Reality in Real Life

WAJIB BACA- Jangan Bodohkan Diri Anda Dengan Taktik Pengemis Jalanan

Entry ini adalah sambungan entry di bawah mengenai Pengemis/Peminta sedekah.

LOKASI UNTUK ANDA LABURKAN WANG PADA SI PENIPU

Saya berani mengatakan, paling tidak, anda pernah melabur konon sebagai pahala sebab memberikan ‘sedekah’ sekurang-kurangnya sekali kepada peminta sedekah/pengemis jalanan ini.

Dan saya berani katakan, dan sanggup berdebat dengan siapa jua, bahawa, andalah manusia paling baghal kerana memberikan wang anda kepada penipu ini.

Saya terpaksa menggunakan bahasa kasar ini kerana saya amat sedih, marah dan sakit hati ,betapa ramai rakyat Malaysia masih lagi terpedaya dengan taktik manusia jahanam ini.

Tapi, apa lah yang saya boleh buat, kerana apa yang saya nampak sejak 10 tahun lalu, tak pernah saya nampak mana-mana orang mempertikaikan mereka ketika mereka datang menadah tangan.

Adalah malang bagi pengemis ini jika kebetulan, mereka datang kepada saya…

Paling tidak, anda akan berkata tidak atau menolak dengan baik, tetapi lebih ramai yang sanggup menghulurkan wang.

KENAPA?

1. Kerana anda anggap, adalah satu pahala besar jika anda menghulurkan sedekah kepada mereka.

2. Kerana anda lihat, orang lain hulur duit, tetapi anda rasa bersalah pula sebab anda menolaknya. Akhirnya, anda keluarkan juga duit.

3. Kerana anda malu pada teman wanita anda kerana nanti takut diceramah oleh dia kerana kedekut untuk bagi kepada malaun-malaun itu.

4. Kerana anda rimas mereka datang ke meja makan anda, lalu anda bagi juga sebab nak minta mereka blah.

5. Kerana anda takut / malu, anda akan diceramah oleh peminta sedekah ini, kerana konon anda berkira nak bagi mereka duit.

6. Kerana anda merasa kesian melihat seorang wanita yang mendukung bayi dan katanya wang tiada untuk beli susu, anak dah 3 hari tak makan…

7. Kerana anda memang pemurah tak bertempat, sedangkan anda sendiri hari tu hanya ada RM10 dalam kocek, dengan harapan, rezki anda akan murah lepas itu kerana ‘bantu’ orang susah.

8. Kerana anda memang bodoh sebab mata anda ‘dibutakan’ oleh sibuta itu.

LOKASI PENGEMIS BEROPERASI

1. Restoran, warong, food-court

2. Hadapan bank-bank

3. Stesyen minyak

4. Tepi jalan

5. Perkarangan masjid

7. Jejantas pejalan kaki

8. Hadapan kompleks beli-belah/hypermarket

9. Tempat letak kereta

10. Tepi jalan berhampiran lampu isyarat

11. Rumah ke rumah.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pernah saya didatangi seorang lelaki yang mendakwa dari Afghanistan.

Dengan gaya seolah-olah orang alim, datang dan terus meminta wang konon untuk membantu rakan di Afghanistan untuk berjihad.

Yang pasti, bila saya minta paspot, hanya salinan fotostat yang diberi dan telah tamat tempoh.

Tetapi yang membuatkan saya rasa nak sepak terajang lempang mamat jahanam itu apabila saya kata, saya tak akan bagi apa-apa pada dia dan saya nak lapor pada Imigresen.

“Sir, if u dont have money, u can buy chicken, fried chicken, and i can send to Afghanistan for my frends to eat. Jihad…!!!”

++++++++++++++++++++++++++++++++

Tiada apa yang akan merubah keadaan jika kita hanya berseorangan dapat membanteras kegiatan ini.

Bukan tugas saya untuk memperincikan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Imigresen,, Pihak Berkuasa Tempatan.

Tetapi, jika anda semua buang sifat pemurah tak bertempat itu, maka pasti lama-kelamaan mereka akan give-up juga.

