Review KL-Kuala Selangor Expressway LATAR
KL-Kuala Selangor Expressway
1 Jul 2011
Biasanya penulis blog membuat review mungkin mengenai biskut raya atau sabun mandi dari susu unta.
Ada juga mungkin mengenai beg mengkuang keluaran terbaru atau juga kenderaan hybrid terkini keluaran Modenas…
Tetapi, ondscene kali ini membuat review mengenai lebuhraya yang baru dibuka kepada umum pada 23 Jun lalu, KL-Kuala Selangor Expressway LATAR.
(Atau cuba pada link ini : www.latar.com.my atau di sini : www.kls.com.my)
Lebuhraya sepanjang 32km ini hanya akan mengenakan tol kepada pengguna bermula 1 Sept 2011.
Bagaimanapun, nama yang diberikan agak kurang sesuai kerana ia bukan bermula dari Kuala Lumpur, tetapi pinggir Kuala Lumpur, lebih tepat sebelum memasuki bandar Rawang, Selangor (Templer Park).
Saya rasa, mungkin nama paling sesuai ialah Rawang-Ijok Expressway atau RAJOKE.
Review ini saya lakukan pagi tadi, setelah lebuhraya ini dibuka seminggu , dengan tujuan utama saya untuk membuat ‘marking’ perbatuan dan juga ‘response-time’ jika saya menerima maklumat kes yang berlaku di lebuhraya ini sehingga Kuala Selangor.
Ia mempunyai 3 plaza tol iaitu Plaza Tol Taman Rimba Templer, Kuang Barat/Kuang Timur dan Ijok.
Kadarnya masih belum diumumkan ,bagaimanapun difahamkan adalah RM2 untuk setiap plaza tol bagi kenderaan 2 gandar.
Kadar ini dirasakan agak mahal kerana bayangkan untuk sampai ke Ijok, anda terpaksa melalui 3 Plaza tol dan jumlah keseluruhan adalah RM6.
(Kadar paling sesuai dicadangkan ialah RM1 setiap Plaza Tol atau paling tinggi RM1.50)
Memasuki lebuhraya ini, kita akan menemui beberapa keunikan yang saya rasa tiada pada lebuhraya lain di Lembah Klang.
1- Satu-satunya lebuhraya yang tiada satupun kawasan perumahan di kiri-kanan – hampir keseluruhan adalah ladang kelapa sawit dan juga kawasan berbukit.
2-Satu-satunya lebuhraya yang mempunyai pembahagi jalan dibina dari struktur tembok setinggi kira-kira 1 meter sepanjang laluan.
-Kebaikannya:
- kemungkinan kenderaan ‘terbang’ memasuki laluan bersebelahan adalah sukar jika berlaku kemalangan.
- kemungkinan kenderaan laluan sebelah memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan , adalah kurang kerana halangan dari tembok tersebut.
-Impak kemalangan dijangka akan menjadi lebih buruk kerana tembok tidak mempunyai sebarang ‘penyerap-hentakan’ seperti getah bagi mengurang kesan rempuhan/hentakan.
Jadi kepada anda yang gemar memecut dan memandu melebihi had laju, jika berlaku kemalangan dan kenderaan anda merempuh tembok ini, minta maaflah, walaupun ambulan boleh sampai cepat, tetapi nampaknya nyawa anda mungkin cepat juga melayang.
3- Mutu pembinaan lebuhraya ini adalah baik- tiada selekoh tajam, tiadanya laluan ‘berombak’ , tiada kawasan angin lintang,
4-Satu-satunya perumaham awam yang ditemui di tepi lebuhraya ini ialah Perumahan Awam Burung Walit.
Ketika saya melalui lebuhraya pagi tadi, saya percaya sebuah ambulan sedang melakukan ujian ‘response time’ jika berlaku kemalangan kerana 3 kali terserempak dengan ambulan yang sama mengelilingi lebuhraya ini.
Untuk bantuan kecemasan, setiap beberapa kilometer, palang besi menggantikan tembok yang boleh dibuka oleh pihak lebuhraya.
Tujuannya untuk kenderaan penyelamat seperti Bomba dan Ambulan boleh membuat pusingan U dengan pantas untuk ke lokasi kemalangan.
Ia juga bagi membolehkan pihak lebuhraya membuka palang besi ini untuk membuat laluan ‘tidal-flow’ jika laluan di hadapan tersekat akibat kemalangan atau bencana lain.
Kemalangan maut mungkin belum ada kerana baru seminggu dibuka, tetapi sekitar KM24 , saya memenui kesan tayar dan darah di atas jalan, berkemungkinan kesan kemalangan dengan haiwan liar/ternakan.
Ini kerana beberapa kawasan ladang kelapa sawit turut ditemui lembu di dalam kawasan pagar, yang mungkin ada yang boleh terlepas ke lebuhraya.
Kenderaan yang melalui lebuhraya ini dikedua-dua arah masih ditahap amat-amat rendah ketika saya memasukinya jam 8.40 pagi tadi.
Lebuhraya ini saya andaikan 90 peratus telah siap kerana beberapa kemudahan lain masih dalam pembinaan.
