Anak Norlia Ghani Maut Terjatuh Tingkat 7

Pangsa Murni
Keramat Jaya 2
Kuala Lumpur
27 Sept 2009

Anak kepada pelawak dan pelakon Norlia Ghani, Edi Rizal Ramli, maut setelah terjatuh dari tingkat 7 Pangsapuri kediamannya di Keramat Jaya 2 tengahari tadi. Edi Rizal yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli, terlepas pegangan pada balkoni ketika usahanya untuk menangkap seorang pencuri, lalu terjatuh.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengahari apabila Edi Rizal bergegas ke tingkat 7 Pangsapuri Murni ini setelah dimaklumkan oleh penduduk akan kejadian pecah rumah.
Seorang lelaki berada di dalam rumah tersebut.

Edi Rizal yang tinggal di tingkat 4 , lalu ke tingkat 7 dan kemudian bertindak memanjat balkoni sambil memegang sebatang kayu hoki.
Bagaimanapun, pegangannya tiba-tiba terlepas menyebabkan mangsa terjatuh ke atas bumbung di tingkat 3 sebelum terhempas di tingkat bawah.
Edi kemudian di bawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan.
Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di Hospital.
Edi merupakan anak ketiga dari empat beradik kepada Norlia Ghani. Jenazah dituntut jam 5-30 petang tadi di Bilik Mayat HKL oleh ayahnya, Ramli Ismail.
Jenazah kemudian dibawa ke Surau Al Ansar, Keramat Jaya 2 untuk dimandi dan dikafankan.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat.

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

  • Pada 2009.09.27 16:16, Pascarimba menulis:

    Takziah kepada keluarga Allahyarham..

    penyamun skang mmg makin menjadi jadi.. dia buat hal, org lain jd mangsa sampai kehilangan nyawa.. pada sesiapa yg melindungi penyamun, bertaubatla.. beri maklumat pd pihak berkuasa.. bekerjasama membenteras sblum ramai lg jd mangsa..

    itula Allah dah tentukan hukum ptong tgn utk mencuri.. biar penyamun cela jd cacat seumur hidup.. paling elok, biar takde keturunan…

    • Pada 2009.09.28 02:21, jawa peranakan menulis:

      gua sokong pascarimba..

      semoga niat dan tindakan murni allahyarham yang ingin membanteras jenayah itu diredhai Allah..

      AlFatihah..

      You must be logged in to post a comment.