Bayangkan, jika pergi ke food-court yang ada kira-kira 100 pelanggan, anggarannya lebihkurang begini:

JAM 9-00 pagi- Pusingan 1 (waktu sarapan)
20 orang x RM1 = RM 20

JAM 10-00 pagi-Pusingan 2
20 orang x RM1 =RM 20

JAM 11-00 pagi-Pusingan 3
20 orang x RM1 =RM 20

begitulah seterusnya sehingga pusingan 10 sehingga jam 12 malam

RM20 setiap pusingan x 10 pusingan = RM200

Mereka tidak bimbang kerana setiap pusingan, mereka akan bertemu berlainan mangsa kerana jarang pelanggan akan duduk di food court untuk makan dari jam 9 pagi hingga 12 tgh.

Jika anggaran minima 20 orang memberi RM1 setiap pusingan, menjelang tengahmalam, mereka dah dapat mengumpul sekurang-kurang RM200 dengan hanya menjual muka tebal selama kira-kira 15 minit untuk setiap pusingan.

Dan, lihat fakta ini:
RM200 x 30 hari : RM6000 /sebulan.

Anda kerja separuh mati siang malam, belum lagi dicampur tekanan kerja, kena memo dengan bos, kena saman parking, kena saman speedtrap, nak dapatkan bersih RM500 sebulan pun payah.

Dan , lihat fakta ini pula:

Andaikan, setiap food-court di’pegang’ oleh satu pengemis, dan anggaran jika di Kuala Lumpur sahaja ada 100 food-court, inilah hasilnya:

RM200 x 100 food-court = RM20,000

RM20,000 X 30 HARI = RM600,000.

Bayang, RM600,000 sebulan kita beri kepada 100 pengemis di 100 food-court…

Akhir sekali, di sini, saya mencabar kepada pembaca blog ini, lakukan tindakan seperti yang saya pernah lakukan, dan saya yakin anda akan mendapat keputusan sama seperti apa yang pernah saya lakukan.

Selama ini saya melakukannya berseorangan, tetapi dibekalkan dengan keyakinan, keberanian dan sedikit pengetahuan mengenai undang-undang dan psikologi manusia.

Jika anda dapat buktikan, sila hantar maklumbalas kepada saya, dan yang paling penting, dapatkan foto penipu-penipu itu serta butirannya.

18 Comments

  1. 24/12/2010    

    Salam..

    Pernah ada terbaca mengenai sedekah ini..ketika kita didatangi seorg yang meminta sedekah..Pada masa itu akan terdetik dua perkara. Pertama:’Hati berkata’-Kesian kat orang ni..kalau aku sedekah sikit duit aku xsalah..Rezeki Allah juga kurniakan..Kedua:’Setan berbisik ditelinga’..Wei?pengemis ni tipu ko..entah yer entah tidak dia ni miskin..entah2 lagi kaya dari ko.. dapat duit hari2 org sedekah..baik ko jgn sedekah..Kesimpulannya..tepuk dada,tanya selera..

  2. Fiki's Gravatar Fiki
    11/11/2010    

    Bagus, brother blog nie sebab membongkar hal ni. actually, kite semua (mostly lah) dah tau pun yang peminta sedekah tu memang tak ikhlas/penipu. memang patut kite benteras pun. tapi ade beberapa perkara yang saya nampak 1. die tipu pun die tak kaya2 jugak, (mungkin die pekerja dari organisasi yang lebeh besar) 2. kite bagi sedekah pun, kite tak miskin2 jugak. walhal kerajaan kasi kite miskin lagi ade. dengan barang naik, gaji tak naik2… saya pun tak pernah tengok satu manusia pun jatuh miskin dengan sebab bersedekah. tapi masalah nie memang masalah yang patut kite tolong. tapi apakah cara yang terbaik? dengan tidak memberi sedekah? walhal Allah suruh kite bersedekah. dari sudut lain pulak, saya tengok, saya sedekah antara die dan saya.. tanggung jawap saya lepas (tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima) so, die nak tipu antara die dengan Allah, itu daya redha…;). thanks bro…

  3. kaizoku's Gravatar kaizoku
    11/03/2010    

    aku mmg dah tak layan dah dorg2 tu.pernah sekali aku didatangi 2 kali ogrg yg same, satu pagi time sarapan, satu lg time mlm nak dinner.. mmg tension la..

