Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja
Ampang, Selangor
24 April, 2011
8 malam
Artikel ini mungkin menimbulkan kontroversi dan mungkin juga membuat beberapa pihak tidak senang dengannya. Bagaimanapun, demi kebenaran, saya tetap dengan pendirian saya melalui artikel ini. Artikel ini bukan merujuk kepada semua Pusat Tahfiz, tetapi beberapa pusat yang sekaligus telah memburukkan imej Pusat Tahfiz lain.
29 Disember, 2006, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang amat menyayatkan hati apabila 5 pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah, maut dalam kemalangan membabitkan van yang dinaiki, merempuh belakang sebuah lori kontena Pos Malaysia di KM 355.7 Lebuhraya Plus di Sungkai Perak.
Van membawa pelajar Pusat Tahfiz Amal di Km 17 Jalan Yan, Simpang Empat Kangkong, Kuala Kedah , dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur.
Antara bahan rujukan yang sempat saya Google:
di sini : Lima pelajar tahfiz maut van rempuh lori
di sini – Murid Tahfiz Disuruh Kumpul Dana
di sini - Mengingati pelajar Pusat Tahfiz Amal
dan blogger Mazidul – Let Us Do It For The Children!
(Saya sendiri membuat liputan kes itu di lokasi kejadian – tetapi blog ondscene ini masih belum wujud ketika itu)
Kira-kira jam 8 malam sebentar tadi, saya sedang mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di Jalan Lingkaran Tengah 2 di kawasan Ampang.
Terpandang seorang remaja perempuan (RP) sedang mundar mandir pergi dari sebuah kereta ke sebuah kereta dengan membawa buku resit dan beberapa barangan.
Saya amat menantikan remaja itu supaya datang kepada saya.
RP : Saya kutip derma. Untuk anak-anak yatim.
Saya : Siapa yang hantar kau kat sini? Buat apa kat sini?
RP : Ustaz hantar. Kutip derma untuk anak yatim.
Saya: Mana ustaz tu?
RP : Dia tinggalkan saya di sini. Dia pergi ke tempat lain.
Hati saya dah mula panas. terus-terang saya katakan dalam hati , ‘ustaz’ itu memang celaka malah kalau sesuai, boleh dipanggil dayus.
Saya : Kau dari mana? Berapa orang datang? Umur berapa tahun?
RP : Dari Kedah. datang 4 orang. Semua perempuan , ustaz lelaki. Umur saya 16 tahun.
Kenyataan itu menambahkan lagi kadar pembakaran ozon di dalam hati saya.
Saya : Kau tau tak , apa yang kau buat dan uztaz bangang kau tu buat, adalah tak betul? Kau ni terang-terang dah dipergunakan oleh ustaz kau. Kau tu perempuan. Baru 16 tahun, Lepas tu ditinggalkan malam-malam kat sini. Kalau buatnya ada orang tarik kau masuk van, masuk kereta, kemudian bawak lari. Apamacam?
Aku ni lelaki, Usahkan lelaki, perempuanpun boleh buat macam tu, bawak lari kau. Ini Kuala Lumpur. Takkan ustaz kau tak fikir benda-benda macam tu?
RP : Ini kerja untuk anak yatim. Allah pelihara anak yatim. Anak yatim akan selamat.
Saya : Kalau macam tu, baguslah ustaz kau ajar ajaran tu. Tak kisahlah bahaya ke , salah ke, berserah sajalah ye. Sedangkan pak haji pun boleh mati eksiden, ini kan pulak perempuan macam kau yang ditinggalkan macam ni. Kau bukan anak yatim kan? Mana mak ayah? Dia orang tahu tak apa yang kau buat ni?
RP : Dari Johor. Mak tak marah. Dia tau saya buat benda ni.
Dakwaan remaja itu yang ibunya tahu dan tidak marah apa yang dibuatnya, boleh dipertikaikan. Saya rasa, tiada ibubapa waras yang mahukan anaknya menjadi ‘pengemis’ setelah dihantar belajar jauh-jauh, dan akhirnya diajar untuk menebalkan muka meminta derma dari orangramai – remaja perempuan, ditinggalkan seorang diri dan di waktu malam dan di tempat yang amat asing baginya.
