
ARTIKEL INI DITULIS UNTUK ANDA BACA, KAJI, TELITI DAN AMBIL IKTIBAR DARINYA. IA BUKAN DITULIS HANYA UNTUK SUKA-SUKA, TETAPI SEBAGAI PANDUAN, INGATAN DAN TINDAKAN ANDA JIKA ANDA BERDEPAN DENGAN SITUASI YANG MENGELIRUKAN PEMIKIRAN ANDA INI.
(Simpanan foto-foto kes yang saya hadapi ketika berdepan dengan golongan ini, masih gagal saya kesan di mana saya simpan. Saya akan upload setelah saya berjaya mengesannya dalam simpanan saya)
Kita bukan tidak kasihan kepada mereka, kita juga bukan tidak simpati, dan kita juga bukanlah manusia yang tidak berperikemanusiaan.
Tetapi, wajarkah kita sebenarnya ditipu oleh kecacatan mereka dengan jalan yang amat menjijikkan semata-mata untuk ‘memerah’ wang kita dan mengalir masuk ke kocek mereka dengan jalan yang amat mudah.
Mereka mengemis, meminta simpati dan sampai yang sanggup mengalirkan airmata, dan menggunakan kanak-kanak, bayi, semata-mata untuk mendapat simpati dan wang kita.
Malangnya, orang Malaysia terlalu mudah ditipu, apalagi memberikan simpati tidak bertempat.
Sebenarnya, bukan sedikit, malah ramai dari kita merasa amat serba-salah apabila didekati golongan begini, terutama di restoran, kedai makan atau di tepi jalan.
Mungkin ada terfikir begini:
“Kalau aku sanggup makan habis RM10, takkan aku tak boleh bagi mereka ini RM1?”
Bohong jika anda tidak mengaku, bahawa anda sebenarnya malu apabila orang lain dengan senang hati memberi, tetapi anda menolak untuk mengorbankan wang anda kepada mereka.
Bohong juga jika anda tidak mengaku, anda sebenarnya amat-amat simpati kepada mereka.
Siapakah mereka ini dan bagaimanakah mereka beroperasi serta bagaimana untuk anda menepis atau menolak atau sekurang-kurangnya, membuatkan mereka berambus dari anda.
Untuk pengetahuan, mereka ini sebenarnya lebih kaya, lebih senang lebih mewah dari anda, tetapi kerana ‘profesion’ mereka adalah sebegitu, maka anda sebenarnya tertipu dan ditipu hidup-hidup.
Rencana ini saya tulis setelah saya berdepan dan membuat kajian selama kira-kira 10 tahun mengenai penyakit yang sebenarnya selama ini membodohkan diri anda sendiri.
Kategori pengemis/peminta sedekah:
1. Kanak-kanak – mereka ini pula terdiri dari 4 jenis
-bergerak sendirian
tanpa bantuan sesiapa tapi kemahuan mereka sendiri
-sindiket
mereka sebenarnya di’bela’ oleh sindiket yang menyimpan kanak-kanak ini biasanya anak yatim, yatim piatu, mereka yang lri dari rumah.
Kanak-kanak ini akan ditinggalkan di sesuatu lokasi yang telah ditetapkan untuk menjalankan kegiatan ini dan akan diambil semula pada waktu tertentu, biasanya menggunakan van.
- bersama ibubapa/orang dewasa
kegiatan bersama orang dewasa menyebabkan orangramai bersimpati dengan keadaan kanak-kanak lalu anda bermurah hati untuk bersedekah.
- sekolah-sekolah pondok yang bertopengkan agama
kanak-kanak akan diperalat konon sebagai latihan untuk berniaga. Mereka akan dibekalkan dengan barangan seperti kalendar, surah yasin, pen, kad-kad konon sebagai sedekah atau membiayai apa-apa madrasah atau apa sahaja yang terlintas.
2. Orang dewasa
- mereka juga biasanya menggunakan kanak-kanak atau paling kronik, menggunakan bayi sebagai objek untuk simpati orangramai.
- gunakan taktik – seperti ketiadaan wang untuk bayar bil hospital
- kena ragut
- tertinggal bas, duit tambang takde
- sesat, nak balik kampung duit dah habis
3. Golongan OKU
- mereka paling mudah mendapat simpati, terutama golongan buta atau kecacatan tubuh badan.
- mereka paling beruntung kerana selain menipu orangramai, mereka juga ditipu sindiket lain yang menggunakan mereka.
Taktik mereka:
Gunakan surat/kepala surat yang menerangkan kecacatan mereka, dan konon mendapat sokongan dari Hospital, jabatan Agama untuk mengutip derma.
Menjual tisu sebagai alasan supaya anda tidak rasa bersalah jika anda hanya memberi wang, tetapi tidak dapat apa-apa.
Bagi yang buta, mereka biasanya akan dipimpin oleh biasanya wanita yang sihat wal-afiat konon sebagai penjaga, isteri, dan dengan selamba pergi dari meja-ke meja meminta wang.
Mereka juga kadang-kadang didalangi sindiket yang menghantar dengan kenderaan seperti van ke sesuatu lokasi.
Mereka yang membawa/memimpin sibuta, akan diberi komisen akan kutipan yang dapat. Si buta sebenarnya dipergunakan oleh wanita atau sindiket terbabit.
Ada dari mereka sebenarnya berpakat biasanya dengan oemandu teksi yang membawa ke sesuatu lokasi. Teksi akan menunggu sehingga urusan selesai dan membawa ke lokasi lain pula. Pemandu teksi akan turut mendapat komisen.
Kepada pemandu teksi yang terlibat,yang membaca artikel ini, bertaubatlah, anda sebenarnya hidup tidak diberkatiNya kerana bersubahat untuk menipu dan memperdaya orangramai.
DARI MANAKAH MEREKA INI?
1. Rakyat Malaysia – seperti anda, mereka juga rakyat Malaysia. Bezanya, mereka mungkin tinggal di kediaman lebih mewah dari anda, dan ada yang tinggal di hotel untuk tempoh tertentu sebelum berpindah ke lokasi lain.
2. Pelarian Rohingya – mereka menggunakan tiket pelarian Rohingya dan menggunakan kad UNHCR (Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian)
3. Negara China – mereka datang ke Malaysia semata-mata untuk mengemis kerana mereka tahu rakyat Malaysia amat pemurah.
4. Afghanistan – mereka datang konon sebagai jihad untuk rakan mereka di Afghanistan
5. Timur Tengah – juga menggunakan agama sebagai alasan meminta sedekah.
6. Thailand/ Indonesia- juga taktik seperti dari negara-negara lain
7. Warga Eropah yang biasanya membawa macam-macam surat akuan atas namakebajikan /’charity. Minta untuk dilihat paspot mereka, yang pastinya mereka akan mengeluarkan yang fotostat.
Tahukah anda, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk sesiapa jua untuk meminta derma dari meja ke meja. Dan mereka yang biasanya mendakwa dari Amerika sejauh itu mampu datang semata-mata untuk jual rantai kunci atas nama kebajikan atau persatuan orang buta atau pekak di Amerika.
Sungguh bodoh anda yang terpedaya dengan konsep charity mereka itu.
BAGAIMANA MENGESAN DAN MEMERANGKAP PENGEMIS/PEMINTA SEDEKAH INI.
1. Jika kanak-kanak yang datang, anda minta kad pengenalannya. Tanyakan datang dengan siapa. Ambil foto dengan telefon bimbit anda. pasti mereka akan lari.
2. Jika mereka datangmembawa surat, helaian kertas, minta kertas itu, dan jangan tengok sekali imbas. Ambil, dan baca dengan teliti.
Perhatikan butiran berikut:
- Surat atau helaian biasanya adalah fotostat. Sindiket cuma perlu menukar nama pemegang, dan isinya dengan pengemis lain adalah sama.
. Jika kertas menggunakan kepala surat dari Hospital, tengok tarikhnya. Biasanya dah bertahun atau paling baru, ialah tarikh setahun lalu.
(Rujuk posting sebelum ini)
Mustahil untuk membayar bil rawatan, memakan masa bertahun untuk mengemis, takkan tak cukup-cukup lagi dapat duit.
KISAH 1
Saya pernah didatangi seorang lelaki yang kudung kakinya bersama seorang kanak-kanak di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi.
Dengan bertongkat, dan memegang album dan kertas, dia pergi dari meja-ke meja dan saya anggarkan, dalam RM100 dia dah dapat. Saya tak sabar untuk ‘menyambut’ lelaki tersebut dan budak itu.
Tiba di meja saya, saya minta kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia berjaya tunjukkan pada saya.
Kemudian saya minta album dan surat yang dia bawa. Dari surat, saya baca bahawa kononnya dia adalah pemandu bas yang terlibat kemalangan dan sebelah kakinya terpaksa dipotong.
Ok, lulus, memang kakinya takde sebelah.
Saya tengok album dibawanya. Gambar dia sekeluarga.
Tetapi apa yang membuatkan saya rasa amat jijik dengan manusia penipu ini?
Sebabnya, surat yang dibawanya menerangkan dia memerlukan kira-kira RM1000 untuk membeli kaki palsu. Malangnya, surat yang dibawanya telah usang, buruk dan kotor bertarikh tahun 2000. Bermakna, dah 8 tahun dia menjaja surat itu konon untuk beli kaki palsu yang harganya RM1000.
Bayangkan, jika dia mula mengemis dari tahun 2000 ke 2008, dan katalah dia hanya dapat RM1 sehari. Anda kiralah begini:
RM1 x 365 hari x 8 tahun = RM2, 920-00
Bukankah kaki palsu itu hanya berharga RM1000 seperti dalam surat, dan takkanlah dah 8 tahun tak dapat kumpul lagi.
Tetapi jika dia dapat paling kurang RM10 sehari, maka dalam 8 tahun dia akan dapat:
RM10 x 365 x 8 tahun = RM29,200-00
Saya sempat berceramah dengan lelaki itu tanpa langsung rasa simpati dengan kecacatan dia kerana dia sebenarnya menggunakan kecacatan itu untuk menipu. Saya tau, ramai di restoran ketika itu menyesal memberi wang kepada lelaki itu.
“Bang, dengan segala hormatnya, abang BERAMBUS dari tempat ini. Kalau nak hidup menipu, saya minta maaf. Atau saya serahkan abang pada polis.”
3. Bagi OKU buta, mereka biasanya akan mendakwa datang dari Brickfields di Kuala Lumpur. Minta kad OKU/orang buta mereka.
Biasanya, mereka enggan memberikan kad itu atau kad telah luput tarikh.
Tanya pada mereka yang membawa mereka, dan minta tengok Kad Pengenalan. Biasanya, taktik ini menyebabkan mereka terus beredar dari anda.
Jika anda mahu, ambil foto. Snap betul-betul di depan muka kedua-dua mereka.
Dan jika anda rajin, ikut mereka ( tanpa disedari) dan percayalah, kebiasaannya ada sebuah teksi yang sudah menunggu…
Betapa bodohnya anda tertipu dengan kebutaan mereka yang sebenarnya mereka lebih kaya dari anda, tetapi memperdaya fikiran anda dengan mata yang buta itu.
4. Jika anda didatangi mereka yang membawa surat terutama dari Jabatan agama mana-manapun di negara ini, maka saya berani beritau, ia adalah palsu. Apa lagi jika surat itu dari negara jiran yang kita tidak tahu kesahihannya.
Untuk makluman, tiada pejabat agama, Majlis Agama di negara ini mengeluarkan apa jua bentuk surat yang menyokong perbuatan mengemis ini.
Kita ada Baitul Mal dan mustahil kita memberikan lesen untuk mengemis sedangkan kita boleh bantu dengan banyak perkara jika mereka benar-benar susah, dan bukan dengan jalan mengemis.
Jika anda benar-benar sakit hati, anda minta surat itu, cuba telefon mana-mana nombor yang ada disitu. Atau jika ada kenalan di mana-mana Pejabat Agama, Majlis Agama, minta pengesahan.
Saya berani kata, pengesahan yang anda dapat ialah – itu adalah surat palsu…!!!
5. Bagaimana pula jika tiba-tiba ada yang datang, bawa buku agama, dan minta anda derma dengan ikhlas. Dan, terbukalah hati anda untuk menderma kerana anda kesihan mereka dan demi ugama.
Baiklah, anda kata, anda nak derma RM1 dan mahu buku yang dibawa.
Apa jawapan anda dapat?
“Encik, takkanlah bagi RM1. Buku ni harganya RM15.”
” Tadi kata derma ikhlas? Kenapa nak paksa jadi RM15? Kau ni nak jual buku ke atau mintak derma?”
Ok, dengan itu, terbukti, mereka gunakan buku agama itu untuk minta sedekah, walhal buku itu sendiri anda patut ragui dari mana sumbernya dan siapakah yang menjadi dalang memaksa mereka menjual buku itu kepada anda. Jika jual buku, buatlah cara jual buku, jangan gunakan perkataan derma ikhlas.
Nah, jika anda nak sangat pada buku yang sebenarnya boleh anda beli RM3 di kedai buku, maka anda belilah. Bayarlah RM15, dan minta resit.
Tapi, sebenarnya, resit itu adalah resit palsu yang takde alamat, takde nombor telefon dan kalau adapun, alamat palsu…
KISAH 2
Sedang makan di sebuah restoran di Bangsar, saya didatangi dua lelaki dari Timur Tengah, berjubah putih, kotor pulak tu. Mereka berjambang, berkopiah.
“Salam…Fi Sabilillah..”
Dan mereka hulurkan tangan, mungkin untuk bersalam…
Saya hanya menyentuh tangan mereka sedikit. Bukan sombong, tetapi apa guna saya menghormati mereka yang dah saya anggap, bakal menjadi mangsa sergahan saya nanti.
Selepas membebel pasal minta derma konon untuk rakan di Afghanistan untuk jihad, saya terpaksa potong cakap mereka.
“Paspot? I want to see your passport.”
Mulanya mereka enggan dan mereka mungkin pura-pura tak faham English, tetapi, perkataan pasport, mereka faham.
Mereka berdolak dalik, dan akhirnya saya terpaksa bangun dan minta tokey restoran untuk halau malaun-malaun itu.
Akhirnya, mereka serahkan salinan fotostat paspot mereka. Dari Iran.
Malangnya, fotostat itu dah kabur dan apa yang saya lihat, tempohnya dah tamat tiga bulan lalu.
Maknyanya, mereka dah lebih masa tinggal di negara kita, dan mungkin salinan paspot palsu.
Malang juga bagi saya, apabila mereka juga mula berkeras yang saya tak percayakan sesama Muslim dan sanggup memalukan mereka.
“I DONT CARE. U GET OUT FROM HERE, OR ELSE I WILL CALL POLICE OR IMIGRATION”
Hati saya dah mula tergerak untuk menelefon rakan di IPK KL atau Imigresen, tapi tentu panjang ceritanya.
Dan, mereka berdua tergesa-gesa meninggalkan restoran itu.
KISAH 3
Setelah berjaya mengutip puluhan ringgit, akhirnya datanglah ke meja saya ketika saya sedang makan malam di Gerai Jalan Semarak di Kuala Lumpur.
Mereka berdua, seorang buta, seorang celik sihat segar bugar.
” Mana kad orang buta kau?”
“Tak bawak bang.”
“Kau dari mana?”
“Brickfield bang.”
“Yang kau ni, apahal kau usung mamat ni? Berapa kau dapat upah usung?”
“Tak delah bang…mana ada..kawan aja…”
“Baik kau bagitau aku, berapa kau dapat bawak orang buta ni?”
“Tak banyak bang… Ada la sikit-sikit…”
“Sikit tu berapa?”
“40 ringgit je bang”
” Kau biar betul, dengan senang hati kau dapat 40 ringgit ye bawak mamat ni?”
“Ala, bukan selalu bang…”
” Ok, aku minta maaf lah ye, kau blah dari sini sekarang. Bawak kawan kau ni sekarang. Kau datang dengan apa?”
“Motor bang…”
Dan saya terpaksa mengiring kedua-dua mereka ke motosikal mereka.
Malangnya, ketika nak naik atas motor, tayar motor mereka pula pancit…
………..bersambung……………………







This is a great blog & thank you for the tips, cara-cara nak mengenali pengemis bersindiket ni.
Semakin berleluasa activiti depa ni. Dari kopitiam kecik sehinggalah ke kawasan tertutup..
Me & my friends had 1 encounter kat dalam Ikea.. macam tu jugak, datang berdua – nak mintak derma untuk apa entah.. Sedang depa ni sibuk-sibuk meminta derma, kawan saya sorang ni pi panggil pekerja Ikea yang datang bersama dengan security guard – heretlah depa keluar..
semakin menganas aktiviti depa ni..
Thanks for info bro.
Betul la tu kena soal dulu, ambik gambar atau video kalau boleh.
Aku cadangkan kau pakai video yg untuk pengintipan. Kalau nak aku carik nanti. So kau dpt ambik video tanpa depa ni sedar.
Kalau dapat expose kan kat mana depa ni tinggal…tapi high risk. Kena jaga jaga sikit.
KesotKesot
life spins – mereka ni tak perlu dibelas kasihan. Semua tu lakonan semata-mata.
Sekarang mereka makin berani siap nak buat laporan polis lagi jika kita halang mereka..
Tak ke lawak namanya tu.
Tapi yang penting, kita tak perlu takut dgn apa jua ugutan itu, sebab mereka memang dah salah, jadi, teruskan je heret dia org tu.
kesot-kesot – sebenarnya, aku sanggup buat, tapi masa tak de la bang,
lagipun, kalaulah ada yang nak sponsor kita buat projek ni, katalah dlm RM1 juta ke, RM10 juta ke, tak payahlah kita nak mengemis mintak sponsor lagi..!!hahaha…!!!!
Sebenarnya, banyak juga aku dah ambik gambar video mereka ni, dan aku tak pernah sorok2 pun, halakan je kamera tu kat muka dia org. mesti malu2 kucing punya…
memang saket jiwa ngn raga ah ngn diorg neh.aritu adelaa sorg mamat konon2 tahfiz neh,nk bg mende alah ayt2 quran tuh.aku ckplaa aku daa ade,kalau aku nak sedekah, aku taulaa g masjid ke umah ank yatim ke.die paksa2 gak,then blh plak kate “nak bg 2hingit pon susah ke?”
ces sungguh.
KETIKA NAK NAIK ATAS MOTOR, TAYAR MOTOR MEREKA PULA PANCIT..
Allah bayar cash tu..tu baru sikit..
syabas bro atas keberanian anda & thanks a million for the very good information.
kadang simpati sungguh tengok yg macam melata (bukan stakat duduk je dah) kat atas jalan raya yg ada buat pasar malam, tengah2 jalan tu boleh pulak ada yg tertiarap lah mengesot2 merayu minta2 sedekah, tengok macam cacat betul, tapi terpikir juga, kalau betul dorang ni cacat sejak lahir takleh berjalan sampai terpaksa ngesot2 dalam keadaan meniarap tuh, camna pulak dorang leh sampai ke tapak2 pasar malam?
yg lebih pelik, mana peginya pihak berkuasa? bukanla kita nak suh dorang ni gegar pasar malam @ berkawal kat tempat2 yg memang port baik utk ngemis nih, tapi takkanla yg ngemis2 nih, dahla orang bangsa asing, masa masuk mesia ni ikut laluan apa yg sampai dorang tak perasan? pasal dah tentu2 la orang2 ni cacat fizikal kan, takkan banyak sangat duit bleh masuk ikut airport/pelabuhan, dan takkan la kalau diseludup masuk guna kontena/tongkang, pun boleh orang tak perasan?
pendekata, kita yg kena ubah "kemurahan ati" kita yg tak bertempat nih… dulu saya rasa kesian, tapi bila sedar yg orang takderpun kesian kat saya & keluarga (sebab saya pun ada ahli keluarga yg tak sempurna fizikal), saya terus ubah cara berpikir…
saya kagum dgn blog bro nih…
syaa- apa kata ,u pulak mengemis kat dia org…mintak singgit je..dia org bagi tak…
jawa- itulah pembalasannya…
kay ames- atas sifat yang memang dah sedia ada, kita kena beranikan diri dan bersedia dengan soalan2 atau jawapan2 mereka nanti.
tak perlu simpati, dan memang betul, bila kena pada kita, bila masa org akan simpati pada kita? pengemis2 tu? mereka sebenarnya sedang menimati kfc atau mc d hasil duit yg anda semua murah hati bagi kat mereka.
Garanglah kau ni syamsul. Aku baru plan nak berkecimpung bila kira-kira balik apa kau tulis kat atas tu. Gila kau, kalau aku dapat RM5 pun cukup dari sorang, kalau aku berusaha sikit, dapat 20 orang satu hari, kaya aku beb, takyah masuk MLM pun kan. Boleh beli motor rempit kat KL.
hazrey – mereka beli goldwing…
sebenarnya mereka lebih jutawan dari mana-mana jutawan…
sakitnya hati pada mereka yg masih tetap hulur pd penipu2 ni semua…
kalu hang buat keja ni, aku rasa, dalam 3 bulan, bole dpt 4 juta kot…!!!
baik korang beli kropok yang makcik heret jual kt orang.. psl dia jual 3 bungkus rm 10.. psl aku dpt tau yg org jual pon dlm 4 bungkus rm 10.. sila btulkan kalau salah.. tlg ja makcik2 yg jual tuh..
anon- ada separuh tempat, mereka panggil macik2 tu jual ‘keropok pejabat’ sebab selalunya makcik2 tu buat makerting gi pejabat2.
betul, at least, makcik2 tu ada usaha bwk, pikul, heret keropok tu, dan bukan menadah tangan mengharap belas inhsan org dgn kebutaan yg mereka ada.
Salam..saya setuju dengan pandangan penulis juga apa yang tercatat di blog ondsecene…malah memang benar kejadian seumpama ini sering berlaku terhadap kita…terima kasih atas tips2 yg amat berguna kepada para pembaca…
mungkin tindakan saya ini salah, iyalah,sebagai seorang pelajar yang masih hijau dan cetek pengetahuaanya, saya pernah membincangkan topik ini dalam kuliah sehingga menimbulkan perdebatan antara saya dan rakan-rakan…
dalam dunia Allah yang fana ini, manusia mencari sesuap nasi dengan pelbagai cara…ada yang jujur, tak kurang yang menipu sesama umat sebagaimana di dalam kes so called pengemis ini…
namun sebagai manusia biasa, mungkin juga naluri seorg perempuan yang sering tersentuh melihat penderitaan dan ketidaksempurnaan manusia lain, setiap kali saya berhadapan dengan kejadian seumpama ini, saya biarkan sahaja ia berlaku walaupun saya sedar hakikatnya yang mungkin mereka berdusta…bagi saya sedekah yg kita beri, urusan kita dengan Allah SWT…
ibu saya sering mengingatkan saya, jika hati kita berkata-kata sewaktu melakukan sesuatu, maka hentikan sahaja perbuatan itu kerana itu tanda2nya tidak ikhlas dan tidak redha dengan tindakan kita…sampai sekarang saya masih memegang kata2 ibu,dan saya aplikasikan dlam kehidupan seharian..juga di dalam kes pengemis ini, sekiranya hati saya mengatakan tidak, maka saya tidak akan beri kerana saya tahu, sedekah itu tidak dtg dri hati saya…
pernah berlaku kepada saya, suatu hari ketika sedang minum2 petang di sebuah kedai mamak yg sngat popular di sek 5 wangsa maju, kami didatangi oleh pengemis yang sama dlm tempoh seminggu…seminggu lepas alasannya ibunya sakit, minggu ini anak sakit pula…walaupun saya sedar hakikatnya dia menipu, namun tak sanggup rasanya saya membiarkan dia berlalu tanpa memberi apa2 kepadanya setelah dia cuba meminta daripada semua pelanggan di restoran itu dan tiada seorang pun memberi sedekah padanya…entah kenapa hati saya benar2 ingin bersedekah padanya, lalu saya berikan sedkit wang dan bungkusan roti canai yang asalnya saya belikan untuk adik saya…
rakan2 mentertwakan saya dan mengatakan saya bodoh kerana tertipu dengan taktik pengemis itu…malah seorang daripada rakan saya menghalau pengemis itu seolah-olah dia membawa penyakit berbahaya kepada kami (kami budak mass comm memang cakap lepas)…mungkin saya memang bodoh namun saya terfikir, beginikah kita menghukum sesama manusia walaupun kita sama di sisi Allah SWT…saya fikir mudah sahaja, jika tak nak beri, maka katakan sahaja tak nak, atau gelengkan kepala, tak perlu menjerit2, menghalau atau berkata-kata kasar kepada manusia lain…bukankah tindakan kita ini mengaibkan org lain, juga mencerminkan peribadi kita…bagaimana jika apa yg berlaku sebenarnya adalah ujian Allah SWT kepada kita untuk mengukur sejauh mana ikhlas dan sabarnya kita menempuhi ujianNya…wallahualam…
jadi bagi pandangan saya, jika rasa ikhlas, maka berikan sahaja sedekah kita, tak perlu ungkit dan berkata-kata yang tak patut…kalau rasa tak ikhlas, katakan sahaja tak nak atau gelengkan kepala…saya pelik kadang-kadang perkara sesimple ini boleh menimbulkan chaos bagi sesetengah org…saya betul tak faham…
hanya meluahkan pendapat, tidak bermaksud untuk mengecilkan hati mana2 pihak…sesungguhnya yang baik datang daripada Allah SWT, yang buruk daripada diri saya sendiri…wsalam…
-Nad-
May 28, 2009 1:00 PM
memang biasa mereka ni….
di sentul area boulevard tu…..siap 3trip sehari round mengemis di restoran yang sama….setiap hari….timing biasa petang sebelum maghrib,waktu berita utama dan hampir tengah malam….geng2 kami yang selalu lepak disitu memang xkan bagi sesen pun pada wanita tu….dan seperti biasa..bkn dia sorang…budak kecik ada,orang buta ada,pakcik yang jual hiasan sulaman yang katanya sedekah..tapi letak harga mahal…semua cukup lengkap pakejnya….kalau nak alaminya sendiri boleh la pergi ke sentul boulevard (area restoran dan KFC sentul)
baru sekarang terjumpa blog ni, rugi tak jumpa awal2
saya pun ada pengalaman dengan penipu2 ni. dulu saya & kawan2 selalu pergi lepak kat uptown damansara malam minggu. selalulah ada orang minta sedekah. nak dijadikan cerita, satu malam tu kami lepak digerai hujung dekat dengan tangga turun ke parking kereta. ada la sorang si buta ni datang minta sedekah dengan tongkat dia. malam tu kami lepak sampai gerai dah nak tutup. tiba2 saya nampak si buta ni tadi jalan elok je tak bertongkat, terus turun tangga ke parking kereta tu. laju pula dia jalan. sejak dari itu, saya tak percaya langsung orang2 minta sedekah ni.
baru2 ni saya nampak orang minta sedekah (warga asing) kat gerai makan sekitar ampang point. gaya dia meminta sedekah adalah dgn buat gaya mcm minta duit utk makan (signal tangan mcm menyuap nasi ke mulut). kira habis sedih la. kemudian boleh pula dia naik teksi. penipu betul.
kalau yang minta sedekah kat pintu2 gate masjid hari jumaat tu, mcm mana pula? yang minta sedekah utk wakaf tanah utk surau/rumah anak yatim. boleh percaya ke?
salam,
bro syamsul, saya ada satu kes nk cite nih, tapi takut pjg la plak. xpe ye? dh penat taip nnti pandai la saye berenti.
satu malam di pasar malam area SS8 PJ dekat kuil&pasaraya bintang. tgh saya jalan2 tiba2 Allah nak tunjuk, depan mata saya ade sorang budak yang kudung kakinye dok mengemis kat tepi satu gerai jual baju. budak tu rupe macam bkn org kita, mgkn filipina ke myanmar ke ntah, saya xpandai meneka org. budak tu pakai satu sling bag, duti kertas yg dia dapat dia letak dlm beg tu.
tiba2 dengan selambenye nyonya dari kedai baju tu amik beg yg budak tu pakai ganti dengan satu beg lain. dia pegi kt gerai dia, tuang semua duit dari beg tu dalam bekas duit diorg pastu tukar balik beg dgn budak tu. budak tu dok rileks je mcm dh pakat.
punye la menyirap darah saya bang, depan mata saya, depan semua org dia bole buat. saya tengok org len kiri kanan xde sape tjk reaksi, msg2 buat hal sndri. ade org kite still berurusan jual beli kat kedai tu lagi!!!
maka dengan selambe nye saya amik gambar budak tu dgn nyonya tu skali. nnti saya carik balik, kalo jmpe mgkn kite bole share. video pn ade tp malam, xnmpk ape pon. mmg saya sengaja amik depan muka diorang utk tjk protes sbb diorg brani buat dpn org ramai. seolah2 MEMPERSENDAKAN org kite yg ntah ape saya nk cakap pn xtau. mgkn sbb org len dah lali .
tapi pastu saya tarik tangan bini nk balik cpt2 takut diorg hntr kaki pukul.
so bro syamsul, kalo ade plan nak buat ops kt tempat ni, KAMI SEDIA MEMBANTU… hehe..
selamat mencuba!
saya sokong bro buat pendedahan ini..saya pon sama cam bro..mmg saya akan check betui2…yg pasti mamat afghan tu penipu..99% sindiket…saya pernah tgk derang serah duit kt satu mamat pakai spek hitam kt dalam giant ulu klang…org buta 70% didalangai sindiket..rohingya 90% sindiket…
Perkara yang paling kita lemah bila ada 'peminta sedekah/penipu' datang merayu ialah :-
1) Kesihan melihat keadaan 'pengemis' dan anaknya – 'daif'.
2) "Alah, setakat RM1.00 atau RM2.00 je kita sedekah, bukannya dia boleh kaya pun".
3) "Kalau dia tipu pun – tak banyak – setakat RM1-RM2 je, tak terjejas pun poket kita".
4) Malas nak banyak tanya / soal nanti orang kata kita berkira sangat lagipun banyak mata sedang memandang gelagat kita – malu.
5) Nak 'halau' cepat2 pengemis tu, maka terpaksa rela serah juga sikit
6) Manalah tahu, kalau2 pengemis tu betul2 susah(bukannya menipu), kita juga jadi menyesal/bebal.
7) "Ini satu cara juga nak dapat pahala tolong orang yang susah".
8) Lagipun rakyat Malaysia ni kan suka memberi sedekah, sampaikan seluruh dunia dah tahu Malaysia adalah negara pemberi bantuan.
Bila difikirkan 8 sebab diataslah menyebabkan kita mudah ditipu oleh 'pengemis' tadi, walaupun kita tahu mereka ini boleh melakukannya jika mereka mahu dengan sikap 'tak apa' / 'tak kisah' – amalan kita.
aku kdg2 plik jgk sesetgh tmpt mcm kt trgnu tu…kdg2 mkcik omo 60an dtg umh dn siap tnye nk mntk wit skit untuk mkn..ade lak wit dieorg nk dtg jauh2…kdg2 bdk2 omo 11thun pon mntk 1rggt untuk mkn siap pakse2 tggu2..kt btrworth penang lak anak mamak naik atas bas mntk sedekah dn pkse2 org bg die wit..yg mak die plak duk bwh…cilaka punya anak mamak tu.xcaye korg yg org penang blh singgah kt basten btrworth tgk bdk2 cmnie.aku dh xde wit die pkse2 lg suh aku bg wit aku lak…kdg2 kt kne berkeras dgn dieorg nie sbb kbykannye mnipu..xblh baik sgt..klau nk ikotkan sedekah yg kt rse brbaloi dn kt dpt phala dgn btol bkn kt tepi jlan tp kt baitulmal,keluarga yg mmg ank yatim dan org sush yg btol2 xde kmampuan..jgn lak kt sedekah kt org yg tbuh bdn sht,dn silap2 gunakan wit sdkah tu untuk main no ekor lak..org cmtu kt jgn bantu sbb die pon xnk bntu diri sndiri kuar dri kepompong kmiskinan asyik duk berangan main no ekor je
salam.sy minta izin link artikel ni ke fb sy.tme kasih.info2 yang sgt bermanfaat
salam,
dalam hal ini saya berpendapat dari ilmu yang telh diturnkan dri ilmu yang telah saya pelajari turn temurun dan sedikit nikmat yang telah dipinjamkan maka saya berpendapat, hulurkan tangan kanan sorokkkan tangan kiri, dema buikan totonan , lakukan dalam sepi, terlebih memberilah terkurang kupul lagi , begitulah lebih kurrangnya : maknanya dermalah seikhlas hati bagi saya kalau dia tipu igtu urusan dia dengan allah, bila kita menderma ikhlas kalau orng tu nak tipu ke atau apeke itu tak ade kene mengene dengan kita kerana pahala adalh anugerah allah kepada orang yang menderma secara ikhlas itu dan bukan peminta sedekah tersebut. kita disarankan menderma dan tidak disyaratkan untuk membuat pemeriksaan sama penerima derma tersebut menipu atau sebaliknya
salam
tidak akan menjadi kurang pahala anda jika derma kita tersalah berikan mungkin kepada penipu yang pandai menipu , kalau kita ikhlas pahalanya tetap sama