Reality in Real Life

Response Time – Satu Analisis Yang Mungkin Kontroversi

21 Oktober, 2008

Berapa lamakah sela masa dari detik orang awam membuat panggilan kecemasan hinggalah bantuan sampai di lokasi?

Jawapan kepada persoalan ini amat banyak kerana pelbagai faktor yang tidak pernah orang awam ataupun pihak berkuasa (mungkin) fikirkannya.

Hanya mereka yang benar-benar terlibat secara langsung dalam sesuatu kes sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Mereka yang terlibat termasuklah:

1. Mangsa
2.Orang ramai di lokasi
3.Pihak berkuasa yang tiba dahulu seperti polis trafik
4. Mereka yang terlibat di pusat bantuan/panggilan kecemasan
5. Anggota yang respon ke lokasi kejadian seperti polis, bomba, anggota perubatan.

Tahukah anda, sebelum talian Kecemasan Negara 999 diperkenalkan 1Oktober 2007 (telah genap setahun rupanya), negara mempunyai 4 talian kecemasan yang berbeza

1- 999 – Polis dan Ambulan
2. 994 – Bomba
3. 991 – Pertahanan Awam
4. 112 – Telefon selular

Bukan tugas saya untuk memperincikan di sini fungsi semua nombor-nombor tersebut, tetapi lebih kepada apa yang berlaku jika kita membuat panggilan kepada nombor-nombor itu.

Apa yang berlaku jika kita membuat panggilan kecemasan:
(Sebelum 1 Oktober, 2007)

Senario paling mudah ialah kemalangan jalanraya.

Apabila kita membuat panggilan ke nombor 999, kita akan ditanya butiran peribadi dan lokasi serta jenis kecemasan.

Jika kemalangan, maka operator akan terus menyambungkannya ke Hospital berdekatan (hospital kerajaan), atau biasanya kepada Bulan Sabit Merah Malaysia.

Setelah maklmuat disalurkan, maka anggota perubatan akan segera keluar ke lokasi.
Jika panggilan kebakaran, talian 994, maka panggilan akan dijawab oleh operator Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Begitu juga jika kemalangan membabitkan mangsa tersepit, jatuh gaung dan bencana, talian 994 akan terus sampai ke Jabatan Bomba.

Begitu juga talian 991 di mana panggilan akan terus dijawab di Bilik Gerakan Jabatan Petahanan Awam, samada panggilan untuk ambulans, bencana alam atau kemalangan.
Nombor-nombor itu sebenarnya telah sebati dan bukanlah sesuatu yang sukar untuk diingati kecualilah ada antara mereka yang cepat hilang ingatan, pelupa, nyanyok atau kurang waras.

Semuanya berjalan lancar, di mana akhirnya semua nombor-nombor itu dimansuhkan dan dikekalkan kepada hanya nombor 999.
Alasan diberi amat mudah – nombor itu senang diingat dan pemantauan masalah panggilan palsu.

Ok, tidak mengapa, kerana apa-apapun, sistem itu telah pun setahun dilaksanakan.

Tetapi, adakah dengan perlaksanaan hanya satu nombor 999 itu, ‘response time’ menjadi lebih cepat, tepat dan berkesan?

Jawapan saya, ialah : kadang-kadang tidak, kadang-kadang lebih baik kekal sistem beberapa nombor seperti dahulu, kadang-kadang langsung tidak nampak apa-apa perubahan…

Nyawa itu terlalu berharga – setiap detik lewat, ia makin jauh dari kita…

Berikut saya perturunkan beberapa fakta:

1. Tahukah anda, ada operator 999, langsung tidak tahu lokasi yang kita sebutkan.

2. Tahukah anda, operator yang menjawab panggilan anda, mungkin berada di luar negeri anda membuat panggilan
Contoh: Panggilan dibuat di Ampang, tetapi operator yang menjawab mungkin berada di Sibu, Sarawak.

3. Tahukah anda, sesi soal-jawab butiran peribadi, jenis kemalangan/kecemasan, dan untuk menerangkan lokasi sebenar sudah mengambil masa beberapa minit yang akhirnya, bantuan yang diminta tak kunjung tiba.

4. Tahukah anda, operator yang menjawab panggilan anda, ada yang tidak tahupun untuk menyalurkan ke mana panggilan ke agensi terdekat dengan kawasan kejadian.

5. Tahukah anda, jika panggilan untuk mendapatkan ambulan, bukan semudah itu untuk medapatkan ambulan?

6. Tahukah anda, di saat anda meminta bantuan dan operator menyalurkan panggilan, maka bantuan sebenarnya bukan bergerak serta-merta?