Jika kenyataan itu pula tidak benar, bermakna Pusat tahfiz itu yang mengajar anak muridnya berbohong.
Remaja itu mendakwa, pusat tahfiznya mempunyai cawangan di Damansara. Jika benar ada di Damansara sekalipun, mengapakah perlunya penuntut dari Kedah dan perempuan pula, dipergunakan untuk mengutip derma di Kuala Lumpur?
Jika benarlah kutipan itu untuk anak yatim, berapakah ‘keuntungan’ bersih yang mereka dapat, jika kos minyak, tol dan makan-minum untuk 3 hari untuk sebuah kereta dinaiki 4 pelajar perempuan dan seorang ustaz (dakwanya, datang 3 hari lalu dan akan pulang malam ini ke Kedah)boleh menjangkau RM1,000.
Bagi saya, benar-benar kerja bodoh dengan menggunakan alasan ugama dan anak yatim.
Saya merakamkan beberapa keping foto remaja itu dan buku resit yang dibawanya.
RP : Encik ambillah resit tu satu.
Saya agak terkejut dengan kenyataan remaja itu. Resit itu tertulis RM10 setiap helaian. Jika saya mengambil sehelai, bermakna dia perlu menggantikan RM10 jika saya tidak memberikannya RM10.
Ini berkemungkinan boleh diagakkan, bahawa sebenarnya pengutipan ‘derma’ yang dilakukan memang tiada sebarang audit atau ‘check and balance’ kerana resit boleh dibagi sewenang-wenangnya. Tidak mustahil, kutipan juga boleh diselewengkan.
Oleh kerana saya perlu bergegas ke satu mesyuarat, saya terpaksa pergi meninggalkan remaja itu yang akhirnya saya lihat hampir menangis dan sebak.
Mulutnya tidak henti-henti bercakap yang antara dengar dan tidak – ” Cepatlah…cepatlah datang..”
Saya berandaian, dia mengharapkan ustaznya datang untuk ‘menyelamatkannya’.
Jam waktu itu 8.15 malam dan menurutnya, uztaznya akan datang mengambilnya jam 9 malam dan dakwanya mereka akan terus balik ke Kedah malam ini juga.
Dakwanya juga, 3 lagi rakannya ditinggalkan di lokasi berlainan dan petang tadi mereka di Sg Buloh mengutip derma di depan premis bank.
Saya meninggalkan remaja perempuan itu dengan berjuta persoalan.
Di masa sama, hati saya juga sebak dan hampir menitiskan airmata kerana ada manusia sanggup pergunakan remaja perempuan semuda itu dengan berlapikkan ugama dan anak yatim.
Cuba anda bayangkan , jika anak anda sendiri diperlakukan sedemikian.
Usah gunakan hujah ugama atau nas, hadis atau riwayat nabi-nabi dalam kes begini kerana orang berakal sahaja yang dapat membezakan betapa ini merupakan satu bentuk penganiayaan kepada kanak-kanak/remaja.
Perkara begini berlaku di banyak tempat, dan anda sendiri boleh saksikannya sendiri.
Dan , Pusat Tahfiz tersebut, langsung tidak mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa pelajarnya pada 29 Disember 2006 itu.
Lebih tragis lagi, dalam kejadian itu, ibubapa hanya mengetahui anaknya diperlakukan demikian oleh pusat tahfiz tersebut setelah tragedi yang menimpa anak mereka.
Secara kebetulan, remaja perempuan yang saya temui itu adalah dari pusat tahfiz yang sama .
Saya percaya, remaja-remaja ini mungkin telah ditanamkan di dalam kepala dan hati mereka , apa yang dilakukan adalah jihad, di jalan Allah, kerja kebajikan, kerja amal dan jika ada apa-apa berlaku, redha sahaja dan ketentuan tuhan. Sebab itu remaja-remaja ini begitu tegar dan tidak mepedulikan apa sahaja yang masyarakat katakan. Malah mungkin mereka juga tidak mengetahui akan natijah perbuatan ini, mungkin juga tidak didedahkan dengan kes kemalangan yang pernah berlaku membabitkan rakan mereka suatu ketika dulu kerana kebayankan mereka ditutup minda dan perhatian akan perkembangan semasa.