  4. zharif's Gravatar zharif
    05/03/2010    

    hahaha…klu jenis aku la,xkre la yg dtg 2 pmpn ke..laki tua ke..bdk2 ke…dtg kt aku jer,mnx dt lak…mmg kne maki hamun ngan aku..aku mnyampah tgk pengemis…dtg kt meja org tgh mkn cite sal idup derg…p mmpos la…ingt aku peduli…

  5. brokenwings's Gravatar brokenwings
    17/05/2009    

    saya pernah gak tertipu dengan orang mintak sedekah dekat HKL. Sorang laki (dalam 30-an) dengan anak perempuan dalam umur 5-6 tahun. Dia datang mintak duit RM10 kononnye untuk tambang bas balik rumah. Dia bawak envelope X-ray HKL dan bagitau yang pagi tadi dia keluar tergesa2 sebab isteri dia nak beranak. So naik ambulans, tak sempat ambik wallet. Time dia mintak duit tu, dia cakap dia takde duit tambang nak balik rumah. Saya pun dengan baik hati dan pemurah bagi dia RM20 walaupun masa tu dia mintak RM10 sebab kesian kat dia and anak dia. Lagipun dia janji nak bayar balik bila dia datang smula kat HKL nak tgk isteri dia. Dia siap bagi nama isteri, no katil, nama wad dan no henfon dia. Pastu bagitau saya waktu yang dia akan datang smula ke HKL. Saya try call no henfon dia tapi tak dpt. Dia ckp henfon dia kat rumah, off sebab tak sempat amik tadi. Last2 bila saya call petang tu pada waktu yang dijanjikan, tak dapat. No katil dan nama wad, dan nama isteri dia tak wujud!! Lepas dari tu saya dah tak percaya kat pengemis.

  6. Liyana Yeim's Gravatar Liyana Yeim
    22/04/2009    

    kalau dekat kuantan plak, tempat paling pemes utk peminta sedekah nih, kat area pasar malam…

    yg jenis sihat sejahtera, dengan slumbernyer posing baring tgah2 jalan mintak sedekah…anak siap boleh minum air sedap2, plak tuh…

    kat pasar malam yg berlainan pon, mesti jumper org yg sama…

    bukannyer x boleh kalo nak memberi sedekah…tapi, tengok org jugak,la..klo org tuh membuat sesuatu, contohnyer mcam main muzik, ker…x kisah la…

    itu lebih baik drp mengemis x buat aper2 padahal sihat…sekurang2nyer, ibarat kita membayar utk kerja diorang menghiburkan kita (selalunyer org yg cacat penglihatan yg bermain muzik)…

  7. on the scene's Gravatar on the scene
    20/03/2009    

    gigantor- sekarang dia dah pakai 3g la bro…!!!

    anon-itu duit hang la dia guna beli mc d tu. tak sakit ati ke.

    coroxcream – terimaksih kerana sanggup membaca entry dlm blog ini.
    tentang kedekut itu, terpulanglah pada anda kerana jika anda memang seorang insan yg amat murah hati dan memberi kepada yg kita dah tau sebagai penipu, itu hak anda. tetapi tujuan utama saya menulis entry ini ialah untuk menjelaskan kepada pembaca, taktik yg pelbagai bentuk digunakan utk menipu orangramai. figure yg saya berikan adalah anggaran bukan andaian. Niat saya supaya anda sedar betapa mudahnya anda ditipu mereka . Memang RM1 itu kecil bagi anda, tetapi, itulah yang menjadikan mereka kaya raya selama ini. maruah dan harga diri sudah tidak penting bagi mereka.Yang penting, wang dapat cara mudah dan mangsanya adalah org2 yg tidak kedekut seperti anda. Ingat, saya gunaka perkataan mangsa, kerana mereka memang kerjanya mencari mangsa. Jika sikap itu atau cara itu anda anggap itu adalah kedekut, maka saya bersyukur kedekut saya adalah bertempat.
    Sekali lagi terimakasih melawat blog ini

  8. cOROXcREAM's Gravatar cOROXcREAM
    19/03/2009    

    ALAHAI PENULIS BLOG… DEKAT SEJAM LEBIH SAYA BACA SEMUA POSTING DLM BLOG NI, MENARIK… TP BILA BACA ARTIKEL NI, JADI MUAL DAN RASA NAK MUNTAH DENGAN KEDEKUTAN ANDA YANG SIAP KIRA GAJI PENGEMIS2 TUH!! HUH…!

  9. Anonymous's Gravatar Anonymous
    20/02/2009    

    Bro…dulu aku pun camtu…
    Slalu sedekah la konon :D
    Tapi ada ari tu…Orang yg diberi sedekah tu duduk makan kat McD…Trus aku tidak lagi sedekah…Aku makan bun tapi dia sedap2 makan kat “McD’tu…Sejak ari tu aku tak pandang peminta sedekah camni…Sedangkan ada gak orang cacat pandai cari rezeki halal…Takkan diorang ni tak leh… :)

  10. Gigantor's Gravatar Gigantor
    20/02/2009    

    Dude excellent blog! Baru jumpa seh.