7. Sedarkah anda, jika anda meminta ambulan untuk bantuan, selalunya (biasanya di Kuala Lumpur) bukan ambulan Hospital yang tiba, sebaliknya samada agensi seperti Bulan Sabit Merah, Pertahanan Awam atau St John Ambulance yang tiba.

8. Tahukah anda, jika operator menyalurkan ke agensi A untuk bertindak, akhirnya agensi D yang tiba? Mengapa?

Contoh: Operator akan menyalurkan panggilan ke Hospital Kerajaan A, tetapi atas sebab-sebab yang mereka sahaja yang tahu, Hospital A akan menyalurkan ke agensi B, tetapi agensi B kata, mereka ‘kehabisan’ ambulan kerana respons kepada beberapa kes lain. Samada Hospital A atau agensi B terbabit akan menyalurkan pula ke agensi C untuk bantuan yang mungkin akan memberi jawapan yang sama.

Ketika ini, masa telah berjalan mungkin 10 hingga 15 minit yang akhirnya Agensi D yang respons

9. Tahukah anda, RAMAI orang awam akan memarahi anggota perubatan yang tiba dengan ambulans menuduh ambulans lambat.

10. Pernahkah anda terfikir, ambulan yang tiba sebenarnya tidak pernah lambat apalagi untuk melengah-lengahkan masa. tetapi apa yang melambatkan mereka ialah apabila pusat panggilan kecemasan gagal mencari lokasi agensi terdekat dengan kawasan kemalangan/kebakaran

11. Pernahkah anda terfkir, kelambatan itu atas faktor seperti No.8 di atas, di mana Agensi D yang akan menjadi mangsa kemarahan orangramai kerana didakwa lambat, sedangkan Agensi D tak tahu apa-apapun sebab bukan meeka yang mendapat panggilan pertama, tetapi mungkin setelah tiga agensi lain gagal atau tidak dapat respon ke lokasi.

12. Tahukah anda, jika anda memasang audio di dalam kenderaan anda dengan kuat, cermin di tutup rapat, anda sebenarnya langsung tidak mendengar bunyi siren kecemasan di belakang kereta anda. Atau anda terdengar sayup-sayup menyebabkan anda terfikir, ambulan berada jauh dari anda.

13. Tahukah anda, di dalam keadaan tertentu, ada jalan yang tidak mempunyai laluan kecemasan menyebabkan ambulan sukar melepasi kesesakan jalanraya. Dan jika adapun, kadang-kadang laluan kecemasan turut digunakan oleh kenderaan awam menyebabkan gangguan kepada pergerakan ambulan.

14. Tahukah anda, sebesar manapun lebar badan ambulan, jika anda mmberi laluan di tengah-tengah jalan yang mempunyai dua laluan, ambulan akan dapat melepasi kesesakan lalulintas walaupun macamana teruk sekalipun. Oleh itu, sebaik mendengar siren, mereka yang di laluan kanan, rapatkan kenderaan ke kanan dan di kiri, rapatkan ke kiri untuk membuka laluan tengah kepada kenderaan kecemasan.

15. Pernahkah anda terfikir, bukan semua ambulan yang dipandu laju dan memasang siren, sebenarnya tidak membawa pesakit? Mereka sebenarnya ada yang membawa sampel darah, organ dan pelbagai sampel atau ubatan yang diperlukan oleh hospital lain atau kerja-kerja pemindahan organ perlu dilakukan dengan pantas.

Ini kerana, kelewatan dan keadaan suhbu yang tidak sesuai, boleh merosak atau memusnahkan sampel atau organ yang dipindah atau di bawa.

16. Tahukah anda, semua perkhidmatan kecemasan seperti kemalangan jalanraya, tiada sebarang bayaran dikenakan. Ada yang ragu-ragu untuk menelefon kerana bimbang dikenakan caj-caj.

17. Tahukah anda, bukan semua perkhidmatan ambulan adalah hanya untuk kecemasan seperti kemalangan jalanraya. Proses pemindahan pesakit dari sebuah hospital ke hospital lain atau antara negeri, boleh dilakukan. Jika proses melibatkan hospital kerajaan, ia adalah percuma.

18. Tahukah anda, perkhidmatan ambulan berbayar digunakan antaranya untuk pemindahan pesakit, menghantar pesakit ke hospital (biasanya membabitkan hospital swasta).Perkhidmatan ini disediaan oleh pelbagai syarikat yang mengenakan harga berbeza bergantung pada jenis sakit dan keadaan pesakit.


Pengalaman

Saya pernah mengalami berpuluh situasi yang membabitkan secara langsung mendapatkan bantuan kecemasan seperti kes-kes kemalangan.