Antaranya kawasan Rehat dan Rawat belum siap , manakala penandaan perbatuan (KM) baru sehingga KM 10 di Ijok (anggaran bacaan saya dari KM 30 di Tol Taman Rimba Templer).
Lebuhraya ini ‘dimiliki’ oleh 2 Ibupejabat Polis Daerah IPD iaitu IPD Gombak dan IPD Kuala Selangor yang bersempadan di kilometer 15.4
Post Lain Yang Berkaitan
14 Comments
You must be logged in to post a comment.





Adakah lebuhraya ini mempunyai laluan motorsikal seperti Lebuhraya Persekutuan?
hehhe….review makan angin namanya ni.
saya lagi gelak bila iklan cakap 18 minit
Area Templer Park tu masih KL je?
Sempadan KL – Selangor bukan ke dekat Pasar Borong yang ada pintu gerbang.
Kujie recently posted..Kisah Dia – 1 Julai
saya dah test drive smlm ….. dari ijok ke ampang 30 minit.. oklah tu nanti kurang sesak sikit kat jln ijok yang kona2 tu bila musim perayaan..
saya pun sudah mencuba dgn menaiki motorsikal dari simpang ijuk/sg buloh ke templer park. pada pandangan saya jalan bergelombang antara tol kuang utara hingga templer park. dan lagi hanya ada jalan masuk ke lebuhraya dari kundang. exit takda pulak.. ke bandar tasik puteri yg padat penduduk langsung tiada laluan masuk dan keluar…Kalau hendak ke tasik puteri atau kuang dari templer park terpaksa keluar GCE dan keluar tol rawang utara..pastu bersesak semula ikut jalan lama.. Untuk ke Templer Park ikut laluan masuk kundang terdapat dua tol plaza yang sgt hampir. kalau 4 ringgit untuk jarak sebegitu…memang tidak wajar..
latep recently posted..Palang handle…
saya rasa yang sesuai bukan RAJOKE tetapi RAJUK = Rawang-Ijuk
Kujie recently posted..Kisah Dia – 1 Julai
tak perlu lah nak tukar nak tukar nama…. go and read where the LATAR name come out.
tak sabar nak balik sekinchan ikut jalan ni…, dengar hari tu akan ada jalan susur masuk keluar di tasik puteri..di persetujui dah ..penduduk buat demo …
Minta maaf semua nak bgtau… LATAR EXPRESSWAY mmg kena dgn namanya dan ada tersirat disebalik nama tu… Lebuhraya ini sebenarnya baru sahaja siap utk FASA pertama dan mempunyai 3 FASA keseluruhannya… anda belum buat research utk keseluruhan ttg lebuhraya ini… utk pengetahuan anda, FASA ke-2 akan bersambung bermula dr Templer Park melalui KL dan terus ke Kajang dan FASA ke-3 bermula dr penghujung di IJOK dan terus melalui pantai barat semenanjung hingga ke Sabak Bernam atau Telok Intan… dan konsep plan Lebuhraya ini ialah rangkaian KLORR atau KL outer ring road iaitu klu kte lihat map lebuhraya yg ada disekitar lembah klang seperti cincin yg mana jika kita memulakan perjalanan dari K.Selangor kte akan berpusing semula ke K.Selangor dan akan melalui semua bandar atau berdekatan dgn bandar utama termasuk KL…antara jalan yg terlibat dlm KLORR ialah LATAR, GUTHRIE, KAJANG SILK, SKVE dan ELITE…so ini salah satu cara nak elakkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan masa…INGAT! RIDE IT RIGHT dan Memandulah sedaya upaya secara fokus…anda mampu mengubahnya…
Hmmm… Harga hartanah mungkin akan melambung selepas ini……..
lepas jer bukak LATAR skang ni harga tanah kat area ijok dah naik..yang pasti smlm ada 3 org agent hartanah call saya nak offer jadi agent tanah saya kat ijok, tp lum terbuka hati nak jual lagi….
x perlu tukar nama.. LATAR adalah bersesuaian.. Lebuhraya Assam jawa Taman rimbA templeR.
saya ada membuat perbandingan jika ikut jalan biasa ke ijok dari rawang jalannya kecil dan agak merbahaya kerana tak nampak kenderaan datang dari selekoh tajam dan juga lembu yang bermaharalela di atas jalan… (ni semua sebab nak try jalan, set gps avoid highway)
jadi saya lihat LATAR satu kemudahan yang amat sangat … selain secara jangka panjangnya akan membangunkan lagi kawasan sekitar.
masih belum berkesempatan nak merasa LATAR dan ambil pemandangan indah di situ
ismail recently posted..Ensearch Photography Workshop
Assalamualaikum,
Wow! nampak macam menarik je…entah bila berpeluang gunanya
Anyss recently posted..Kabinet Tak Benar Astro Naik Tarif
da try test drive latar waktu malam… tapi agak bahaya… dengan limit 110 km/jam ketika kejadian, terlihat kelibat makhluk hitam merintangi jalan latar ini… nasib baik la sempat brek… siot tol anjing..