Unit K9 PDRM- Rondaan Di Hari Raya
Ampang, Selangor.
21 Sept 2009
Pwnghargaan:
DSP Vignesvaran Velautham- Ketua Unit K9 PDRM , pegawai dan anggotanya serta 6 ekor K9 mereka kerana kerjasama yang amat memuaskan sehingga terhasilnya artikel ini
K9.
Seluruh dunia menggunakan singkatan K9 untuk unit anjing pengesan mereka samada pasukan polis atau bomba.
Tetapi tahukah anda, apakah singkatan K9 itu?
K9 atau bunyinya K-NINE, dan bukan dibunyikan sebagai K-SEMBILAN.
Jika difikirkan secara lojik, huruf K tiada kaitan dengan anjing di dalam Bahasa Malaysia.
Huruf K hanya terpakai pada haiwan seperti kambing, keldai, kelkatu, kera, kura-kura atau kijang.
Dan apa kaitan pula dengan angka 9? Dan bukan angka 1, 3,7, 6, atau 8 ?
Begitu juga , di dalam bahasa Inggeris, anjing adalah DOG dan bukan KOG…
Pada anda yang bijaksana, apakah sebenarnya singkatan K-NINE itu…
================================================
Dan, kepentingan anjing dari unit K9 sebenarnya begitu banyak membantu dalam memburu, menyelesai dan mengesan serta menangkap penjenayah.
Di Lembah Klang, Unit K9 PDRM digerakkan sepenuhnya sempena perayaan Aidilfitri ini.
14 ekor anjing baka German Sherpard yang cukup terlatih, bersama 25 anggota dan pegawai melakukan rondaan di beberapa kawasan ‘hot-spot’ sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan sekitarnya.
Tumpuannya kawasan yang menempatkan banyak bank-bank, kedai emas dan kedai serbanika 24 jam. 
Dengan menggunakan arahan di dalam Bahasa Malaysia, anjing-anjing ini memahami tugasan yang diberikan.

Nama-nama glamer diberikan seperti Jamu, Pama, Jihu, Long dan Carl.
Arahan seperti ‘duduk’, ‘baring’, ‘pusing’ adalah arahan biasa didengar.
Dan anjing ini juga mampu menjadi aggresif serta garang dan bersedia untuk menerkam atau mengejar mangsanya jika diarahkan berbuat begitu.
Menurut Ketua Unit K9 PDRM, DSP Vignesvaran Velautham, rondaan dilakukan sepanjang masa sejak bulan puasa lalu dan ditngkatkan menjelang cuti hari raya.
Anjing-anjing terbabit menurutnya, yang dilatih di Pusat Latihan Polis Pulapol, merupakan anjing yang amat terlatih dan banyak membantu PDRM bagi mengesan kesan dan tanda-tanda yang ditinggalkan penjenayah serta membantu menyelesesaikan banyak kes-kes jenayah.
Rondaan pihaknya termasuk di lorong-lorong belakang premis bank, kedai emas ,kompleks membeli-belah dan kawasan yang selalu berlaku jenayah.
Anjing terbabit juga pernah beberapa kali berjaya mengejar dan menumpaskan peragut…
Bagi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya, DSP Ang Ah Ban, kehadiran Unit K9 ini setidak-tidaknya berjaya membantu mengurangkan kadar jenayah sejak dua minggu lalu di kawasan Ampang.
Bagaimanapun bagi menjaga sensitiviti umat Islam, anjing-anjing terbabit tidak akan memasuki premis ketika melakuka rondaan.
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
You must be logged in to post a comment.



hmm.klau x salah dari singkatan perkataan Canine yang merujuk kepada anjing polis,bomba atau guard.len tu x tau lak kecuali lar nama highway kat Kansas pun K9 gak.
yup…. K-9 singkatan utk "canine"
dan canine pula merujuk pd spesies anjing…
elok jugak unit k-9 ni bertugas.. jenayah skang makin menjadi2 bila musim perayaan.. paling elok unit ni kena sentiasa ada kat tempat2 hot jenayah. mcm kat luar negara.. mmg unit k-9 sentiasa meronda..
canine itu adalah nama saintifik bagi anjing, susulan dari keluarga/familia canidae dalam kelompok carnivora.
canine = keluarga anjing
kalau keluarga kucing = feline
sebutan 'canine' ialah kay-nine…disingkatkan jadi K9…
k-9 tu ialah canine..
tak kan itu pun tak tau
k9..
i rase berbanga menjadi seorang hendler k9 di genting auxiliary police k9 unit,perna melawat pusat latihan k9 pdrm,ia mmg berbagus n di uruskan dgn pimpinan yg profesnel……….hidup K9……