10 Jari Dikerat

KM 363
Tepi Landasan Keretapi.
Kuang, Rawang
25 April, 2011
10 pagi

Bayangkan anda diperlakukan begini – kedua-dua tangan anda  diikat dengan pita pelekat, kemudian  semua 10 jari anda ditetak – putus kesemua 10 jari anda.

Inilah yang dipercayai berlaku ke atas seorang lelaki dan sekeping foto itu sudah cukup membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh mangsa.

Beberapa petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Stesen Keretapi Kuang, Rawang menemui satu bungkusan plastik – di dalamnya terdapat 10 batang jari manusia yang telah dikerat di tepi landasan kira-kira 1 kilometer dari stesen keretapi berkenaan.

Jari dimasukkan ke dalam plastik putih bersama tali dan pita pelekat berwarna hitam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, penemuan dimaklumkan kepada anggota polis di Balai Polis Kuang jam 9.55 pagi.

Polis turut menemui sepasang baju T berbelang hitam putih yang mempunyai kesan darah dan seluar panjang hitam berhampiran plastik tersebut.

Menurut Abdul Rahim, polis percaya kedua-dua tangan mangsa diikat dengan pita pelekat sebelum jarinya ditetak sehingga putus.

Bungkusan kemudian dipercayai dicampak dari Jambatan Jintan yang menghubungkan Taman Sri Putra Mas ke pekan Kuang yang terletak di atas landasan keretapi berkenaan.

Nota:

Pemilik jari telah ditemui, seorang lelaki berbangsa India dan kini dirawat di Hospital Sg Buloh.

Polis turut menahan seorang saspek di Gombak petang tadi.

Pic – ehsan Utusan Malaysia

Post Lain Yang Berkaitan

11 Comments

You must be logged in to post a comment.