Prosedur Dah Betul…
Sebelum saya meneruskan posting yang mungkin kontroversi terutama kepada anggota dan pegawai bomba seluruh negara, saya memohon maaf jika ianya memberikan kesan tidak menyenangkan kepada anda semua.
Saya mempunyai rakan di kalangan pegawai dan anggota bomba dan ada yang telah menelefon saya bertanya kes yang saya paparkan di bawah.
Tujuan isu ini ditulis ialah bagi memberi sedikit gambaran kepada pembaca akan fungsi dan peranan anggota bomba ketika bertugas dalam situasi seumpama ini.
Bagaimanapun, kerana isu yang berlaku hari ini agak pelik, saya merasakan perlu diulas dan mendapat pandangan dari orangramai, adakah tindakan yang dilakukan itu betul, atau kurang sesuai ataupun mesti dilakukan sebegitu kerana mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Dan yang pasti, kejadian ini disaksikan oleh orangramai di tempat kejadian.
Isu ini diutarakan bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi lebih kepada apakah SOP (Standard of Procedure) dipenuhi, atau memang begitu tindakan yang diambil, dan adakah ciri kerjasama dengan agensi lain dipraktikkan atau ‘aku-aku, kau-kau’ atau bagaimana?
Saya tertarik dengan komen dari ‘Ffiend’:
Friend said…
memadaila apa yg bomba buat.. menyelamat/kluarkan mayat/padam api..
cuma hairanla, kenapa kalau kes kemalangan camni, jentera kren tak dipanggil awal² ke lokasi.. lagipun, da tenggelam lama camtu, mangsa mmg x dpt diselamatkan.. bomba hanya kluarkan mayat..
kena ada standard prosedur spatutnye..
21 February, 2010 17:26
Dan
Friend said…
tgk pd gamba, mmg x sesuai tarik krete gune jentera bomba.. klau terputus antara kabel dgn stripper, libasannye amat berbahaya kot. memadai lah ape yg mereke buat..
kren spatutnye guna utk bawa naik..
Saya tidak mengetahui adakah Friend anggota bomba atau bukan, tetapi saya terpaksa berterus-terang, anda tidak berapa memahami apa yang hendak saya sampaikan di dalam kes yang berlaku.
Saya rasa, entry itu sudah cukup jelas, malah saya rasa tiada apa yang perlu ditambah lagi.
Tetapi, untuk memudahkan anda, saya luangkan sedikit masa, mengupas perkara ini supaya anda jelas scenario yang berlaku.
Kes 1 :
Anggota bomba pergi ke lokasi sebuah kenderaan terjunam ke dalam sungai. Kereta terdampar di dasar sungai. Mangsa terperangkap dan perlu diselamatkan segera.Statusnya tidak diketahui samada masih hidup atau telah meninggal dunia.
Anggota scuba bomba dikerahkan segera ke lokasi dan selaman dilakukan hingga ke dasar sungai dan ketika itu mereka berjaya membuka pintu/memecah cermin kereta dan segera membawa mangsa ke permukaan. Malangnya, mangsa telah meninggal dunia.
Kereta masih di dasar sungai, dan anggota bomba bukan kerjanya untuk melakukan kerja menarik kenderaan yang tenggelam di dalam sungai setelah dipastikan, tiada lagi mangsa di dalamnya.
Tugas anggota bomba selesai, dan mereka pulang ke balai. Pegawai penyiasat trafik akan meneruskan siasatan termasuk usaha untuk menarik keluar/mengangkat kereta yang terdampar di dasar sungai. Samada menggunakan kren awam, trak penunda atau apa sahaja cara, itu bukan masalah anggota bomba.
Kes 2:
Anggota bomba ke lokasi sebuah kereta terjunam dan tenggelam di dasar sungai. Seorang mangsa masih terperangkap di dalamnya. Persoalan mangsa masih hidup atau mati, bukan tugas anggota bomba menilainya, tetapi tugas mereka, bertindak secepat yang mungkin.
Anggota unit scuba segera ke lokasi, dan selaman di lakukan. Sah masih terdapat mangsa di dalam kereta tetapi kesukaran timbul untuk membuka pintu atau memecah cermin berkemungkinan beberapa faktor seperti gelap(malam), arus deras, kedalaman terlampau atau juga mungkin kedudukan kereta di dalam sungai yang menyukarkan kerja mengeluarkan mangsa.
Anggota scuba memasang cangkuk atau ikatan pada kereta menggunakan kabel dari ‘winch’ sebuah jentera bomba. Perlahan-lahan kereta diangkat ke tepi tebing sungai dan akhirnya mangsa dapat dikeluarkan setelah keadaan mengizinkan untuk anggota mengeluarkannya. Untuk makluman, kabel pada ‘wnich’ sebuah jentera bomba mampu menarik berat sehingga 5 tan. Sebuah kereta diandaikan seberat 1 tan dan dicampur air sungai di dalam kereta, maka beratnya mungkin mencecah 2 tan.
Di sinilah timbulnya isu yang saya utarakan:
Kereta sudah ditarik dan dalam keadaan tergantung di tepi tebing sungai. Tugas anggota bomba mengeluarkan mangsa/mayat telah selesai. Semua prosedur dipatuhi dan mereka melakukannya dengan cekap.
Di masa sama, pegawai penyiasat trafik akan memeriksa keadaan mayat secara luaran dan mendapatkan butirannya. Mayat perlu dihantar ke hospital, waris perlu dihubungi dan berbagai siasatan di tempat kejadian perlu dilakukan. Yang paling mustahak, kereta terbabit mesti dikeluarkan dan pemeriksaan di Puspakom akan dilakukan bagi mengenalpasti punca kemalangan.
Pegawai penyiasat juga akan segera mendapatkan khidmat trak tunda samada trak penunda dari balai polis atau juga trak tunda awam.
Di dalam kes yang berlaku ini, sebaik selesai tugas mengeluarkan mangsa, kereta yang masih tergantung pada kabel ‘wainch’ jentera bomba dilepaskan semula ke dalam sungai. Maka tenggelamlah kereta itu, dananggota bomba serta jentera pulang ke balai mereka kerana tugas telah selesai.
Menurut friend, khidmat kren perlu digunakan untuk membawa naik kereta. Tahukah anda, apakah guna ‘winch’ jentera bomba jika bukan untuk menarik?
Tahukah anda, kren awam bukanlah pasukan penyelamat, dan mereka tiada ‘time-limit’ atau SOP untuk sampai segera ke lokasi.Mereka hanya mengangkat dan mengeluarkan kenderaan itu.
Tahukah anda, apakah gunanya pasukan bomba dan penyelamat jika yang menyelamat dilakukan orang awam yang tiada latihan,kepakaran atau peralatan lebih-lebih lagi di dalam situasi berbahaya??
Sedarkah anda, kerja menyelam ke dalam air untuk mengesan semula lokasi kereta dan memasang cangkuk perlu dilakukan sekali lagi semata-mata kerana kereta telah dilepaskan oleh anggota bomba bertugas sebelum ini.
Pegawai penyiasat dalam kes ini telah melakukan tindakan yang betul apabila mendapatkan khidmat trak penunda untuk menarik ke atas daratan akan kereta terbabit.
Ketika kejadian, trak penunda telah menghampiri ke kawasan kejadian, tetapi mengalami sedikit rintangan kerana keadaan yang gelap dan laluan turun ke tebing mengalami kesukaran.
Bagi pandangan saya, apalah salahnya anggota bomba menunggu dalam keadaan kereta itu masih tergantung di tepi tebing sementara trak penunda sampai kemudian ditukarkan cangkuk dari kabel ‘winch’ jentera, kepada kabel trak penunda.
Mudah dan menunjukkan sifat kerjasama lebih-lebih lagi membabitkan dua jabatan kerajaan yang saling memerlukan.
Malangnya, dalam kes ini, kereta ‘dilepaskan’ semula ke dalam sungai, dan tugas anggota bomba selesai, dan tugas pegawai penyiasat pula untuk mencari penyelam bagi mencari kedudukan kereta dan memasang cangkuk untuk mengangkat/menarik kereta.
Alasan bomba ialah, arahan supaya pulang setelah tugas selesai dan mereka tidak boleh menarik kereta keluar serta keadaan kabel yang dikhuatiri terputus.
Sebenarnya, tiada siapa yang mengarahkan bomba menarik kereta sehingga ke atas tebing, kerana pegawai penyiasat telahpun mendapatkan khidmat trak penunda untuk menyambung tugasan itu.
Akhirnya, kira-kira jam 9 pagi, Skuad Penyelamat DBKL tiba setelah polis meminta bantuan mereka dan setelah menyelam kira-kira setengah jamt, barulah kedudukan kereta dapat dikesan dan kerja-kerja memasang cangkuk serta membawa naik kereta selesai kira-kira jam 10-30 pagi.
Dengan penerangan ini, saya harap anda pembaca memahami apa yang hendak saya sampaikan dan bukan memberikan pandangan seperti robot atau telah diprogramkan mengikut SOP dan bukan menggunakan budibicara atau sifat kerjasama antara jabatan.
Post Lain Yang Berkaitan
12 Comments
You must be logged in to post a comment.










Salam Bro ,
mmm ..kerjasama memang penting :_
procedur…must be right..
Salam,
Ini cuma pendapat dan andaian.
Cable winch yang dipakai, walaupun Safe Working Load (SWL) adalah 5 tan, kedudukan statik jentera bomba dan beban mesti diambil kira sebelum kes menarik dilakukan. Walaupun winch dan cable mampu menarik 5 tan sekalipun, kedudukan jentera mesti diambil kira untuk memastikan cable tak snap dan jentera tak bergerak, memandangkan faktor pergerakan air ada pada beban yang ditarik.
Saya seorang jurutera mekanikal dan pengalaman saya dengan steel material boleh dikatakan meluas. Saya juga pernah nampak macam mana kabel yang sepatutnya boleh angkat 10 tan putus bila angkat beban 2 tan. Ini semua ada pada load distribution, SWL, water dynamic effect dan macam-macam lagi kira-kira engineering yang perlu diambil kira. Seriously, angkat beban bukan semudah disangka.
Steel cable tak digalakkan untuk dibiarkan pada keadaan 'tension' atau tegang kerana ini boleh menyebabkan unnecessary stress pada cable, yang akhirnya mungkin akan snap dan melibas siapa-siapa yang malang di sekelilingnya.
Pendapat saya berkenaan mengapa bomba pulang tanpa menunggu adalah kerana mereka tergolong dalam golongan stand-by. Ada kes, mereka kena keluar. Jadi sekarang mereka sudah keluar dari stesen untuk tarik keluar kereta dan mengeluarkan mayat. Mereka buat dengan baik dan semua prosedur dibuat dengan tepat.
Jadi, mereka punya kerja sudah selesai. apa mereka perlu buat adalah pulang ke stesen dan mungkin isi buku log atau buat report dan sebagainya sementara menunggu panggilan untuk kes kecemasan berikutnya sekiranya ada.
Nanti kalau ada kes lain, bomba lambat sampai sebab tengah hold kereta masuk sungai, apa cerita? Karang bomba jugak salah.
Jadi di sini saya kurang setuju sekiranya jika kerana hal kereta masuk sungai nak diperbesarkan. Mangsa sudah dikeluarkan, jadi bagi saya itu yang paling penting. Lagipun kereta di dalam sungai dan bukan di tengah jalan, jadi tak ada masalah bila nak diangkat. Ia tak menghalang trafik dan tak membawa apa-apa halangan kecuali kepada sesaran air dan mungkin sampah sarap yang melekat di kereta nanti. Itu bukan job scope bomba, kerana bomba ada banyak lagi benda lain nak dibuat di stesen sana.
