Sewa Teropong dan Tambang Beca

Melaka Bandaraya Bersejarah
Saya mendapat beberapa respon di dalam email mengenai perbezaan bayaran antara pelancong tempatan dan pelancong luar.
Dan di dalam ruangan komen juga terdapat satu komen dari Kakcikseroja http://www.blogger.com/profile/08422006420871074838 menngenai Taman Buaya di Sarawak yang mengenakan bayaran berbeza antara orang Sarwak dengan mereka dari Semenanjung Malaysia.
Saya tak perlu ulas panjang, dan tak perlu letak contoh antara pelancong tempatan dengan pelancong negara luar.
Nah, di Malaysia sendiri, ada perbezaan antara penduduk Semenanjung dengan Malaysia Timur dari segi bayaran.
Apa perasaan anda, jika di negara sendiri, anda rasa seperti dianak-tirikan.
Saya tak peduli apa negara luar buat, tetapi, persoalannya, jika di negara sendiri pun dah begini, pandai-pandailah fikirkan.
Mengenai komen dari Anon yang kata semua ni kecoh-kecoh,
“kecoh arr luu matt..menda nk bantu bangsa sendri pun lu nk kecoh..dia buat cmtu biarlaa..kt luar kita kna sembelih kaw2 punya ada lu kisah kaa mat…aku xpahamlaa ko punya prinsip matt…melayu zaman skrg,cmnilaaa”
Saya rasa dia ni kalau tak staff Menara Taming Sari, tak pun dia ada share dalam tu, ataupun staf pelancongan Melaka. 
Sebenarnya, ini bukan soal prinsip, tetapi soal kesan psikologi selaras dengan duit berjuta yang dah dihabiskan, dan apa hasilnya?
Hasilnya, ia bukan membantu bangsa atau negeri Melaka, tetapi menjadikan, sekali itulah sahaja orang akan naik, akan datang, dan dari nak untung banyak sekelip mata, langsung takde orang naik.
Memang betul Anon tu kata, Melayu zaman sekarang, macamnilaa…
Ye, macamnila Melayu yang nak untung segera, tapi rupanya tidak seperti dijangka. Orang lalu je kat situ, bile tengok tiket harga RM10 pun, mereka dah fikir 18 kali nak naik.
Mungkin RM10 itu kerana nak tampung kos yang entah berapa juta dan juga gaji kakitangan.
Sebab itulah, walaupun ketika saya datang, hanya 3 orang penumpang yang datang, ia tetap naik.
Itu belum lagi bila dah bayar tiket, ada pulak kaunter untuk sewa teropong.
RM3 untuk satu teropong.
Itu anda fikirlah sendiri.
Dan belum lagi mengenai beca yang entah macamana, saya langsung tak teruja untuk ambil gambar beca-beca itu.
Kesian juga tengok pakcik-pakcik tu, tunggu pelanggan.
Memanglah mereka gunakan kudrat dan tenaga untuk mengayuh beca, tetapi ada alternatif seperti memasang motor kayuh supaya mereka tidak siksa untuk mendapatkan RM40 sekali bawak penumpang.
RM40 satu beca untuk 1 jam?
Jika diturunkan kepada RM20/jam dan gunakan motor kayuh, saya rasa, lebih ramai naik beca itu, dan lebih banyak trip dapat dilakukan oleh pengayuh beca.
Kerajaan Melaka sepatutnya keluarkan statistik berapa beca digunakan setiap hari oleh pelancong dengan harga RM40 sejam itu…
Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.



Tersangatla setuju… banyak lagi tempat di Sarawak yang mengenakan bayaran yang berbeza antara pengunjung Sarawak n pengunjung Semenanjung… walaupun saya org Sarawak, tetap tidak suka sangat2… dah tak menepati konsep 1Malaysia.