Akhirnya Disamun Juga…

Jalan Loke Yew,
Kuala Lumpur
15 Mac 2011
1 petang
Ini merupakan kes pertama saya sejak ‘berehat’ beberapa hari.

Malang bagi seorang lelaki – sudahlah dia disamun, keretanya juga terbabit dalam kemalangan ketika cubaan melarikan diri.

Malah dia juga cedera akibat ditetak penjenayah.

Semuanya bermula apabila mangsa baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang untuk syarikatnya di sebuah bank di Sri Petaling.

Mangsa bersama adiknya kemudian menaiki kereta untuk pulang ke pejabat.

Bagaimanapun, mereka menyedari ada sebuah kereta dan beberapa lelaki di dalamnya dalam keadaan mencurigakan ketika mereka meninggalkan kawasan bank.

Kereta terbabit kemudian mengekori kereta Honda Civic mangsa dan cuba menahan mereka, namun tidak diendahkan kerana mangsa merasakan sesuatu tidak kena.

Kereta kemudian dipecut laju kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

Kereta akhirnya memasuki Jalan Loke Yew – bagaimanapun, kesesakan jalanraya menyebabkan mereka terperangkap, dan merempuh dua buah kenderaan – sebuah Proton Waja dan sebuah lagi kereta lain.

Kenderaan penjenayah berjaya memintas mereka dan dipercayai merempuh sisi kereta Honda Civic beberapa kali .

Seorang lelaki kemudian keluar dan meluru ke arah mereka bersama sebilah parang.

Mangsa kemudian keluar dari kereta untuk melarikan diri, bagaimanapun dihalang dan ditetak beberapa kali.

Mangsa, 29 tahun, akhirnya akur dan terpaksa menyerahkan wang berjumlah kira-kira RM70,000 dan ketika itulah mangsa cedera dipercayai ketika cuba ditetak penjenayah terbabit.

Penjenayah kemudian melarikan diri dengan kenderaan mereka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahsara mengesahkan polis menerima laporan kejadian dan polis sedang melakukan siasatan.

Persoalannya – bagaimana penjenayah itu tahu dan amat yakin, mangsa membawa sejumlah wang yang banyak…

Post Lain Yang Berkaitan

36 Comments

  • Pada 2011.03.15 16:22, unastacco menulis:

    saya pun pelik jugak mcm mana penyamun tu boleh tau. musykil..

    • Pada 2011.03.15 16:37, KapalSink menulis:

      Sebab penjenayah tuu tiap2 bulan dah survey dia.

      • Pada 2011.03.15 16:39, Bro Kool menulis:

        biasa la tu…
        Mungkin penyamun tu dah mark up mangsa.
        Mungkin dia dah kaji dari opis lagi bila masanya mangsa akan pergi ke bank.
        Adalah dinasihatkan agar kpd semua yg membawa wang yg banyak ketika berurusan dgn bank, jgn jadikannya rutin.Contoh:jangan setiap ari Selasa ptg kul 3 akan ke bank.Lama2 org akan perasan dan pasang perangkap. Pelbagaikan waktu dan gunakan opsyen yg ada utk spt upah pengawal, body guard , colleagues dsbnya. Jgn berurusn seorang diri, bahaya!
        Bro Kool recently posted..Trend terkini atlet dan selebriti seluruh dunia – Power Balance bracelet

        • Pada 2011.03.15 16:49, Fathi menulis:

          mesti ada org bank berpakat…atau kwn office sendiri yg bocorkan…

        • Pada 2011.03.15 16:50, noman menulis:

          Bukan senang nak kelentong pegawai penyiasat kecuali anda juga seorg penyiasat atau loyar.
          kita tunggu tgk kesudahan kes ini. Silap haribulan malu pun dpt, sakit pun dapat (dah dpt)..opps..jel pun dpt.
          harap2 bukan begitu.