Memang banyak kerja nak dibuat bila bomba tenggelamkan balik kereta tu, tapi saya rasa job scope masing-masing dah diikut dengan baik. Lagipun saya setuju tentang hal winch and cable tu, kerana memang benar benda tu boleh snap bila terlampau lama load ditarik.
Jangan salah sangka, saya bukan nak bash atau apa-apa. Sekadar ingin berkata di sini sikit, sikit di sana. Ini bukan personal attack atau apa-apa.
Ini cuma kita kongsi pengetahuan itu saja. Kalau ada salah silap, maaflah ya!
BRO… ADA BENARNYA APA YANG BRO DEDAHKAN INI. SEHARUSNYA ADA KERJASAMA DAN IKATAN UTUH ANTARA PASUKAN PENYELAMAT DENGAN PASUKAN PERTAHANAN SERTA KESELAMATAN NEGARA…
Salam ziarah..
Nama saya Sabeeha.Ini adalah kali pertama saya menulis di ruangan komen ini walaupun telah hampir setahun saya menjadi peminat juga pembaca setia(tanpa izin )blog ondscene ni.Terima kasih sgt2 kpd tuan punya blog kerana sudi berkongsi cerita sebenar dan juga maklumat2 penting kepada semua.Untuk itu,saya ingin mengucapkan setinggi2 TAHNIAH DAN SYABASS kepada Bro Sham.Teruskan lah usaha murni Bro Sham ini..
Ikhlas dari,
Sabeeha
p/s maaf kalau ada yang tak suka dgn pengakuan ikhlas saya ni.
Salam bro.
Ermm.. aku tertarik dengan komen Mighty Jack.
It might be true too kalau betullah apa yang dikatakan berdasarkan pengalaman sebagai jurutera.
Tetapi, persoalannya sekarang ialah:
1. Adakah anggota bomba terbabit memaklumkan mengenai fakta ini apabila terus balik?
2. Apa justifikasi menenggelamkan semula kereta yang turut menjadi barang kes dalam kejadian ini? Untuk makluman, antara sebab IO trafik mungkin agak kecewa dengan tindakan itu ialah, kemungkinan terdapat pergerakan terhadap bukti yang ada dalam kenderaan itu. Ketika kereta itu terjunam pertama kali, mungkin sudah berlaku pergerakan bahan bukti dan apabila ditenggelamkan buat kali kedua, semestinya impact dari terjunan kedua itu akan memberi kesan.
3. Ketika kerja mengeluarkan mayat dilakukan, tidakkah winch yang digunakan bomba itu boleh terus menarik kenderaan itu ke atas tebing? Kenapa dibiarkan tergantung begitu sahaja sehingga (quote komen Mighty Jack) menyebabkan ia berada dalam keadaan tension yang agak lama.
4. Sometimes, engineering should be done dengan common sense jugak to ease whatever risk it might have. Dari gambar yang disiarkan pada entry yang lepas, aku jangka mesti kerja mengeluarkan mayat mengambil masa yang lama kan? Kenapa masa itu tidak digunakan terus untuk mengangkat kenderaan terus ke tebing?
5. Adakah maksud menyelamat itu terlalu rigid sehingga ia hanya melibatkan manusia sahaja? Tetapi bukankah ia sebuah Jabatan Bomba dan Penyelamat? Apa maksud penyelamat itu? JIka ia merasakan hanya perlu menyelamat yang masih bernyawa, maka ia perlu menjelaskan kepada rakyat pembayar cukai mengenai maksud 'penyelamat' itu.