Wahai pihak yang berwajib, tolonglah lakukan sesuatu . Kasihanilah remaja-remaja yang dipergunakan itu. Mereka masih mentah dan mudah terpedaya dan diperdaya. Kita tidak mahu lagi tragedi seperti 29 Disember 2006 itu berulang lagi.
Post Lain Yang Berkaitan
17 Comments
You must be logged in to post a comment.




Dah banyak kali jumpa budak-budak yang kutip derma ni terutamanya dekat stesen minyak dan juga RnR.
Harap pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan budak-budak tu dipergunakan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.
Azrul Hisham recently posted..Survey Tinjauan Umum Mengenai Senarai Hasrat Hati- Harapan Dan Bebanan Hidup Generasi Belia
mmg byk remaja yg dpergunakan utk mntak derma ats nama pusat tahfiz..yg hairan mana ibu bapa mereka ni..
zaman sekarang ramai yang asyik ambil kesempatan tanpa mengira baik buruk..
naimulfirdaus recently posted..wanita yang suci bersih
aku dah lama tak bagi derma mcm ni.. sebab dengan adanya orang yg memberi, maka kegiatan ni akan berterusan.
at least budak kat atas mampu menjaab soalan. sesetengah yg aku jumpa cuma membebel apa ntah sebelah meja. Yg aku dgr cuma assalamualaikum yg mula2 dia cakap. mengahafal dialog mcm robot.
ni sume sindiket je… kalau asik mengutip derma, bila masanya nak manghafal al-Quran tu?
sedangkan remaja lelaki pun org ambil kesempatan (liwat, paksa mengemis), inikan pulak remaja perempuan. alahai, apa ke bangang sangat ustaznya. dan apa ke bangang sangat murid2nya. kalaulah dirogol dan bunuh, ustaz tu nak bertanggungjawab ke?
harap pihak berwajib dapat buat sesuatu terhadap pusat tahfiz tu. macam ajaran sesat pulak. memang la anak yatim dilindungi allah, tapi kalau dah sengaja menempah maut, itu sendiri mau ingat la.
Ada juga yang duduk depan bank dengan kotak derma pun ada.. Dekat Bank kawasan Ampang Point terutama Bank Maybank serta CIMB pun ada banyak modus operandi macam ni. Bukan nak menuduh, tetapi menimbulkan was-was kepada saya. Jika benar sekolah tahfiz, kenapa dia boleh berada depan bank tu tiap2 hari dengan kotak yang sama. Kalau dah tiap-tiap hari, dia tak belajar ke?
Rozeman Bin Hassan recently posted..Pos Laju ke PO Box
Assalamualaikum,
Kalau ramai-ramai sepakat tak bagi derma kat mereka, aktiviti begini boleh dilumpuhkan. Namun, macam biasalah…orang Malaysia sangat murah hati. Suka derma ke tempat yang tak berapa nak kena.
Saya akan elakkan untuk beri derma kepada orang perseorangan yang datang hanya tunjuk resit dan surat. Kalau rasa nak derma, bank in terus ke akaun surau kawasan perumahan saya. Memang dah tahu duit tersebut akan digunakan untuk surau berkenaan. Sekadar perkongsian cara. Orangpun tak nampak dan tak tahu bila masa kita buat amal jariah, kanya klik klik dengan maybank2u sahaja.
Anyss recently posted..Blog Yang Aku Tak Baca
dah tak percaya nak derma-derma lg dah. sejak terkena dgn makcik buta penjual tisu kat puduraya dulu, dah takmo dah menderma atau sedekah. kita sedekah sebab kesian, tp anak dia sendiri tak kesian kat mak dia, gaya mcm org senang tp mintak duit kat mak hasil jual tisu.
nak bank in pun tak percaya sbb banyak sgt yg menipu sekarang ni. kalau rasa nak beramal, agak2 tau org yg betul2 susah tu, pi aje sedekah kat umah dia. kalau nak derma kat surau ke masjid ke, dah takmo beri dalam bentuk duit. beli aje sejadah ke atau telekung, letak kat masjid jadi wakaf.
