2 Penjenayah Ditembak Mati
Jalan Madrasah
Taman Melati
Kuala Lumpur
10 Jan 2012
3.30 petang
2 penjenayah yang amat dikehendaki polis, akhir tumpas setelah mati ditembak dalam kejadian yang berlaku petang tadi.
Semuanya bermula kira-kira jam 2 petang apabila polis menerima maklumat mengenai 3 lelaki Melayu dalam keadaan mencurigakan berhampiran Carefour Wangsa Maju.
Mereka sedang mencuba untuk menyamun sebuah kereta mewah BMW.
Polis segera dikejarkan ke tempat kejadian.
Menyedari kehadiran polis, ketiga-tiga saspek yang menaiki sebuah Proton Putra, kemudian bertindak melarikan diri.
Beberapa das tembakan turut dilepaskan ke arah anggota polis.
Polis kemudian turut membalas tembakan ketika berhampiran lampu isyarat Wangsa Walk.
Penjenayah kemudian memecut kereta ke arah Taman melati sambil dikejar oleh polis.
Kereta penjenayah akhirnya terbabas dan melanggar sebuah Toyota Vios di Jalan madrasah, di bawah stesen LRT Taman Melati.
Kejadian berbalas tembakan berlaku yang akhirnya, pemandu dan penumpang belakang terbunuh.
Manakala seorang lagi dapat melarikan diri ke arah sebuah kawasan rumah pangsa berhampiran dan memegang sepucuk pistol.
Di dalam kereta penjenayah, polis turut menemui 2 bilah pisau.
Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.



yg melarikan diri tu mesti undercover polis. hehe
mdfaizal recently posted..Seorang Ibu Menghubungi 911 Untuk Menembak Penceroboh