26 Motosikal, 1 Teksi Hangus – Disyaki Perbuatan Khianat
Desa Mentari
Jalan PJS6/6D
Petaling Jaya
28 Januari 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, 26 buah motosikal dan sebuah teksi hangus setelah dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Siasatan awal polis mendapati, kejadian ada kaitan dengan perbuatan khianat dan membalas dendam.
2 kumpulan yang dipercayai ada pertelingkahan, melakukan perkara ini bagi membalas dendam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed ketika saya hubungi mengesahkan, polis telah mengenalpasti kumpulan yang terlibat dalam kejadian ini.
Usaha mengesan mereka yang terlibat sedang dilakukan.
Yang pasti, mereka yang tiada kena mengena dengan pergaduhan membabitkan kumpulan itu, turut menjadi mangsa.
Motosikal diletakkan sederet dan berkunci/dirantai pada besi tempat letak motosikal menyebabkan semuanya musnah sama sekali dalam kebakaran ini.
Sebuah teksi yang diparkirkan bersebelahan turut menjadi mangsa…
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



nak tanya , kalau kes macam ni, insurans cover tak?
Kujie recently posted..Kesilapan Blogger Blog Contest
x rasenyer. Sebab perbuatan khianat.
Walaupun org yg tiada kena mengena? mana boleh gitu..
Assalamualaikum,
Kalau insuran tak kaver, jenuhlah…
Anyss recently posted..Seberapa Mudah Beri Kata Maaf?