salam…
sekolah budak2 ni dekat sangat dgn rumah saya… diorang ni saja guna nama anak2 yatim.. yg sebenarnya sekolah ni sekolah tahfiz.. mak bapak budak2 ni kebanyakan org berada… kalo diorang ckp anak2 yatim mmg menipu sangat2 laa…
selalu sgt jumpa bdk2 ni kat rnr hiway.. kalo budak2 ni dtg nak mintak je.. tros sy ckp.. “tahfiz kangkong yang dok menipu org konon2 sekolah anak yatim tu ka”? trus aja budak2 ni blah
aku paling benci orang menggunakan agama untuk menghalalkan cara…
saya pun ada ditegur oleh seorang budak di tesco seremban.. rasenye dari tempat yang sama, tetapi budak lelaki… ada dua org merayau mengutip derma..
keluarga3343 recently posted..10 Jenis Solat Yang Tidak DiTerima Allah SWT
Selalu jugak nampak di stesen minyak Shell Jalan Duta (arah utara).
Selalunya perempuan.
Dan saya tak dapat bayangkan macamana mereka ditinggalkan macamtu kat situ sampai pukul 9 malam baru nak datang ambil….
ismail recently posted..Maybank2u TAC code sangat slow
Asalnya Tahfiz ni milik syarikat Al Mansur Holding yang pemiliknya adalah ketua Ajaran Sesat iaitu Azhar Wahab.Kemudian sekarang kononnya di tadbir oleh orang lain.Kerana kerahan tenaga anak anak ini lah Al Mansur mengaut kekayaan berjuta juta ringgit hinggakan bila tuntutan penceraiannya pun isteri dia minta juta juta. Yang menghairankan sekolah Tahfiz Amal ni dah pernah di serbu Jabatan Agama Islam Kedah dan diminta aktiviti jualan yang kononnya untuk Kokorikulum ni dihentikan. Tapi hingga kini ianya masih berterusan.Kebanyakkan pelajar yang di ambil adalah anak yatim(Bukan yatim piatu) yang kehilangan ayah selalunya.Kononnya pelajaran di tangggung percuma tetapi pelajar perlu melakukan aktiviti kokurikulum ini kerana Rasulullah pun berniaga kata mereka.Hairannya kenapa Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah sekarang boleh biarkan perkara ini berlanjutan.
Ini adalah latar belakang pemilik Tahfiz amal berkenaan yang sekarang mengakui diri beliau adalah President Persatuan Kerabat Diraja Sakti Kedah.
Ajaran Azhar bin Wahab
ajaran azhar wahab
- PENGASAS AL MANSUR HOLDINGS SDN BHD.
Azhar bin wahab bersekolah di sek men kebangsaan- tidak mendapat pendidikan agama secara formal.
Pendidikan awal sekolah kebangssan Kuala Sidim, kulim, kedah. menyambung pelajaran sehingga tingkatan 3 di Sek Men. Padang Serai, Kulim, kedah. Selepas memperolehi SRP, Azhar bin Wahab berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Ladang kelapa Sawit padang Buloh, Kuala Sidim.
Berhijrah ke Kl dan berkeja sebagai pemandu kepada Pegawai eksekutif di ibu pejabat Bank Simpnanan nasional Jalan Ampang, Kl. Kemudian menjawat penjual kereta terpakai. ketika itu sudah berkenalan dengan Ustaz Hanapi, bekas orang kuat al- Arqam. Mendakwa memimiliki keupayaan mengubat dan mengurut mengikut amalan tradisional, secara bersendirian dan juga berkhidmat untuk bekas ahli al-Arqam. dari situ bermula usaha mempengaruhi bekas pengikut al- Arqam dan menubuhkan syarikatnya sendiri sehingga kini.
Dipanggil ‘Ayah’ oleh pengikut, staff dan kakitangan dan ‘Tok Wan’ oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian ‘Tuan’, ‘yang Amat Mulia’, ‘yang berhormat Mulia’ dan terakhir sekali ‘Yang teramat Mulia Ayahanda raja’.
Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikut- pengikutnya dgn dibantu pengikut- pengikut utama seperti Ahmad bin Meh dan Hj Ilias Yusuf. Mereka adalah perancang utama dulu, meneruskan usaha dan cita2 Azhar melalui pelbagai dakwaaan dan mencetuskan segala ketaksuban kepada karakter dan profile pilihan ini.(start dr mencetuskan tue ayat gwe)
KUMPULAN AL MANSUR HOLDINGS
Muncul selepas al- Arqam dibubarkan (disbanded). kebanyakan ahli2 pun dr budak2 al- Arqam
perkataan Al Mansur bermaksud pembantu dan penolong. bersesuaian dengan konsep penubuhannya – menjadi pemangkin melahirkan bangsa Melayu peneraju ekonomi dunia dengan berpegang kepada prinsip ‘Bersatu maju bersama’.
Kumpulan yang diasaskan oleh Azhar bin Wahab pada tahun 1988 ini menjalankan aktiviti perniagaan yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat iaitu al- mansur Holdings Sdn bHd nombor pendaftaran (Co. 523446-U) beralamat di No.19, Jalan Cempaka1/1, Bandar Aman jaya, 08000 Sungai Petani, kedah Darul Aman.
Al-Mansur Holdings mempunyai 30 buah kumpulan anak syarikat di selurh negara. Hanya beberapa rangkaian sahaja masih aktif manakala bakinya atas nama sahaja utk mengaburi pandangan masyarakat sebagai pelindung kepada aktvt2 utama yg boleh mengumpul dana yg banyak. Antara aktivti perniagaan yg aktif ialah urutan refleksi dan ubat-ubatan herba tradisional. Di samping itu ia menggunakan pelajar2 sekolah Tahfiz al- mansur yg masih di bwh umur (underaged) utk menjual kalendar, cenderamata dan seumpamanya serta memungut derma anak yatim.
ISu
Isu ajaran Azhar bin Wahab timbul dlm masyarakat apabia kumpulan al-Mansur melaksanakan aktivti yg didapati bercanggah dengan Islam dan sebagai pengganti kepada gerakan kump al- Arqam yg telah diharamkan.
Dalam pd itu hasil kajian yg dibuat oleh JAKIM mendapati ada tanda2 kumpulan ini mengamalkan ajaran ‘Aurad Muhammadiah’ pegangan al-Arqam satu ketika dahulu di samping beberapa penambahan lain yg boleh membawa kepada kerosakan akidah.
JAKIM telah mengadakan pertemuan khas dengan pihak pengurusan al- mansur pd 15 November 2002 di putrajaya. Selain berbapa siri perbncangan dan pertemuan dn bekas2 ahli al- Mansur di Putrajaya, selamngor dan kedah.
CIRI CIRI AJARAN AZHAR BIN WAHAB
akidahnya:
-mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiyah(pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002)
-mengaku menggunakan Tawassul iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata, “Ya Allah dengan berkat dan keramat Guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit si polan..”(sama mcm Ashaari jugak kecenderungan beliau nie..)
-mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh pak Syeikh atau Wali Allah. Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai (huihh beshnyaa…) bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.
-berbai’ah akan mengikut segala artahan gutu dan merahsiakannya dari org ramai, sesiapa yg belot atau keluar hidupnya tidak akan selamat.
-memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah guru sebagai simbolik kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan
-mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib.. (gilak ahhh. ajak aa aku sama seflight dua ehehe..)
-mendakwa mempunyai masjid Jin (pulak dahh..) di smaping mengaku selalu bermesyuaratd engan golongan jin di gunung2 tertentu sprti Gunung Santubong di Sarawak.
-mendakwa mengetahui pergerakan org yg mengintip aktvitinya
-mendakwa mempunyai pengawal dr golongan jin
-menangis di hdpn pengikutnya kerana mendakwa pernah nampak dan tahu kesalahan agama yg dibuat oleh pengikutnya
- percayakan khurafat seperti:
Semasa perakan untuk melantik beliau sebagai Naib Khalifah Seni Silat mempertahankan diri al- mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. beliayu amat percaya dengan telahan dan (ketaksuban yg dicipta oleh pengikutnya) dan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta bliau menaiki belakangnya ekrana ‘beliau berketurunan raja.’
Tabib dan tabibah (perempuan utk tabib) diarah untuk menggunakan keris utk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.
menggunakan setanggi yntuk diperasapkan di setiap pusat rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi du samping memberi salam kpd rasulullah saw. abi khidir dan Azhar sendiri. Ritual ini dilakukan setiap hari sbl memulakan perniagaan atau membuka kedai
segi syariat:
Mana2 ahli yang didapati bersalah dan jika dpt dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan dam (denda) sama ada dlm bentuk wang atau harta benda;
Solat waktu sentiasa dijamakkan walaupun bkn dlm musafir
Apa sahaja yg dibw oleh Azhar bin wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keuputusan dan arahannya.
Dari segai akhlak:
Memulakan ucapan dengan bersumpah memegang al-Quran.Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj Ilias bin Hj Yusuf di majlis pertemuan dengan pengarah JAKIM pd 15 November 2002 lalu.
Mendakwa boleh memberi barakah dan syafa’ah kpead anak muridnya.
Mendakwa ada keberkatan kerana boleh menarik duit pelanggan dan mereka akan mengeluarkan wang sebyk mana yg mereka ada.
Memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti Wali Allah.
Mendakwa boleh ke mana2 denegan serta merta termasuk ke CHina dan mekah.(mcm david Copperfield atau Jumper..wahahah)
Mengugut ahli agar jangan derhaka kepada beliau kerana nanti tidak mendapat karamah
.. bukan CIkgu Karimah awek aku obses dulu2..
Mewajibkan ahli agar tidak bersosial dengan masyarakat biasa
KEPUTUSAN FATWA
meysuarat jwtnkuasa Perunding hukum Syarak FaTWA Negeri selangor telah membuat keputusan bwh ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas al-Mansur Holdings Sdn Bhd.) adalah haram, kerana didapati ada percanggahan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.
Saya ingat lagi masa saya dan keluarga menumpang kenderaan seorang ustaz (rakan ayah saya – yg mempunyai sekolah tahfiz di Shah Alam) dan kami singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh, kami terserempak dgn pelajar2 sekolah tahfiz ni. dia pon marah budak2 tu dan terangkan dia tak sepatutnya buat perkara tu.
dan baru2 ni pulak, saya pergi makan di RnR Awan Besar (KESAS). Masa tengah makan, ada pelajar perempuan yg dalam lingkungan 15-16 tahun datang mintak derma. muka nampak macam sangat letih. lebih kurang 30 minit kemudian, saya pergi isi minyak di stesyen minyak di RnR tersebut juga. Nampak remaja perempuan yg sama dan datang mintak derma sekali lagi pada saya. tak lama kemudian, saya nampak remaja perempuan tu berjalan ke arah kereta Nissan Serena yang dah tunggu di tepi stesyen minyak tersebut. Tapi dia naik kenderaan guna pintu sebelah kanan mungkin utk mengelakkan mereka yg ada di stesyen minyak tu dari perasan dan kereta tersebut di tinted gelap. lepas remaja tu naik, kereta tu terus pecut laju. tak sempat saya nak kejar. ada juga niat utk kejar dan tengok mana destinasi mereka.
Kesian tau bro kat budak budak nih..
saya tak boleh tengok depa tak pergi sekolah dan dengan dok saja cari derma macam ni depa boleh pandai? haih, kesian…
cikgu, ustaz semua mempergunakan agama untuk kaut untung.. mempergunakan budak – budak untuk poket depa sendiri..
haih.. tak ada tindakan ke? tangkap buang ustaz tak guna tuh!
LuthfiMY recently posted..The 90-10 Principles – Help us to guide the life
Biase jumpe kt stesyen minyak,area ulu klang.Tgh ngisi minyak,tetiba je muncul cm hantu,seb bek la x sembur dgn minyak tu.Tah dari mane diorg muncul.Muka sume set kesian abis.Sy malas nk marah golongan camni,so suh diorg bla dgn cara terhormat.Jenis budak2 camni tunjuk isyarat tgn & ckp “xper2″ diorg paham r.X tau plak kot2 ade yg jenis x paham bahase.Kita kesian juga sbb ramai org dh tau diorg ni diperalatkan,nk je rasenya kasik tazkirah.