5 Motosikal Hangus-Dipercayai Perbuatan Khianat

Perumahan Awam Sri Kota
Bandar Tun Razak
Cheras
25 April, 2009

Bagi penduduk Taman Perumahan Sri Kota , Bandar Tun Razak, Cheras, kehidupan mereka sejak beberapa tahun lalu, agak aman.

Tidak banyak kes jenayah berlaku sejak kebelakangan ini di kawasan itu walaupun masih ada kes-kes kecurian motosikal dan kereta.

Bagaimanapun, kira-kira jam 5 pagi tadi, mereka kini kena waspada semula dan tidak boleh lalai serta mengabaikan aspek keselamatan.

Lima buah motosikal yang diletakkan di tempat letak motosikal, tiba-tiba terbakar- dan dipercayai perbuatan khianat.

Tindakan pantas penduduk bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran dan menyelamatkan puluhan deretan motosikal lain.

4 dari motosikal terbabit, hangus samasekali.

Kejadian berlaku hanya kira-kira 10 meter dari pondok polis.

Bagaimanapun, polis sahaja yang mampu menjawab persoalan, mengapakah pondok polis terbabit berkunci dan hanya sekali-sekala sahaja didatangi anggota bertugas.

Dan ketika kejadian, pondok polis terbabit, tiada anggota di dalamnya.

Menurut penduduk, pondok polis itu dibina di salah sebuah blok taman perumahan ini, dan sejak beberapa tahun lalu, ia hanya didatangi sekali-sekali dalam tempoh beberapa hari oleh anggota bertugas.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk, Daud Ahmad yang juga seorang bekas anggota polis (bersara)alasan diberikan, polis mengalami masalah kekurangan anggota.

Anggota polis datang meronda menggunakan motosikal dan jika ada berlaku sesuatu kes, mereka perlu memaklumkan kepada IPD Cheras yang kemudian akan menghantar anggota ke lokasi.

Hasil tinjauan mendapati, pondok polis ini memang berkunci pagarnya, manakala pintunya renggang sedikit.

Jelas kelihatan melalui cermin, infrastuktur lengkap sebagai sebuah pondok/balai polis mini di dalamnya.

Dan bagi penduduk , mereka pernah mengalami situasi di mana berlaku kes pergaduhan pada satu malam di kawasan ini, dan mereka segera datang ke pondok polis ini kerana menyangka ada anggota di dalamnya.

Ini berpandukan lampu yang terpasang dan terang benderang.

Malangnya, rupanya tiada sesiapa di dalam , dan pagarnya juga berkunci.

Dianggarkan, kawasan taman perumahan ini mempunyai kira-kira 3000 hingga 5000 penduduk berdasarkan mempunyai enam blok pangsapuri yang setiap satunya mempunyai kira-kira 200 pintu.

Penduduk meminta polis menimbangkan semula menempatkan anggota tetap di pondok itu kerana walaupun mereka ada membuat rondaan Rukun Tetangga, tetapi ia masih tidak memadai.

Bagi saya, walau apa pun alasan yang diberikan:

1.Jika ini bukan pondok polis, maka seharusnya segala logo atau slogan atau moto yang ditampal, haruslah ditanggalkan bagi mengelakkan kekeliruan.

2.Masalah kekurangan anggota polis seharusnya bukan menjadi isu kerana alasan itu tidak memungkinkan sehingga menjadikan aspek keselamatn terpaksa dikorbankan.

3.Ini berbeza dengan banyak lagi lokasi lain di negara ini, di mana kawasan yang penduduknya tidak padat/ramai, sedia ada sebuah pondok polis dan ada anggota yang berugas.

4.Jika memang ada dalam peruntukan undang-undang atau mana-mana akta yang menyatakan bahawa ada pondok polis atau balai polis, boleh dikunci dan ditinggalkan berhari-hari tanpa anggota, maka diharap pihak berkenaan menampal notis di pintu pondok ini supaya penduduk tidak keliru.

5.Atau paling tidak, tukarkan terus jadikan sebagai stor, atau bilik Rukun tetangga atau dewan mini, supaya kehadiran pondok polis ini tidak mengelirukan.

Dan akhirnya, kira-kira jam 5 pagi tadi, penjenayah sekurang-kurangnya, boleh berbangga kerana melakukan perbuatan itu di hadapan balai polis yang berkunci…

Atau ini memang bukan pondok polis???….

Post Lain Yang Berkaitan

3 Comments

  • Pada 2009.04.25 17:48, waNNa_eXess menulis:

    wah!!! kat belakang umah je ni!!!

    • Pada 2009.04.26 15:55, Anonymous menulis:

      salam dari perantauan..
      terima kasih kpd en. ondscene kerana dapat menghasilkan 1 laman info utk smua..sy yg duk di luar msia blh jgk tau bnda2 yg berlaku yg xde dlm mana2 akhbar tempatan..
      smga en. ondscene terus bersemangat n tidak kenal erti putus asa dlm kerja2 anda seharian..dan smga dipermudahkan sgla urusan..barakallah fik..
      -pelajar msia semenanjung tanah arab-

      • Pada 2009.12.28 09:45, koko menulis:

        depan umah aku nie.aku betol2 tgk api tue membara.agak terkejut la

        You must be logged in to post a comment.