2 Kes Buang Bayi – 1 Mati, 1 Selamat

Selayang Segar,
Selangor
dan
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
3 Oktober 2011
 
Nota – Kedua-dua kes berlaku semalam , 3 Oktober, 2011, tetapi hanya sempat dimasukkan hari, kerana sedikit masalah teknikal pada blog.
 

Kira-kira jam 7.30 pagi, seorang remaja perempuan kelihatan mundar -mandir dan menangis tersesak-esak di bawah Blok B, Pangsapuri Selayang Segar, Gombak.

Penduduk yang merasa curiga, akhirnya menemui mayat seorang bayi yang cukup sifat di dalam longkang.

Remaja Melayu terbabit dipercayai melahirkan bayi tersebut di rumah sewanya di  tingkat 2 pangsapuri, dan bimbang rakan serumah mengetahuinya, dia kemudian bertindak mencampakkan bayi itu ke dalam longkang.

Kesan darah yang baru dicuci  turut ditemui atas lantai tingkat 2 pangsapuri itu.

Polis yang menahannya , sedang menyiasat samada bayi dicampak ketika masih hidup atau sebaliknya.

Nota- Kes di bawah tiada foto di lokasi.
Jalan Ipoh Kuala Lumpur
4 petang
 

Di sebelah petangnya pula, seorang lelaki yang merasa curiga akan sebuah beg yang ditinggalkan di belakang sebuah hotel di Jalan Ipoh, lalu membuat pemeriksaan.

Seorang bayi lelaki yang masih hidup dan masih bertali pusat ditemui di dalamnya lalu melaporkannya kepada petugas di sebuah klinik berhampiran.

Petugas klinik kemudian membawa bayi ke dalam klinik dan di rawat oleh doktor.

Ketika ditemui, bayi tersebut dalam keadaan kotor dan masih berdarah.

Bayi diserahkan kepada polis sebelum di bawa ke Hospital Kuala Lumpur, setelah pihak klinik memberikan rawatan dan dibersihkan tubuh badannya.

 

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

  • Pada 2011.10.04 12:58, naimulfirdaus menulis:

    makin banyak kes buang anak dicatatkan..
    sampai bila akan begini?
    naimulfirdaus recently posted..ciri-ciri gadis murahan dan lelaki pengecut

    • Pada 2011.10.04 13:36, Anyss menulis:

      Assalamualaikum,
      Saya sering tertanya-tanya; mudah sangatkah bersalin hingga boleh bersalin seorang diri, kemudian masih mempunyai sebegitu banyak tenaga untuk membuang bayi itu, sedangkan ramai kaum ibu perlu bersusah payah dan berhabis wang yang banyak membayar bil hospital hanya untuk mendapatkan pakar bagi membantu kelahiran.
      Subhanallah. Entah bila fonomena campak-campak bayi ni akan berakhir…
      Anyss recently posted..Permohonan Kemasukkan Pelajar 2012 ke Tunas Permata UKM

      • Pada 2011.10.04 20:40, arena84 menulis:

        Kejamnya perempuan tu. Ingatlah wahai perempuan itu, Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Segeralah dikau bertaubat, bukan tau buat je!
        arena84 recently posted..Gempar! Harga Beli Jin Toyol Serendah RM300 Je?

        • Pada 2011.10.04 21:01, Rozeman Bin Hassan menulis:

          Kenapa boleh jadi macam ni.. undang-undang dah diketatkan (hukum mati lagi), tarbiah dah dijalankan. Nasihat dah diberikan.. tapi perkara ni masih berlaku..
          Rozeman Bin Hassan recently posted..Remaja buang bayi dari tingkat dua flat – Video

          • Pada 2011.10.05 09:35, phixel menulis:

            Kesian. Bila jadi macam ni, orang perempuan lah yang akan di persalahkan. Mana dia lelaki yang patut dipertanggungjawabkan tu? Nak salahkan budak perempuan tu 100% adalah tidak adil sama sekali kerana yang menanggungnya dia, bukan orang lain. Bila dah panik, macam-macam boleh berlaku.

            • Pada 2011.10.06 13:43, znas77 menulis:

              setuju dgn pendapat anda….

            • Pada 2011.10.08 01:09, Atok menulis:

              Kenapa la nak dibuang bayi…
              Ramai yang nak bayi. Bagi aje la kat orang yang nak sangat bayi. Bayi tu tak bersalah. Yang salah tu mak ayah bayi tu.

              You must be logged in to post a comment.