Akibat Malu dan Kecewa – Remaja Maut Terjun Bangunan
PPR Blok A
Taman Wahyu
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
5 November, 2011
9.30 pagi
Semuanya gara-gara cinta yang terhalang oleh keluarga, akhirnya bertukar menjadi tragedi.
Dan mangsa adalah remaja perempuan baru berusia 16 tahun, berbangsa India.
Ia berpunca dari perhubungan cinta remaja terbabit bersama teman lelakinya tidak dipersetujui keluarga.
Remaja perempuan terbabit dari Taman Prima Selayang, pagi ini datang untuk bertemu teman lelakinya di salah sebuah blok PPR ini.
Lokasinya, di sebuah rumah kosong di salah satu tingkat rumah pangsa.
Kebetulan , kakak mangsa tinggal di PPR yang sama, telah dimaklumkan oleh penduduk akan adik perempuannya berada di dalam sebuah rumah kosong bersama seorang lelaki.
Sebaik ditemui, mangsa dimarahi kakaknya yang menganggap perbuatan adiknya itu memalukan keluarga.
Akibat kecewa dan malu, mangsa akhirnya bertindak lari ke tingkat 9 bangunan dan terjun.
Cedera parah di kepala dan tangan, mangsa maut di tempat kejadian.
Polis mengesahkan, kes adalah kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.
Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



Ish..muda2 lagi dah berani bunuh diri…Kena selalu ingat yang nyawa kita ni hak Allah dan kita tak berkuasa utk menzalimi badan dan nyawa kita…
arena84 recently posted..Gempar! Gadis Program Solehah Curi Kasut?
Assalamualaikum,
Macam dah jadi trend pulak akhir-akhirnya terjun bangunan untuk bunuh diri.
Selamat hari raya Aidiladha kepada Abang Sham dan semua pembaca blog ni
Anyss recently posted..Pemansuhan PPSMI Kekal
Bukan bunuh diri je.. Bunuh bayipon makin banyak.. Pegangan agama yang kurang ke puncanya? Wallahua’lam
Mohd Aidil “Yob” Jamaludin recently posted..Jam Dinding Gula-Gula Hacks