Rahsia Di Balik Pintu…

Sebentar tadi saya ‘copy’ foto yang dirakam menggunakan kamera Nikon Coolpix saya ke laptop, tetapi…

Malam tadi saya di sebuah Pusat Pengurusan Mayat (bukan Islam) di ibu negara, dan selesai tugasan kira-kira jam 1 pagi.

Tugasan itu adalah lanjutan pertemuan saya bersama wartawan Siti Khatijah Jaafar dengan pemilik pusat itu, Mr Peter Lee pada 17 May lalu

Rujuk sini: Bersama Thanatologist DI Pusat Pengurusan Mayat.

Sebaik sampai di rumah, jam 1.20 pagi, Khaty SMS saya memaklumkan bahawa kenderaan yang dinaikinya bersama krew tidak dapat dihidupkan dan mereka masih berada di hadapan Pusat Pengurusan mayat tersebut.

16 minit kemudian, saya tiba semula di lokasi, dan berjaya  menghidupkan enjin kenderaan mereka menggunakan ‘jumper’ yang sentiasa saya bawa bersama di dalam kereta saya.

Niat untuk salin foto-foto sebaik tiba semula di rumah terpaksa dibatalkan kerana tiba-tiba merasa lain macam untuk menatap foto-foto yang dirakam.

Pagi ini, proses menyalin dilakukan, tetapi sesuatu tidak diduga pula berlaku – kad memori tiba-tiba gagal dibaca dan arahan format keluar pada skrin.

Dari 261 keping foto yang dirakamkan, 23 foto tidak sempat disalin.

Berbagai usaha saya lakukan untuk mendapatkan kembali foto-foto di dalam kad memori itu, tetapi tetap gagal menjadikan 23 keping foto yang tidak sempat disalin itu, hangus…

Saya sedang menyiapkan artikel mengenai proses pengawetan mayat yang dilakukan di Pusat Pengurusan Mayat itu.

Tugas memilih foto-foto untuk disiarkan agak memeningkan kerana hampir semuanya dalam kategori XXX-RAM 

Bermula dari proses membuka semula jahitan pada perut mayat, mengeluarkan semua organ di dalamnya,  mengeluarkan darah dan digantikan dengan bahan kimia sehinggalah kepada menjahit semula dan memasang semula tempurung kepala.

Dan akhirnya, mayat akan dipakaikan dengan pakaian baru dan kelihatan seolah-olah sedang tidur…

(Nota – dalam tugasan ini, mayat ini adalah mayat yang akan dihantar pulang ke sebuah negara di Eropah Timur (identiti dan negara dirahsiakan), dan prosesnya perlu dijalankan dengan teliti kerana mayat akan diisi ke dalam kargo penerbangan dan perlu mematuhi segala prosedur ketat dan standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta pihak berkuasa negara yang menerima mayat ini kelak)

Ikuti rencana ini seterusnya yang akan menyusul…

 

 

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2011.07.15 12:54, Anyss menulis:

    Assalamualaikum,
    Wahhhh memang menarik…dan, seram juga. Dahlah tengah malam. Tak sabar nak tunggu entri seterusnya ni
    Anyss recently posted..Gaji Bulan Julai Pekerja Kerajaan Akan Ditarik?

    • Pada 2011.07.15 15:26, Hasmizal menulis:

      menarik.. ingin tahu selanjutnya..

      • Pada 2011.07.15 22:52, Hazman menulis:

        Menakutkan je.. berani abang Sham buat liputan macam ni ye. Tahniah banyak2 untuk abang Sham. =)

        Tak sabar nak baca rencana selanjutnya. =)

        • Pada 2011.07.16 13:41, zackvtec menulis:

          dah mcm mastika ni bang…cunnn..hehehe

          You must be logged in to post a comment.