Taman Wahyu, Jalan Kucing
Kuala Lumpur
16 Mac 2013
5 petang
Laluan Jalan Kucing dari arah Selayang ke ibunegara petang tadi digemparkan dengan beberapa kenderaan polis sedang mengejar sebuah kereta.
Misinya, ialah untuk menahan sebuah kenderaan Volkswagen Golf yang dilaporkan dicuri di Ampang pada 14 ac lalu.
Hasil maklumat , kereta berwarna merah ini ditemui di kawasan Selayang, lalu gerakan memburu dilakukan segera apabila kereta terus memecut laju arah Kuala Lumpur.
Terdapat 5 orang di dalamnya, remaja Melayu – 3 lelaki dan 2 perempuan dipandu laju ketika laluan ini agak sesak, dan dikejar oleh 4 buah kereta peronda.
Setibanya berhampiran stesyen komuter di Taman Wahyu, kereta berjaya dipintas dan terbabas ke arah longkang.
Hasilnya, 5 remaja terbabit berjaya diberkas dan 3 saspek lelaki positif ujian dadah.
Pic – Sumber


















Tahniah PDRM!!!
taniah PDRM walaupon ‘hancur’ WV Golf tu…
tahniah PDRM kerana berjaya menyelesaikan kes ni……..
Nie curi kete untuk joyride ker?
Nasib baik kete masuk longkang, kalo masuk sungai……kelemasan semua dalam kete…
tahniah! tahniah juga, patutnya pdrm selepas berjaya memberkas “penjenayah” tu. cepat-cepatlah call polis trafik untuk bantu selesai kesesakan yang berlaku disebabkan kejadian ni.
Tugaskan polis trafik untuk halau “beruk-beruk & org zaman batu yang memperlahankan kenderaan utk melihat kejadian ni. Tak pasal-pasal hari tu, jem teruk! nak pergi Kl 20 minit jadi 1 jam.
Remaja boleh curi VW… xmustahil mereka dah pernah mencuri kereta sebelum ni. Tahniah PDRM