6. Aku merasakan tugas mereka itu belum selesai. Tidakkah ini menampakkan betapa satu agensi dan satu agensi kerajaan lain tidak dapat bekerjasama dengan sebaiknya apabila kereta itu di'letakkan' balik dalam air? Sesungguhnya, ia sangat pelik. Engineers boleh faham, but will the common people faham?
7. Bomba sememangnya berada dalam keadaan standby tetapi adakah itu yang termaktub dalam SOP mereka, keluarkan mayat dan balik? Adakah mereka memeriksa bahagian bonet kereta? Again, the time they used untuk keluarkan mayat tu seharusnya digunakan untuk terus letakkan kereta tu atas tebing. Common sense. Itu jek. Itulah logik yang aku nampak.
It is not what we do, tetapi how we do it yang menjadi persoalan.
Well in that case i leave it to the wise because clearly enough, well, maybe there are even better explanations from which i best desire the right people to come out with them.
I just say what i think about the event but hey, I wasn't there. But nevertheless i will either way try to answer ur question.
1. dont know. wasnt there.
2. kalau menenggelamkan semula kereta membawa kemusnahan pada barang bukti, waktu menariknya against the water current and the debris on the riverbed macam mana? barang bukti kekal untouched?
3. nak tarik, the position of the cable must be at close to 90 degree angle, means tali kena tegak. kalau tak, silap2 jentera bomba yang menjunam ke bawah. thats why tow truck tarik dengan tali tegak. jentera bomba ada atas jalan, bukan tepi tebing. tow truck ada atas tebing, tali tegak. nak tarik kereta tu yang bergesel dengan dinding tebing, tak ke tambah tensile force dalam kabel? angkat baldi dari perigi dengan cara tali tegak dan tali senget, mana lagi senang? logik akal.
4. refer no 3.
5. menyelamatkan mayat dari bawah air dan menyelamatkan kenderaan 2 benda berbeza bro. diorang mengeluarkan mayat. mission completed.
6. itu kena ada spokeperson from the department. dan educators maybe?
7. pasal bonet, kena tanya anggota bertugas. no 3 balik. logik akal.
But then again, just my thoughts that's all. ha!
Salam,
Ini bukan pendapat tetapi hakikat dan bukan andaian tetapi tetapi fakta ….
Bahasa Pasarnya : – Sesuatu beban yang ditanggung oleh sesebuah Jentera Bomba sewaktu menggunakan “Winch System” hendaklah kurang dari beban keseluruhan jentera Bomba bagi menjamin keselamatan Jentera dan “Winch System” , jadi disini tiada perkara berbangkit sepatutnya ttg penggunaan “Winch System” walau bagaimanapun kedudukan sebuah jentera selagi tidak melebihi fakta yang telah diberikan ,dan saya percaya bahawa Pegawai Bomba seharusnya sudah di latih ttg hukum bebanan ini sebelum sesuatu peralatan baru di benarkan beroperasi
Tujuannya sekarang bagi mengeluarkan mayat mangsa yang masih terperangkap didalam kenderaan dan menyelamatkan kenderaan mangsa bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan , sekiranya pergerakan air dikira sebagai faktor bahaya saya rasa ‘Scuba Diver” tidak akan berada di dalam air dalam tempoh lama dan “Scuba Diver” yang arif akan memaklumkan ttg pergerakan air yang membahayakan keseluruhan operasi kepada Pegawai Operasi dan seterusnya operasi di hentikan
Bagi mengurangkan “Steel Cable” dari mengalami keadaan “Tension” Selepas mayat di keluarkan , kenderaan tersebut boleh di biarkan tenggelam semula dengan membiarkan “Steel Cable” di jadikan sebagai “Temporary Anchor” sementara menunggu bantuan “Tow Truck” yang di fahamkan berada tidak jauh dari pandangan lokasi kenderaan tenggelam, jd “Tension” cable dapat di kurangkan sebanyak 50 peratus kerana kenderaan tersebut bukannya tergantung di atas permukaan air tetapi tenggelam di dasar sungai “culvert”
Saya rasa semua Agensi Kerajaan yang bertugas dalam sesuatu situasi adalah golongan “On Standby” , Ada kes kene keluar , habis kes kene balik isi buku log “bukan” “atau” tapi mmg kene buat report tetapi sesuatu kerja perlu di selesaikan dengan lebih Professional dan Dedikasi , menunggu sesuatu kes memang senang di ungkap tetapi saya yakin dan pasti Pihak Bomba mempunyai sistem pengurusan menghadapi kecemasan begitu cekap sekiranya 1 atau 3 balai sedang menanggani sesuatu kes pihak pusat kawalan bomba akan mengarahkan mana2 balai berdekatan bagi menanggani mana2 kes yang menyusul.
Jadi disini bukan isu kereta nak di keluarkan daripada sungai yang di persoalkan , mmg kereta bukan di tengah jalan ( klau tengah jalan takyah pakai winch dan kepakaran scuba bomba pun takper) sbb nya kereta di dalam sungai , “tow truck” takder kepakaran menyelam , Polis Trafik tak silap sya kepakaran mereka berkenaan dengan undang2 jalan raya jadi bagi pihak Polis Trafik Scuba bukan kepakaran mereka , jadi siapa yang berada di lokasi dan sudah berada di dalam air yang sepatutnya membantu dalam isu “Under Water Operation” ini , tepuk Dada Tanya Selera ???? Org awam atau mana2 Agensi kerajaan yang tiada kepakaran dalam sesuatu perkara tidak di benarkan sama sekali menanggani sesuatu situasi kerana ia akan lebih memudaratkan , (betul ker byk lagi benda yang nak di buat di stesen sana ??????)
Perkataan “Penyelamat” adalah suatu perkataan keramat yang sukar di laksanakan , samada berusaha dan berjuang bagi memenuhi istilah ”Penyelamat” atau ………..
Hargailah nyawa dan harta benda rakyat , berkhidmat lah dengan penuh dedikasi
1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Saya seorang pelajar pondok dalam kejuruteraan basikal seladang
Dimana Silap nya …………… sama2 kita fikirkan
Memang saya sokong… Kerjasama amat penting dalam melakukan sesuatu tugas. Tanpa kerjasama, semua benda yang dibuat tidak akan terlaksana. Wallahualam. 9W2SAQ
apepun komen, sbg pandangan.. tugas masing².. klau ada pegawai/anggota bomba yg boleh menerima pandangan ni, mungkin lepas ni mreka dpt melaksanakan tugas dgn lebih cepat & cekap lg.. manetau dpt bajet tambah lg jentera bomba khas utk mengangkut bila ada kes camni.. flyover kat KL skang ni dah makin byk.. maka bertambahla eksiden tejunam..
btw, saye bukan anggota bomba.. hehe.
salam semua, sy ni baru je beberapa kali singgah blog yg menarik ni. Syabas ye tuan punye blog.
Ape pun trima kasih kpd mereka yg telah berkhidmat tak kira la sape pun.. kerja, buat, pandang, lihat, komen, banyak bezanya tu… Rasional.. rasional.. rasional..
nak salahkan bomba tak boleh gak 100%, tapi salahkan manusia yg mencipta pelbagai prosedur dlm jabatan awam/ swasta. Contoh: sekolah yg amalkan prosedur Sirim ISO dalam pengajaran & pembelajaran, WAJIB ikut prosedur dlm keadaan apa sekalipun (faktor pertimbangan & kemanusiaan TAK WUJUD!). Biarlah murid tu lemah prestasi, ikut ISO kena dapat 90%, logik ke? Akhirnya terpaksa menipu data, sebab nak selamat, idak GB nagmuk! Asalkan prosedur diikuti, biarlah tipu ke, rugi ke, korbankan keluarga sendiri pun takpe… itulah penangan MS ISO 2000 dalam P&P di sekolah!