Untuk makluman, Blog saya ini dan artikel ini tidak akan menceritakan atau membuat andaian dari mulut ke mulut, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Saya sama sekali tidak akan menggunakan sumber berita atau berpandukan frasa-frasa seperti:

menurut maklumat dari orang dalam
menurut sumber rapat
menurut orang kanan si polan-si polan
menurut sumber yang dipercayai
menurut sms yang diterima
menurut hasil risikan dalaman
dengar-dengar cerita

atau apa saja yang seumpamanya

Situasi 1:
Pernah saya tiba di suatu lokasi kemalangan di mana orangramai sedang marah-marah kerana setelah setengah jam, tiada bantuan tiba sedangkan mangsa cedera parah.

Tanpa menggunakan talian 999, saya terus menelefon bilik gerakan sebuah agensi yang akhirnya, kurang 10 minit, ambulan agensi terbabit sampai memberi bantuan.

Malangnya, orangawam tetap memarahi anggota perubatan yang tiba kerana didakwa lambat sedangkan mereka tidak menerima apa-apa panggilan kecemasanpun melainkan dari saya.

Situasi 2:
Saya pernah disindir oleh kakitangan Lebuhraya apabila saya bertanya samada ambulan sudah dipanggil atau belum ketika kebetulan tiba di satu lokasi kemalangan.

Ini kerana kemalangan telah berlaku kira-kira 20 minit, tetapi bantuan masih belum sampai.

Tindakan saya menghubungi ambulan juga amat tidak disenangi mereka seolah- olah saya kononnya mencabar kredibiliti mereka.

Akhirnya, kira-kira 15 minit setelah saya menelefon sebuah agensi (bukan melalui talian 999), ambulan mereka sampai serentak dengan ambulan yag dipanggil dengan talian 999 oleh pihak lebuhraya, 35 minit sebelum itu…

Situasi 3:

Secara kebetulan, saya menemui satu kemalangan motosikal dirempuh kereta di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 MRR2 selepas susur Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL AKLEH arah Hulu Klang.

Penunggang motor cedera parah dan ketika kejadian, cuaca hujan.

Dari maklumat, orangramai telah memaklumkan melalui talian 999 kira-kira 20 minit sebelum itu.

Hari itu merupakan hari pertama talian 999 dilaksanakan sepenuhnya (1 Oktober 2007), tetapi mungkin kerana sudah biasa, saya mendail 991 untuk bantuan ambulan..

Agak terkejut, apabila yang menjawab, suara yang amat asing bagi saya.

Rupa-rupanya, semua panggilan ke 991, 994 mulai hari itu, akan otomatik di divert ke 999.

Setelah bersoal-jawab dengan pelbagai soalan seperti nama, no KP, lokasi, akhirnya, operator mengakui tidak mengetahui di mana Jabatan Pertahanan Awam Jalan Semarak/Jalan San Ah Wing.

Soalan saya mudah, anda di mana dan operator menjawab, di Sibu Sarawak.

Benar-benar membuang masa, saya menamatkan panggilan.

Saya dail sekali lagi 991, tetapi tetap disambung ke 999 dan kali ini, operator di Melaka yang menjawab.

Seperti dijangka, mereka langsung tidak tahu di mana Jabatan Pertahanan Awam , dan apalagi di manakah MRR2 itu, dan lebih malang, langsung tidak dapat bayangkan lokasi tepat kemalangan.

Satu lagi keadaan di mana masa itu emas tetapi telah dilengahkan oleh faktor yang tak masuk akal.

Akhirnya, saya menelefon menggunakan nombor talian terus ke Jabatan Pertahanan Awam yang akhirnya ambulan mereka tiba kira-kira 12 minit kemudian, hanya terlewat satu minit dari ambulan Hospital Ampang yang mungkin telah dihubungi oleh pusat panggilan 999 32 minit sebelum itu.

Persoalannya amat mudah, adakah operator 999 dilengkapi dengan pengetahuan geografi tentang sesuatu kawasan.

Adakah mereka ingat, jika sebut Ampang, semestinya Hospital Ampang akan dipanggil?

Untuk pengetahuan, lokasi kemalangan itu hanya kira-kira 4km dari Bulan Sabit Merah, 5km dari Jabatan Pertahanan Awam , tetapi lebih 10km dari Hospital Ampang.

Malah Ambulan Hospital Ampang terpaksa merempuh kesesakan jalanraya yang amat teruk gara-gara kemalangan itu.

Dan, dalam kes yang lebih kronik, kemalangan di Jalan Ampang, panggilan disalurkan ke Hospital Ampang…!!!


7 Comments

  1. nik_joe's Gravatar nik_joe
    18/02/2011    

    LEBIH ELOK GUNAKAN TALIAN LAMA…..
    ELOK2 DULU PANGGILAN 999 DIPEGANG OLEH NGO AMBULANS….
    NI SIBUK GOVERMENT NAK PEGANG PLAK….
    DAH MENJADI BYK RANGKAIAN PLAK…
    SAMBUNG SANA SAMBUNG SINI…LG MELAMBATKAN LG…..
    YG SATU HAL PLAK…..NAK LETAK ORG INCHARGE MENGANGGKAT TALIAN TU BIAR LA BERPENGALAMAN TAU LOKASI……JGN MEMBABI BUTA AJE BG KOL KECEMASAN ……KORANG YG AMBIK KOL LAMBAT TRANFER BGTAU…LAST2 YG PEGI KELOKASI YG KENA MAKI HAMUN…..

  2. Nota Fikir's Gravatar Nota Fikir
    03/08/2010    

    Senang saja jika nak selesaikan masalah ambulans lambat ni…kacang.
    Kalau polis boleh pakai helikopter, eloklah pihak hospital pula gunakan helikopter untuk bantuan kecemasan atau membawa mangsa kemalangan tadi.

    Masalah kos kerajaan tidak perlu fikir, kalau pihak polis yang tugasnya cuma membuat pengawasan mampu guna sedangkan ini berkaitan dengan nyawa sepatutnya lebih utama. Mana lebih penting ? Nyawa atau wang ? Yang waras pilih nyawa sebab kita menuju negara maju….

  3. Adzakael's Gravatar Adzakael
    18/02/2009    

    diorang tak pakai Google Earth kot…
    kalu takde mmg kena patut ade
    (jika camni la keadaannye operator 999)

  4. on the scene's Gravatar on the scene
    27/10/2008    

    Sebenarnya, ini bukanlah benda baru, Tetapi komitmen,dan dedikasi kepada kerja/tugasan amatlah penting.

    Jika panggilan kecemasan dikendalikan sebagai menerima panggilan dari rakan2, sanak saudara atau anggap sebagai beban tugas, maka berlakulah maklumat akan tergantung, tersekat di tengah jalan.

    Jika mereka sendiri mengalami kecemasan dan amat2 memerlukan bantuan segera, maka mereka tahulah macamana rasanya jika bantuan lambat sampai.

    Sebenarnya, jika siasatan menyeluruh kes mengapa bantuan lambat tiba dlm kemalangan di NKVE itu, adalah kerana faktor di pusat panggilan kecemasan itu, dan bukan kerana ambulan lambat.

    Banyak manapun latihan yang diberikan, tetapi jika tiada kesedaran atau pentingnya bertindak cepat, maka perkara sebegini akan terus berlaku, dengan alasan, benda baru…

    Dalam kes ambulan lambat dalam ertikata memang lambat bertindak,
    contoh paling klasik , tak salah saya tahun lalu, dalam satu kejadian di Utara Semenanjung, apabila pemandu ambulan sebuah hospital kerajaan yang melengah2kan masa menuju ke satu lokasi kemalangan, akhirnya mendapati mangsa adalah anaknya sendiri, yang kemudian meninggal dunia di dalam ambulan yg dipandunya…

    Kepada anggota penyelamat, anda semua adalah hebat, tetapi kehebatan anda kadang2 diperlecehkan oleh pihak2 yang tidak tau menilai pengorbanan anda…bukan pingat keberanian yang anda mau, cukup sekadar ucapan terimakasih, sudah memberi erti mendalam untuk berbakti seterusnya…

  5. Anonymous's Gravatar Anonymous
    26/10/2008    

    Biasa la benda baru ni mesti ada pro dan kontra…… apa pun tq pada petugas kecemasan yang tetap sabar dengan karenah orang ramai.Tahukah anda sekiranya seseorang penyelamat itu berjaya menyelamatkan mangsa maka itu adalah satu bonos buat para penyelamat………

  6. on the scene's Gravatar on the scene
    22/10/2008    

    boleh call saya, tapi nanti kredit prepaid hang abis…!!!
    kalu call 999, free…!!!

  7. maidin's Gravatar maidin
    21/10/2008    

    betul la bang..

    memang amat lojik penjelasan abg ni..tak pernah pulak saya terpikir begini..

    kesian pulak bila mengenangkan pegawai perubatan yang tiba untuk memberi bantuan..dah la kita tak ucap terima kasih kat dia..kita maki hamun pulak lagi atas kelewatan yang bukan disebabkan oleh kesilapan mereka..

    PS-nasib baik saya ada simpan nombor abg..kalau ada emergency, baik call abg.. boleh bang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting