2 Penjenayah Ditembak Mati, Pegawai Polis Parah
Bandar Sg Long,
Kajang
5 November, 2008
“Saya hanya kemalangan jalanraya. Jangan Risau. Datang Ke Hospital Kajang”…
Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Cif Inspektor Ng Wai Leong kepada isterinya melalui telefon bimbit sebaik dimasukkan ke Hospital Kajang setelah terkena tembakan di kakinya.
Bagi pegawai polis sepertinya, yang paling utama ialah tugas, dan apapun yang berlaku ke atas dirinya, dia tidak mahu membimbangkan ahli keluarganya…
Dan, alangkah terkejut isterinya sebaik tiba di Hospital, dia dimaklumkan suaminya terkena tembakan ketika sedang melakukan operasi membanteras jenayah.
Bagaimanapun, kerana dia tahu tugas suaminya memang berisiko tinggi, dia menerima apa yang berlaku demi negara.
Ng dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) kira-kira jam 8 pagi dan dibedah untuk mengeluarkan peluru di kakinya.
———————————————————-
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, Cif Inspektor Ng bersama anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah unit kondominium di Sg Long, Kajang.
Serbuan rumah di tingkat satu kondominium itu disyaki didiami pasangan yang dipercayai terbabit dalam sindiket curi kereta mewah berdasarkan maklumat diterima daripada seorang lagi anggota sindiket sama yang ditahan dua minggu lalu.
Polis terpaksa memecah pintu rumah itu apabila suspek enggan membukanya selepas diketuk beberapa kali. 
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, kedua-dua mereka bersembunyi dalam sebuah bilik sebelum bertindak melepaskan tembakan ke arah polis.
Mereka melepaskan tiga das tembakan melalui tingkap ke bawah kondominium setelah mendapati mereka dikepung dan enam das tembakan lagi dilepaskan di dalam rumah.
Satu daripada tembakan mereka terkena betis kiri dan menembusi betis kanan Ng.
Dalam keadaan genting itu, polis kemudian memecahkan pintu rumah itu dan menembak mati kedua-dua penjenayah.
Wanita yang ditembak mati dikenal pasti sebagai Wong Sau Lai @ Ah Moon, 20,tahun dari Taman Salak selatan, Sg Besi dipercayai ketua sindiket dan rakannya, Goh Kian Chai @ Ah Tok, 40 tahun dari Jalan Klang Lama.
Sindiket diketuai Ah Moon itu dipercayai terbabit sekurang-kurangnya 32 kes samun kereta mewah termasuk jenis BMW, Toyota dan Volkswagen di sekitar ibu negara dan Selangor, yang aktif sejak setahun lalu.
Polis turut menjumpai dua pistol jenis .38 dan P89 serta peluru dan beberapa senjata lain seperti parang, pisau dan kapak.
Kondominium itu dipercayai digunakan sebagai markas untuk menyimpan kereta yang dicuri bagi mengelak dikesan polis.
Beberapa kereta model BMW, Toyota Camry, Volkswagen dan kunci kereta lain yang semuanya dianggarkan bernilai RM3 juta ditemui di kawasan kondominium terbabit.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



handal la bro polis ni..
polis malaysia antara yang terbaik di dunia dari segi kecekapan, kepantasan bertindak dan kehebatan menyiasat…
Tahniah Cif Inspektor Ng Wai Leong… Pengorbanan yang anda lakukan amat kami hargai… Tetapi masih ramai yang tidak suka Polis… Malah ada membenci Polis… Tetapi apabila kena samun, kena rompak atau kemalangan… Polis juga dicarinya… Bukan Tok Penghulu, bukan tok kadi bukan juga ADUN kawasan…
eXception – Bukan Sekadar Blog Picisan
setuju dengan eXception…. tanpa polis dan tentera, negara huru hara…. sy pun bercita2 ingin menjadi polis mcm arwah ayah saya… tp, x kesampaian….