, walhal tanpa logo Halal itu sendiri, anda sudah boleh berniaga.
Jika tindakan dilakukan, anda akan meratap meraung mengatakan pihak berkuasa zalim, sabotaj dan berniat jahat, walhal anda sendiri yang menganiaya diri sendiri.
Untuk makluman, kos RM400 setahun untuk sijil Halal Jakim dikeluarkan. Namun, kebanyakan dari anda sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk mendapatkan sijil Hala yang tidak diiktiraf.
Sebabnya? Sebab sijil Halal swasta mudah didapati – hanya perlu bayar sejumlah wang, biasanya ribuan ringgit bergantung kepada besar mana perniagaan anda, sijil akan dikeluarkan, biasanya tanpa banyak soal, malah banyak kes, pengeluar sijil langsung tidak memeriksa premis atau proses pembuatan, malah tiada pemantauan langsung.
Manakala untuk mendapatkan sijil Halal Jakim yang hanya RM400 setahun/RM800 dua tahun itu, anda perlu melalui pelbagai proses dari temuduga, pemeriksaan premis, bahan-bahan, malah pekerja dan peralatan, dilakukan.
Tidak cukup disitu, Jakim akan melakukan pemeriksaan mengejut dan pemantauan ke premis anda dan juga proses pembuatan , dan ianya tidak akan menjadi masalah sebenarnya jika anda peniaga yang jujur dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Perlaksanaan AKta Halal dijangka mampu melumpuhkan banyak perniagaan yang menipu pengguna selama ini, dan yang paling penting, pengguna harus tahu dan mempertahankan hak mereka – untuk berkata dan bertindak TIDAK pada barangan yang meragukan.
Post Lain Yang Berkaitan
15 Comments
You must be logged in to post a comment.





Natijahnya Bro…
MATLAMAT tidak boleh boleh menghalalkan CARA.
Salah tetap salah bro…hmmm…macamana pendapatan dia tu kira halal ke?…
MesinJahitSinger
pendapatannya kira tak halal lah…mmmm….camne tu..,rasa cam pernah tgk je jenama barang2 ni…tpiiii….lupalah..atau saya pernah guna ke??…Hhhmmm…
Banyak betul yang diragui kehalalan ( tak pasti ada ke perkataan ni )
saya sering was-was nak mencuba berbagai produk baru..malah kadang2 kedai2 makan yg gah, mewah2 pun takut nak masuk..akhirnya makan saja nasi goreng ikan bilis kat rumah..hehehee
gemok juga!
Sebelah kilang tempat vic bekerja ada sebuah kilang aiskrim yang sangat terkenal. Asal jabatan kesihatan serbu je tak pernah tak kena tutup, mesti kena tutup berminggu2 untuk kerja2 pembersihan kerana keadaan kilang yang terlampau kotor. Mereka hanya dibenarkan dibuka semula sekiranya jabatan kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihannya. Peliknya tiap kali ada lawatan mengejut lagi PASTI kena tutup lagi.
Peliknya ada sijil halal JAKIM plak tu sedangkan kalau nak diikutkan JAKIM lebih teliti daripada Jabatan Kesihatan. Jangan2 sijil halal palsu juga kot.
mesinjahit- kalau yg buat tu bukan Islam, kita boleh faham, tapi…sebaliknya yg berlaku…
hayati- produk tu dah setahun di pasaran. Ini bukan nak aniaya, tapi tak baiklah sampai benda2 mcm tu nak tipu. Tak letak logo hahalpun, org tetap beli. lagipun ia hanya buah.cuma kandungan pula tak taulah kalau ada penipuan.itu bidang kuasa pihak lain.
kujie- betul.sebenarnya, bersepah di sekeliling kita yg diragui.masalahnya, pengguna sendiri yg tak ambik kisah atau tak peduli, walhal tempat tu sendiri dah diragui.
vic- tq atas maklumat. boleh email pada saya lokasi tepat. treat this as urgent. hari ini ada satu lokasi untuk diserbu…hope berjaya…InsyaAllah.
Lebih senang kalau setiap logo halal ada kod halal. Kod ini pula boleh disemak dalam web jakim, jadi pengguna tidak lagi akan tertipu dan peniaga tidak lagi dapat menipu.
Adalah lebih mudah jika semua yg tidak halal yg perlu menggunakan logo HARAM.
Juga premis makanan menggunakan logo HARAM untuk yg menyediakan babi dan arak.
Ini negara Islam, berpenduduk yg majoriti nya berugama Islam, kenapa orang Islam yg didiskriminasi?
Wajibkan produk2 yg diragui supaya dibuat pemeriksaan jika tidak ianya akan wajib diletak logo HARAM!!
sy bekerja di bahagian teknikal di salah sebuah kilang makanan yang agak dikenali juga.
mmg betul, cara yang sepatutnya untuk meletakkan logo halal JAKIM pada produk adalah berserta dengan kodnya sekali.
cara ini lebih mudah untuk masyarakat membuat rujukan dengan JAKIM.
tapi kadang2 tu, kalau packaging kecil sgt, kalau letak kod tu, mmg sah org x bole bace.
nak minta logo halal – perlu duit.
nak apply – tak tahu di mana, jakim ? hdc ? mahkamah syariah ? ustaz ? imam ?
terlalu byk organisasi yg terlibat, itu belum kira lagi siji halal siam, china etc…
lepak mamak pun, blm tentu lagi mamak tu islam ke tak walaupun dah terang2 letak ayat kursi kat premis.. bila tanya, sorg pun tak boleh mengucap .. phew.. mencabar betul jadi org islam sekarang ni..
kalau nak betul betul jadikan malaysia halalhub, jakim patut hapuskan dulu…mana-mana third party yg berkonsepkan bayar dan dapat lesen, tanpa pemantauan
keduanya setiap premis perniagaan perlu diletakkan alat mesin tag yang boleh mengesan sijil tamat tempoh dan juga samada lesen tersebut adalah dari pemberi lesen yang sah
banyaknya perniagaan yg menipu kita selaku pengguna .. kita yg tak berapa tahu HAK selaku pengguna ni mudah mudah aje ditipu mereka
p/s ~ biasanya tidak blur gambar…knp entry ni gambarnya produk diblur kan??
ni air yg ekstrak daun s….a tu ye.
Aiseh, aku dah minum abis satu botol.
Packaging mmg cantik. Dah masuk ke kampung2 & felda.
perniagaan digalakkan, berbagai organisasi buat promosi kemudahan… apakah progrem tidak disudahkan dgn pelengkap sepenuhnya termasuk dapatkan iktiraf HALAL … taukah dmana nak dan proses mohon… kenapa diswastakan..? Swasta nak buat duit lebih dilulus lebih duit… faham jelah… sekarang tak de niaga mcm nabi… lebih niaga mcm ….
Dah bertahun-tahun umat Islam dekat Malaysia ni makan / minum benda haram atau subahah sebab kena tipu, barulah pihak JAKIM dapat kesan….
Malang sekali umat Islam kita selalu kena tipu – benda haram jadi halal !
Sepatutnya dinegara Islam, masalah seperti ini mustahil boleh berlaku.
Macam tiada integrasi diantara pihak JAKIM, orang awam, Persatuan Pengguna dan kerajaan – Bahagian Pelesenan…..
stevia sweet..????oh no…..minum air bertapis je le…tq bro