    Anyway, aku penah orang afghan mintak derma, pakai serba putih, cam alim, cakap afghan mintak duit masa tu aku nak beli burger ramli.

    lepas tuh handphone dia bunyik. dorang pakai motorola V3.

    this was 1 1/2 years ago.

  11. on the scene's Gravatar on the scene
    15/01/2009    

    sebenarnya, kita selalu malas memikirkan setakat RM1 utk bagi pada mereka, sebab tu, mereka semakin berleluasa kerana masih ada yg bodoh ditipu mereka.

    Utk lebih baik, dan utk memuaskan hati kitA sendiri, sekurang2 mintak kad oku mereka atau ic mereka.
    dan ada juga yg syorkan, ajak makan sekali.
    dah tentu mereka taknak, sebab apa kleas bagi mereka kalau kita belanja makan nasi campur, sedangkan mereka makan kfc, mcd lagi.

    kita sebenarnya yg mengajar mereka makin mengganas.
    saya ulangi, mereka 99-99 peratus adalah penipu dan lebuh kaya dari kita yg hanya mampu bagi mereka RM1…

  12. Anonymous's Gravatar Anonymous
    15/01/2009    

    salam.
    saya pernah tengok kat kedai mamak di pj depan avon memang betul ada yang buat pusingan sebab saya lepak dengan member sampai 3..4 jam
    dan ada jugak 2 orang buta berjalan apabila lalu depan parking moto tau pulak dia mengelak motor banyak2 tu lepas tu laju plak berjalan tapi apa bila sampai kat meja makan slow plak berjalan

  13. Anonymous's Gravatar Anonymous
    15/01/2009    

    salam..
    bang kat masjid mujahidin di uptown damansara setiap hari jumaat ramai ada peminta sedekah siap riba anak yang baru lahir,
    saya memang tak bagi duit kat orang ni baik bagi kat masjid dapat jugak pahala sebb bagi kat orang peminta sedekah ni membuatkan mereka ni jadi pemalas mengharapkan belas ehsan orang.sedangkan Islam suruh kita berusaha untuk berjaya.jangan jadi peminta sedekah.

  14. sebaliktabir's Gravatar sebaliktabir
    15/01/2009    

    saya juga pernah tertipu macam ni..Al-kisahnya masa tu saya masih belajar…tgh lepak kat Dataran Klang jumpa member…adala seorang lelaki dlm usia 40-an mendekati kami,dengan menggunakan dialek minang(lenggok Negeri Sembilan) dia beritahu kami “Pakcik dari jauh,nak balik kampung balik takde duit”. Aku mula2 tak nak bg. Tgk muka dgn berkopiah putih,mgkn kawan aku simpati dia pun bg la RM10…aku terpaksa bg sebab kawan aku dah hulur juga… selanjutnya… aku akan sambung kisah ini kemudian…mgkn dlm blog aku…

  15. zeqzeq's Gravatar zeqzeq
    14/01/2009    

    sukarela dan kuatkuasa sesamasama..
    –kerja rela tu tenaga FREE,,
    –kuatkuasa tu dibayar GAJI untungnya lepas tu gomen boleh denda atau rampas, satu incaome juga tu,
    hhee

  16. jawa peranakan's Gravatar jawa peranakan
    12/01/2009    

    pendekatan saya begini..
    biasanya pengemis ni beroperasi di tempat makan..so kalau ada pengemis yang datang, saya akan suruh dia duduk dan minta dia order makan..saya yang akan bayar..

    tapi kalau dia tak mau,saya suruh dia blah..

    ok ke pendekatan saya ni bang?

  17. on the scene's Gravatar on the scene
    11/01/2009    

    haha..!!!statement yang amat mendebarkan..!!1

    ok…resultnya jgn lupa bagitau…tak sabar juga nak tau ni…!!!!
    ingat, ambik gambar sekali…

  18. cabincrew are here not to kiss ur ass's Gravatar cabincrew are here not to kiss ur ass
    11/01/2009    

    ok.balik nanti saya mahu cuba.dah terbiasa jadi cepat kesian kat orang kan..kali ni kena kasi hati kering sikit.berkobar ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting