Warga Rempit-Insaflah, Anda Menyusahkan Banyak Pihak
Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)
berhampiran Tesco Ampang
kira-kira jam 2 pagi
26 April, 2009
PERHATIAN:
ENTRY INI TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG AKSI MEREMPIT, TETAPI KETIKA MEREKA DITAHAN DALAM OPERASI.
“Bila dah nampak lampu biru menyala, dah mula la tu…”
Itu sahaja ‘keyword’ yang diberikan salah seorang anggota polis yang menyertai Operasi Rempit ini.
Amat malang, kerana, pemerhatian mendapati, 99 peratus adalah remaja, belia Melayu termasuk remaja perempuan. Semuanya muka ceria, takde masalah dan tak pernah memikirkan risiko atau persepsi masyarakat terhadap mereka.
Itu belum lagi maki hamun dan sumpah seranah penduduk setempat yang kehidupan amat terganggu dengan tindakan mereka.
Mereka adalah manusia yang tergolong dalam dunia mereka sendiri tanpa memikirkan bahawa mereka juga sebenarnya suatu hari nanti perlu hidup aman damai dan bermasyarakat.Sebab itu, saya menggelarkan mereka WARGA REMPIT – sebab budaya rempit ini bukan dilakukan seorang diri, tetapi dengn sokongan penonton, worksyop-worksyop,penaja, rakan-rakan dan ‘musuh’ mereka sendiri.
Ini bermakna, mereka hidup dalam dunia mereka sendiri.Menjelang jam 2 pagi, laluan MRR2 sudah mula penuh dengan deruman motosikal.
Mereka membuat pusingan beberapa kali kerana laluan ini benar-benar seperti sebuah litar lengkap dengan ruang penonton berhampiran stesyen Petronas.Saya turut mengekori mereka di litar ini dengan kereta.
Dengan angkuh dan penuh bangga, mereka menyelinap di celah-celah kereta dan sesekali menoleh ke belakang untuk melihat ‘lawan’ mereka membuat ‘lap’ di persimpangan lampu isyarat.Satu pemandangan yang amat memalukan malah saya merasa amat sedih dengan kebodohan itu.
Tiada sesiapa yang bangga dan memuji anda sebenarnya kerana ia benar-benar menunjukkan betapa ceteknya pemikiran remaja-remaja ini.
Saya kemudian menagambil tempat di antara deretan kereta.
Dan sebenarnya, dalam ratusan manusia di tepi ‘litar’ , saya dah nampak kelibat ramai anggota polis yang menyamar.
Ada yang nampak lebih hebat dari warga rempit itu sendiri, ada yang berlakon jadi penonton , ada yang turut ‘merempit’ di MRR2 ini.Semuanya langsung tidak disedari oleh warga rempit yang dah lupa diri ini.
LAMPU BIRU MENYALA
Post Lain Yang Berkaitan
21 Comments
You must be logged in to post a comment.



belum baca berita..belum tengok foto..baru baca tajuk pun aku dah menyampah..
PS-bukan menyampah sama lu bro..tapi menyampah sama itu mangkuk2 rempit..dengan lu gua sayang..
Bro mana gambar makluk2 rempit tu….upload la…huhu
diorang ni ada masa ke nak baca blog?eh..tak.tak.diorang ni reti ke nak baca blog?merempit je diorang tau.buang masa je cakap.tah2 on pc pun taktau.
rempit people, dah jadi masalah besar pula seperti melepak dan makan dadah.
ermmm…ntahla bila nak selesai masalah ni…
budak budak remaja yang ratusan ni….mak bapak punya salah. kalau dari awal di beri perhatian cukup, kasih sayang dan didikan moral mungkin tak sampai tahap dah jadi sampah masyarakat.
kalau kita fikirkan, lebih 20 tahun dulu…mana ada masalah rempit serious macam ni? depa setakat lumba tapi tak melakukan jenayah besar seperti membunuh, merogol dan menyamun. saya rasa sebab dulu dulu….ramai ibu ibu yang tak bekerja, jadi lebih beri perhatian. sekarang ni, bapa kerja, ibu kerja and semuanya kata ,”this is my career. i dah belajar sampai luar negeri takkan balik duk rumah jer?! kenapa soal ibu jer…suruh lah bapak dia duduk rumah!”
my conclusion, kalau semua nak build career…nak panjat corporate ladder or semuanya nak keluar cari duit……JANGAN BUAT ANAK LA….tak tau jaga….jangan beranak. nak didik anak kena dari kecil. ini, masa kecil….campak anak sana sini ke baby sitter la…hantar kampung la…..tinggal kat rumah nenek la…..sebab tak suka dengar depa merengek…bila besar…nak kasi anak happy sebab mak bapak sebok..limpahkan pulak dengan wang ringgit…..anak anak jadi liar sebab duit ada…beli dadah……
marilah sama sama kita didik anak anak kita dari awal. saya rasa, career tu important….anak more important. nak maju boleh tapi jangan la sampai anak jadi sampah masyarakat. pandai pandai la bahagikan masa. jangan tunggu weekend jer.kalau siang semua sebok,jadikan satu tabiat, hari hari makan malam bersama atau jadikan satu tabiat after six, everyday its family time.
anak anak perlu perhatian SETIAP HARI, bukan hujung minggu saja.
aku cadangkan kerajaan bukak pusat pemulihan akhlak utk warga rempit ni.mana mana yg didapati merempit..bila ditangkap, dipaksa masuk sana. pastu laksanakan program keagamaaan dan khidmat negara buat latihan ala tentera kat pusat tersebut.biar ddepa kenal sapa diri depa yg sebenarnya..
memandang mereka ni ada dunia mereka sendiri maka saya cadangkan agar kesemua mereka ini ditangkap dan diletakkan di sebuah pulau yang tiada penghuni dan jauh dari tanah besar..suruh mereka bawak motor masing2..
kalau kementerian belia dan sukan ada bajet lebih sikit,sediakan litar di pulau tersebut..dan kalau ada bajet lebih lagi,supply minyak tiap2 bulan..
biarlah mereka merempit di pulau dan dunia mereka itu sampai mampus..
kalau ada yang mampus eksiden di pulau itu,maka biarlah mereka sendiri yang uruskan bangkai sahabat mereka tu..nak tanam ke..nak bakar ke..nak buang ke laut jadi makanan ikan ke..terpulang kepada mereka..
bro,
diorang ni macam u kata dapat sokongan dr toke workshop, kawan dan lawan.
kena tambah satu lagi..
cerita drama bersiri dan filem pun siap buat TRIBute utk golongan ni.
secara tak langsung seolah-olah memberi sokongan terbuka utk aktiviti merempit ni
kan lagi menambahkan ego perempit ni?
Orang seperti MAT REMPIT ni tiada ‘common sense’. sudah hilang common sense. apa yang orang tak suka itu la yang mereka buat.
Saya juga berpendapat pendidikan yang bermula dari rumah atau ibu bapa adalah penting untuk kanak-kanak. Cara mendidik kanak-kanak perlu betul. Apa yang penting tak boleh terlalu membiarkan anak-anak, dan tidak juga terlalu mengongkong cara kanak-kanak tu berfikir. Mungkin para ibu bapalah yang lebih pakar dalam hal-hal mendidik ini.
Namun golongan yang tiada ‘common sense’ seperti yang dalam photo tu memang perlu diambil tindakan tegas. Kalau nak buang mereka di pulau pun membazir je kalau perlu hantar bekalan minyak kat mereka. biar mereka belajar membina tamadun sendiri kat pulau tu. jadilah macam manusia purba. bermula dengan tamadun yang baru dan belajar untuk merubah tamadun.
erghh.
buat bagi malu gelaran remaja je.
sumpah benci gila dengan rempit -__-”
seriously memalukan bangsa,,,bangsa lain sebuk kayakan diri ngn agama n wang ringgit…melayu kite sebuk merempit,,,myk moto tu pun mntk ngn mak bapak lagi…moto pun hasil curik xpun mak bapak jugak yang beliikan…xberbaloi langsung.moto pun bukannye laju pun, bile ‘kuda putih’ polis dtg xjugak dpt lari.
sy sokong dgn apa yg nik awin utarakan…
filem2 dan drama2 yg ditayangkan bukannya mengingsafkan mat2 rempit,malahan membuatkan mereka makin ingin merempit…lumrah remaja,dikatakan jgn,mkin mereka nak mencuba…apakah yg akan trjd kpd anak2 melayu dimasa hadapan?mungkin akan lenyap di Malaysia…
jawa- keadaan dah tahap kritikal sebenarnya moral anak muda sekarang.
saloma- dia org ni, bukan takde keja. ada tu keja pagwai lagi, n mereka ni rasanya ada yg lebih it dari kita. masa dulu2, saloma n p ramlee, naik beskal je…
mizzy, sebaliktabir – selagi ada perempit, penonton, penaja, pencacai, selagi tu mereka wujud.
rimau manja- masalahnya, kebanyakan warga rempit ni, sekarang adalah mereka yg bekerja yg dah tak dok dgn mak bapak lagi. lainlah kalau yg masih dok berkepit bwh ketiak mak bapak, boleh kita taji sama2. mereka ni pun bukan penganggur, tapi dah ada gaji dah ada anak bni pun ada.
naza – cdgn baik, tapi kena lelong dulu harta mereka utk dpt duit bina tempat tu…
tapi buatlah kursus apapun, memang dah tak jalannya utk masuk kepala otak dia org.
jawa- dia org ni, berani tunjuk lagak je. bla nampak kelibat polis, tahu pulak nak cabut lari. kalau betul sgt, apasal tak ajak polis berlumba merempt ke, cabar polis masuk court ke. sebenarnya, mereka ni pengecut.
kalau kat pulau, reti ke kera-kera, monyet, cipan tu tengok. silap2, kera tu gigigt, terkena selsema beruk lah jawabnya.
nik awin – aku setuju dgn pendapat ko. memang drama, filem2 spt rempit, bohsia tu, sebenarnya menaikkan mertabat mereka dan menjadikan mereka lebih berbangga. sebenarnya, tak salah buat filem mcm tu, tapi, bukan dgn gambaran mcm tu. aku tgk filem2 tu kat tv, amat2 melaut kerana pendekatan penerbit filem ni, memang menaikkan lagi semangat utk merempit, bukan utk pengajaran.
kem-renjer- kau bwk je dia org masuk utan, bagi blaja n rasa survival, barulah tau susah senangnya nak hidup, bukan dgn jalan menyusahkan masyarakat.
nhmnrh – memang, tapi mereka tak peduli semua tu, asalkan kelompok mereka kata mereka terror, pandai, bagus, ada class, selagi tu mereka buat kerja bodoh ni.
aden – bukan sahaja bangsa sendiri yg menyumpah, bangsa lain pun turut menyumpah manusia2 takde tamadun ini. memang amat2 memalukan bangsa. apa boleh buat, mereka takde bangsa kot…
mr B – inilah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, tapi akhrnya pemuda peruntuh bangsa, pemudi penjahamnam bangsa…
drama2, filem2, langsung tdk membantu mengajar mereka, malah memberikan mereka lebih semangat lagi
aku setuju dengan nik awin..
TV dan filem kita juga menyokong kegiatan bangsat ni..
REMP it la..
IMPAK MAKSIMA la..
REMPIT VS IMPAK MAKSIMA THE SERIES la..
dan yang terbaru BOHSIA..Jangan Pilih Jalan Hitam..
BONGOK!! Ahmad Idham..Yusof Haslam..Anak Yusof Haslam = Bongok..
Akak setuju nik awin ngan jawa peranakan….sebab cerita -cerita skrg tu bukan mengambarkan yg baik-baik malah kita orang tua ni malu bila anak-anak yg baru nak kenal hidup ni tengok cerita-cerita gini..dahlah dalam filem tu berlakon x kenal halal/haram lepas tu tunjuk pulak kat budak- budak macam mana nak buat benda-benda haram….dlm cerita pula tak ada pulak bangsa lain…tup-tup anak melayu…pengarah dan pelakun tu kaya dengan hasil cara nak rosak akhlak anak2 melayu…..dan rimau manja , jgn hanya salahkan ibu-ibu yg bekerja maka lahirnya anak-anak jalanan mcm tu..mungkin kehidupan/kewangan anda sudah cukup buat anda untuk menampung semua keperluan dalam zaman sekarang..tapi anda harus terima hakikat zaman sudah berubah dan remaja sekarang banyak cabarannya dan ibubapa jangan terlepas pandang kegiatan anak-anak…dari kecil kita perlu luangkan masa bersama dan terapkan nilai-nilai ISLAM dalam JIWA mereka..Agaknya dunia sekarang dah nak akhir zaman?
Betul tu ZALILI. Memang susah nak kawal anak-anak sekarang ni. Bertambah bebananlah ibu-bapa dengan kewujudan filem-filem perosak minda yang dicipta oleh orang melayu kita sendiri.
Mereka buat filem ni macam tak ada ilmu. Ada ilmu tu tapi agak sempit dan tidak meluas. hanya ilmu buat rakaman filem semata-mata.
Salam, betullah… memang perihal mat rempit ni dah makin menjadi2. Kalau setakat merempit aje tu oklah jugak namun panas gak hati tgk gelagat beruk mereka tapi yang meruncingkan lagi ditambah pula dengan masalah jenayah sekali… samunlah, rogollah… itu yang sakit jiwa mendengarnya.
Lepas tu, yang aku benar2 kecewa… rata2 yang merempit dan yang tersepit tu muka2 budak2 melayu jugak. Mana pi remaja bangsa lain? cina ke? india ke? Ntah2 duk tergelak sakan tengok budak2 melayu buat lagak bodoh camtu…
ermmm…patut la dulu maser ikut ayah angkat tengok budak2 merempit kat port diorang kat kuantan nih,ayah angkat kata salah…
rupa2nyer dengan penonton2 sekali kena tangkap…hehehe..
memang menyampah dgan budak2 rempit nih…tapi, kdang2 bila lalu tuh, ‘terpaksa’ tgok diorang buat show free…
pernah sekali tuh, masa diorang buat ‘show’, jatuh x-dent…xder sorang pon tolong…semua ‘tepuk tangan’, jerk…hahahaha…
[...] 26 Apr 2009 – Warga rempit – Insaflah, Anda Menyusahkan Banyak Pihak [...]
Bro Sham. Ingat nak bagi cadangan le. Dulu mase teman mude2 dulu, merempit di Taman Anda, Jln Sultan Azlan Shah, Jelapang, Perak ade juge polis datang buat rush. Deme gune batang rotan je untuk mat2 rempit ni. Kalo deme lari polis2 / rela yg datang akan masukkan rotan ni di celah rim motor ni. Kalo deme ni “cerdik” kompem deme berenti. Kalo jalan jugak alamat “wikang” sendiri le muke mencium tar jalan. Udah2 le tu kome wehh.. ape2 jadi bukannye kome je yg susah, orang2 kelileng kome juge yg jenuh nahan ayor mate.. isk…
Aidilangelo recently posted..Laughter The Best Medicine