Reality in Real Life

Amuk dan Tetak – Umpan Sebatang Rokok

IMG-20140808-WA0023
Taman Bukit Anggerik,
Cheras, Kuala Lumpur
8 Ogos 2014
2.40 petang
IMG-20140808-WA0009

Kejadian amuk ini mengakibatkan dua cedera parah – ditetak dengan senjata tajam oleh saspek – seorang lelaki.

Yang menjadi mangsa ialah ibu dan abang saspek sendiri.

IMG-20140808-WA0008

Anggota bomba yang pada mulanya menerima panggilan kemungkinan ada cubaan membunuh diri dengan bom, akhirnya berdepan dengan situasi cemas.

IMG-20140808-WA0004

Kejadian berlaku di sebuah rumah teres di Taman Anggerik , Cheras, apabila seorang lelaki difahamkan mengalami masalah mental, mengamuk dan cuba membunuh diri.

Yang menjadi mangsa ialah ibu dan abangnya sendiri – yang kemudiannya berjaya keluar melarikan diri dan mengunci mangsa di dalam rumah.

Sepasukan 7 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu polis menanggani kejadian ini.

IMG-20140808-WA0007

Ketika sampai, saspek masih berada di dalam rumah, manakala 2 mangsa berada di luar, tetapi di dalam kawasan pagar rumah.

IMG-20140808-WA0024

Kedua-dua mangsa , yang cedera di kepala dan beberapa bahagian badan, diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum di bawa ke Pusat Perubatan UKM untuk rawatan lanjut.

IMG-20140808-WA0016

Dan , usaha memujuk saspek yang dilakukan oleh anggota bomba akhirnya menemui hasil – apabila saspek kemudiannya ditawarkan sebatang rokok.

IMG-20140808-WA0021

Tindakan terpaksa dilakukan secara berhati-hati kerana bimbang saspek akan bertindak ganas memandangkan sebelumnya telah mencederakan 2 mangsa.

IMG-20140808-WA0012

Tawaran itu berhasil apabila saspek akhirnya keluar dari rumah dan diberikan sebatang rokok – dan ketika inilah saspek ditahan.

IMG-20140808-WA0015

Saspek yang difahamkan mengalami gangguan mental kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Tahniah anggota bomba kerana ‘multi-tasking’ yang dilakukan – merawat mangsa dan berjaya memujuk saspek dan berjaya ditahan polis.

 

 

2 Comments

  1. abu's Gravatar abu
    09/08/2014    

    Org yg hisap rokok mmg mental…

  2. hafizhamdan's Gravatar hafizhamdan
    09/08/2014    

    inilah kegunaan rokok yang sebenar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting