4 Penjenayah Mati Ditembak

Kajang
29 Ogos

Kepantasan dan kecekapan anggota polis bertindak, akhirnya berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang amat dikehendaki yang terdiri dari warga asing.

Bertindak dari maklumat, mereka menyerbu sebuah rumah kongsi di sebuah tapak pembinaan hampir siap di Bukit Hatamas, Kajang, kira-kira jam 5-30 pagi tadi.

Anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat D9 itu, walaupun diserang oleh penjenayah dengan parang dan pisau, naum akhirnya mereka berjaya menembak mati keempat-empat mereka.

(seperti yang diceritakan oleh mangsa, Lee Yan Lin, 39 tahun)

Semuanya bermula kira-kira jam 3-50 pagi, ketika mangsa Lee Yan Lin, 39 tahun sedang tidur di dalam biliknya, di Taman Bukit Permai ,Ampang,dan terjaga apabila pintu biliknya tiba-tiba dipecahkan.

Empat lelaki muncul dan ada antara mereka memegang pisau.

Dalam keadaan panik, Lee menyedari ia adalah satu cubaan rompak di dalam rumahnya sendiri.

Dengan nada angkuh, seorang dari penjenayah mengacu pisau dan mengugut untuk membunuh Lee.

Dalam ketakutan, Lee merasakan tidak mampu untuk melawan.

Tangannya juga diikat.

Penjenayah yang berang kerana Lee hanya ada kira-kira RM100, meminta barangan kemas untuk diserahkan.

Keadaan menjadi kecoh dan bising apabila Lee berkata dia tiada apa untuk diserahkan.

Dalam suasana kecoh di dalam biliknya, ibu Lee yang tinggal di rumah berasingan terdengar bunyi bising dan cuba menelefon telefon bimbit Lee.

Malangnya penjenayah segera mematikan telefon bimbit itu.

Oleh kerana masih tidak berpuashati dengan hanya kira-kira RM100, mereka merampas dua telefon bimbit dan wang tunai negara asing dari Lee.

Dan keadaan menjadi semakin tegang apabila penjenayah menyelongkar ke semua bahagian dalam rumah Lee sehingga akhirnya, seorang dari mereka memecahkan pintu salah satu bilik menggunakan tong gas.

Bunyi kuat akibat hentakan itu membuatkan ibu Lee mengesyaki sesuatu buruk berlaku lantas wanita itu dengan berani pergi ke rumah Lee.

Menyedari seseorang datang, penjenayah itu segera melarikan diri melalui pintu belakang yang dipecahkan jerijinya sebelum itu.

Sebaik memasuki rumah, penjenayah sebelum itu sempat menutup langsir rumah Lee supaya jiran tidak melihat apa yang berlaku di dalam.

Ikatan pada tangan Lee dibuka oleh ibunya yang kemudian membawa Lee ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan.
===========================================

Menurut Ketua Polis Selangor, Dato’ Khalid Abu Bakar, maklumat yang disalurkan oleh Lee akhirnya membawa kepada Cawangan Jenayah Berat D9 melancarkan gerakan memburu keempat-empat penjenayah berbahaya itu.

Akhirnya, kira-kira jam 5-30 pagi, mereka menemui tempat persembunyian keempat penjenayah terbabit di kawasan tapak pembinaan Bukit Hatamas, Kajang – sebuah rumah kongsi.

Menyedari kehadiran polis, mereka bertindak menyerang menggunakan parang dan pisau ke arah anggota polis yang mengepung mereka.

Dan, sebagai mempertahankan diri, keempat-empat mereka akhirnya maut di tembak di tempat kejadian.

Dalam kegelapan subuh itu, kecekapan dan ketangkasan anggota polis akhirnya berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah berbahaya itu sekaligus dipercayai berjaya menyelesesaikan banyak kes samun dan rompak sekitar Lembah Klang.
Dua dari penjenayah ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam longkang di kawasan rumah kongsi manakala dua lagi di atas tanah tidak jauh antara satu sama lain.

Pemeriksaan lanjut , polis menemui pelbagai barangan antaranya wang tunai kira-kira RM1000 dan beberapa matawang asing.

Beberapa paspot Indonesia, jam tangan, telefon bimbit, parang, dan komputer riba turut ditemui.

Yang menghairankan, sebaik serbuan dilakukan ke atas penjenayah terbabit, seluruh rumah kongsi ini terus ghaib semua penghuninya – mereka melarikan diri kerana dipercayai ada antara mereka tinggal tanpa izin di negara ini dan mungkin terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah.

Persoalannya sekarang, adakah benar rumah kongsi pekerja asing juga adalah sebenarnya menjadi sarang penjenayah?…

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.