          • Pada 2011.03.15 18:36, mrkay menulis:

            ada informer dalaman mungkin? atau gerak geri dia dalam bank di perhatikan.
            mrkay recently posted..Sentiasa bersyukur

            • Pada 2011.03.15 19:24, syapik menulis:

              kebiasaannya, warga2 dari seberang banyak pakai ilmu hitam untuk tahu siapa yg bawa keluar duit banyak. ada warga seberang sendiri bagitahu saya. dia suruh saya hati2. contoh, kalau saya ada di kedai makan. dalam poket saya ada emas. warga seberang yg ada ilmu, akan tahu saya ada emas. saya berkemungkinan jadi mangsa samun. padahal, mana dia tahu saya ada emas dalam poket? sekadar berkongsi pengetahuan yg sy dapat dari kalangan mereka sendiri. salah silap harap tunjuk ajar. =)

              • Pada 2011.03.15 19:30, az man menulis:

                salam..
                makin berani penjenayah di Malaysia skrang nih..moga PDRM pon ada gak kaedah yang terbaik untuk penyelesaian kes semacam nih.. dah kerap sangat dah dengar kes serupa camnih dalam akhbar
                az man recently posted..pemeriksaan kesihatan

                • Pada 2011.03.15 20:17, 2bz4money menulis:

                  Jenayah terancang lebih awal lagi..seeloknya agihan wang dibuat secara online agar lebih selamat.
                  2bz4money recently posted..RM816b insurans mangsa gempa

                  • Pada 2011.03.15 20:35, Azwan Muhamad menulis:

                    Saya pun musykil bagaimana mereka tahu yang si mangsa bawa duit yang banyak. Pernah dengar cerita ada orang boleh hidu bau duit dari jauh. Entah betul entah tidak. Sbb itu kalau saya nak keluarkan duit walaupun 10k saya akan bawa 2-3 orang escort saya.
                    Azwan Muhamad recently posted..Tangkap dan letak dalam tahanan ISA

                    • Pada 2011.03.15 20:41, Azwan Muhamad menulis:

                      Sebab itu saya sentiasa bawa escort ke bank..
                      Pernah dgr ke ada ilmu boleh hidu bau duit. Entah betul entah tidak.
                      Azwan Muhamad recently posted..Tangkap dan letak dalam tahanan ISA

                      • Pada 2011.03.15 20:52, gr3g menulis:

                        kalo aku jadi penjenayah pun , aku duduk intip jer sapa yang kuar masuk dari bank..sapa yang muka gabra, n pakai pakaian yang smart2, atau naik keta, yg bleh tahan gak harga nya, memang orang tu bawa byk duit…

                        ni apa yang aku blajar dari abg tempt keje aku(dah tua dah umur lebih kurang lam 50 lebih tahun )…

                        pakai pakaian compang camping..masuk bank pakai slipar murah jer..naik moto, bawa duit guna beg galas..selamber jer kluarkan duit rm300k dr bank…

                        :) tapi , tak salah gak kalau melabur sikit utk body guard, mcm yang bro kool cakapkan tu…insuran tu..

                      • Pada 2011.03.15 21:12, bzz menulis:

                        kenapa org sekarang masih lagi gunakan cash utk transaksi ataupun bayar gaji?
                        dan kenapa syarikat sekarang masih mahu org bayar dengan cash walaupun pada jumlah yg sangat besar? kan ke menyusahkan?

                        • Pada 2011.03.15 21:13, Hasmizal menulis:

                          Mungkin mangsa telah diperhatikan sekian lama…
                          Hasmizal recently posted..KARNIVAL OTOMOBIL

                          • Pada 2011.03.15 21:43, nazri menulis:

                            sama cam kes arwah kwn saya di cheras.. dia mati ditetak dalam fortuner dia.. alfatihah…

                            nazri recently posted..Saya mahu itu bumper R3!!

                            • Pada 2011.03.15 21:45, Cikgu Nurin menulis:

                              Kalau tak ada informer orang dalam, maybe jugak penjenayah tu dah study perjalanan syarikat tu…

                              *terima kasih kerana sudi singgah di blog saya…ada entri baru khusus untuk Ondscene, sebagai tanda terima kasih..*
                              Cikgu Nurin recently posted..Bukan Salah Ibu Mengandung

                              • Pada 2011.03.15 22:07, ayamas menulis:

                                biasenyer dorg ni ade kaki kat dalam bank sama ada sbg pelanggan ataupun kakitangan bank, pernah kua kan 10k dari asb kat bank… pak guard halang saya utk kua dari bank hampir 1/2 jam gak la atas arahan bank.. pastu baru dia bagi kua dari bank

                                bergitu juga time masukan duit asb dlm nilai yg banyak, mereka tetap suruh tunggu juga.. pada saya ade lokasi2 panas memang bank akan tahan pelanggan

                                tapi kat putrajaya, kua byk mane pun xkesah

                                • Pada 2011.03.16 01:44, Tany menulis:

                                  Persoalannya sekarang – RM70k hanya bertemankan adiknya?! Bukankah itu semacam mencari malang sendiri?? Bwk duit sebanyak itu kalo xde guard yg ada shotgun ke mmg risiko yg teramat tinggi…

                                  Dan pulak, penyamun tu seperti confident yg mangsa keluarkan duit byk.. mesti ada spy2 diorang.. penyamun takkan target dgn confidentnya mcm tu kalo dia kuar dua tiga ratus je.. ini tak mcm samun rambang..

                                  Semoga mangsa sembuh cepat dan penyamun2 sial tu dpt ditangkap. Ada lagi jugak yg guna cash.. cek xde ke?

                                  • Pada 2011.03.16 02:59, che mat menulis:

                                    salam,
                                    Biasanya kalau setakat rm10K pengeluaran tunai, urusan depan kaunter je. kalau lebih mcm kes ni dibuat dalam bilik khas. Mesti ada ‘kaki’ yg dok perhatikan semua ni. Bila selesai urusan…. ada kaki yg ekori mangsa pulak.
                                    tak ada unsur2 ilmu hitam…mengarut je. kalau ada banyak brg2 kemas mesti pakai atau tayang kat orang….. penyamun mesti nampak punya…tak payah ilmu hitam yg mengarut tu.

                                    • Pada 2011.03.16 08:02, scid menulis:

                                      kalo aku dulu lari pegi balai ajer terus..pernah kene mcm nih.satu van cube nak pintas kat area jelapang,ipoh..siap kuarkan parang suh berenti..mampos aku nak berenti…pecut gi balai ar jawabnyer..seb baek lepas

                                      • Pada 2011.03.16 08:27, mummy menulis:

                                        Sy pernah perasan ada sorang pakcik nih..pakai baju biasa jer jer pastu pakai sluar yg byk poket tuh…bila tiba giliran dia, tu dia sumer poket berisi duit jer, berkepuk2 letak atas kaunter…
                                        pada sy seeloknya transaksi dibuat online atau kalo cash mesti ditemani guard bersenjata…kuar lah duit sket utk keselamatan nyawa dan harta sendiri..mujur nyawa tidak melayang…
                                        tapikan, masa tu kan jalan sesak…macammana penjenayah boleh lari eh..
                                        Skang nih biasa dah kiter dengar org kena samun bila keluar dari bank…bukan nak menuduh saper2 tapi ada kemungkinnya kerja org dalam…samaada org bank atau org dia sendiri…
                                        Semoga mangsa cepat sembuh dan lebih berhati2 dimasa akan datang..penjenayah tuh pasti akan dpt ditangkap tak lama lagi sebab polis boleh trace melalui no siri duit tuh jika di belanjakan….eh betul ker

                                        • Pada 2011.03.16 09:17, sham menulis:

                                          pengalaman saya dirompak selepas mengeluarkan duit di bank..memang ada kaki yang tunggu di bank, siapa yang mengeluarkan duit dalam jumlah yg banyak akan jadi target … gerak geri akan diperhatikan…ada kaki yg tunggu diluar bank…ada kaki yang tunggu dalam kenderaan..kerja berpasukan ni .. dan mangsa akan diserang apabila ada peluang …

                                          • Pada 2011.03.16 09:44, siapatau menulis:

                                            haiya.. tengahari, jalan open camni pun bole kena samun ke.. tempat polis slalu lalu lalang plak tu..

                                            • Pada 2011.03.16 10:08, ibudirumah menulis:

                                              Salam, saya nak bagi cadangan pada sesapa yg nak kuarkan duit byk2 mcm dlm kes ni, apa kata kita bahagi2kan duit 70k tu ke 2-3beg masa dlm kete.. so masa pencuri tu dah dapat satu beg dia ingat dia dah dpt semer lah,padahal baru dpt 20k mcm tu.. pencuri tu pun akan pegi la tanpa mengapa2kan kita(hopefully la). baki duit yg lain terselamat bersama kita.

                                              • Pada 2011.03.16 11:17, lemonade menulis:

                                                Pengajaran utk semua. Hire security company to escort. Better be safe than sorry

                                                • Pada 2011.03.16 12:13, mozaks menulis:

                                                  mmg dah keja penyamun… derang tau laa beza org bawak duit banya ke tak… kalau keluar dari bank bawak beg berisi tu derang anggap ada duit la tuu… kekadang mmg derang dah kaji org tu hari apa dia pi bank utk keluarkan duit… tokey stesen minyak kat area rumah aku penah kena… kes lebih kurang sama dan penyamun dah survey lama sebelum menyamun…
                                                  camne penyamun tu bleh lari dalam keadaan jalan sesak? takde ke org yg cuba tolong?

                                                  • Pada 2011.03.16 13:06, Kerani Proton Shah Alam menulis:

                                                    parang beb..sape berani terjah…kalu kawe pun, bagi aje duit tu…nyawa lebih utama dari duit…

                                                    sebab duit yg tak seberapa berbanding nyawa, kita sebagai hamba Allah kena jaga nyawa iaitu hak Allah…

                                                    • Pada 2011.03.16 14:45, jammal jantan menulis:

                                                      penyamun tetap penyamun duit bawah katil pun mereka boleh cari dan tahu.

                                                      • Pada 2011.03.16 17:41, Khairul menulis:

                                                        Pengalaman.. cash out RM35k, tapi pegawai bank bengong. die wat kat kaunter je. dah la tak bagi envelope (kene mintak?). seb baik pakai selipar ngan suar koyak2.

                                                        • Pada 2011.03.16 22:06, Anne menulis:

                                                          saya pun pernah hampir kena rompak..padahal x byk pun dlm RM20k..tapi lahap nya penyamun tu nak rompak…nasib baik sempat mengelak…amin~

                                                          • Pada 2011.03.16 22:35, shazwan shukor menulis:

                                                            macam mana penjenayah melarikan diri… jalan sesak tu… orang ramai..langgar je…

                                                            • Pada 2011.03.18 15:40, ekal menulis:

                                                              Buat mangsa rompak, kalau dah rasa ada orang mencurigakan mengekori, patutnya lari ke balai polis, bukan masuk jalan loke yew yang jem tu.

                                                              • Pada 2011.03.20 14:57, Ustaz Love menulis:

                                                                Salam..

                                                                Ustaz Love pernah bawak duit cash dekat 200k.. letak dalam beg kertas maxis.. pakai selipar.. seluar lusuh.. sape pun tak lalu nak ikut :D
                                                                Ustaz Love recently posted..Cara Ustaz Love Belajar English

                                                                You must be logged in to post a comment.