Anggota Trafik Cedera Dirempuh Mat Rempit Jahanam

Jalan Taman Putra,
Ampang, Selangor
14 Nov 2010
2.15 pagi

Kejadian ini berlaku sebentar tadi ketika sepasukan 5 anggota trafik dari IPD Ampang mengadakan Ops Cegah  Samseng Jalanan/rempit di persimpangan Jalan  Taman Putra- Jalan Tasik Tambahan.

Anggota terbabit dirempuh oleh sebuah motosikal yang berkumpulan dengan kira-kira 10 motosikal lagi yang melakukan aksi merbahaya di laluan ini.

Ia  kemudian merempuh mangsa yang ketika itu berada di tepi jalan, dan terus memecut meninggalkan tempat kejadian.

Lanskopral Henry Gregory, 32 tahun tercampak dan terseret beberapa meter di atas jalan dan nyaris dirempuh oleh beberapa buah motosikal dan kenderaan lain sebelum sempat bangun menyelamatkan diri.

Henry mengalami kecederaan di kepala manakala kasut bootnya terkoyak dan terputus sebahagiannya.

Sebelum itu, mereka berjaya menahan seorang mekanik yang menunggang tanpa lesen dan tiada cukai jalan.

Kemudian satu kumpulan kira-kira 10 motosikal pula menunjukkan aksi bangang lebih-pebih lagi menyedari kehadiran anggota polis di lokasi.

Seorang lagi berjaya ditahan.

Kira-kira jam 2.15 pagi, satu kumpulan lagi muncul, juga membuat aksi merbahaya dan seolah-olah mencabar kehadiran polis di situ.

Salah sebuah dari  motosikal kemudian merempuh henry yang berada di tepi jalan menyebabkan dia tercampak.

Penunggang itu dengan megahnya, melakukan aksi zig-zag pula dan terus memecut meninggalkan tempat kejadian.

Ketua Trafik Selangor, Supt Che Hussin Omar berkata, golongan remaja termasuk bawah umur merupakan golongan paling ramai yang terlibat dalam kegiatan ini.

Amarannya , kepada ibubapa yang membenarkan motosikal mereka digunakan anak-anak dalam kegiatan sebegitu, mereka akan dikenakan tindakan termasuk saman.

Beliau yang dukacita dengan kejadian yang menimpa Henry berkata, tindakan ganas kumpulan-kumpulan terbabit tidak akan mematahkan semangat anggota trafik untuk membanteras kegiatan itu.

Baca juga entry ini mengenai gejala yang kian merosakkan terutama anak-anak muda di sini:

26 Apr 2009 – Warga rempit – Insaflah, Anda Menyusahkan Banyak Pihak

1 Okt 2010 – Pegawai Trafik Maut Ketika Kejar Mat Rempit

Nota: Dianggarkan, kira-kira 90 peratus mereka yang terlibat dalam kegiatan ini merupakan remaja MELAYU.

Post Lain Yang Berkaitan

33 Comments

  • Pada 2010.11.14 04:20, ReentryCapsule menulis:

    Ini bukan JAHANAM.Ini namanya REMPIT CELAKA HARAM.Elok sodok je rempit celaka ni bagi terperosok bawah kereta.Lepas tu masuk gear Reverse tengok hidup lagi ke tak.Kalau menggeletek hidup lagi langgar lagi sekali sampai MAMPOS.Dulu dah ada satu polis meninggal sebab nak tangkap REMPIT CELAKA ni.
    ReentryCapsule recently posted..MITSHUBISHI INSPIRA – PROTON INSPIRA

    • Pada 2010.11.14 05:05, ham menulis:

      uih bahaya betul, semoga kembali sihat dan menjalankan tugas

      • Pada 2010.11.14 06:21, amer_hoosynie menulis:

        ape nk jd dgn ank muda skrg…
        amer_hoosynie recently posted..perihal KENTUT

        • Pada 2010.11.14 06:30, s@kura menulis:

          mat rempit ni menjadi-jadi ……
          terima kasih POLIS atas jasa dan pengorbanan ……

          • Pada 2010.11.14 08:04, nazri menulis:

            ni yang kene amek insuren tinggi2 ni..
            bahaya gak time nak jalankan tugas.. apa2 pun mat rempit tu kne insaf..
            nazri recently posted..offtopic – dapat gak test drive inspira

            • Pada 2010.11.14 08:48, husin menulis:

              kasut kena kualiti tinggi lah utk kakitangan keselamatan ni. teruk sgt kualiti tu sampai terbelah mcm kain payung lak

              • Pada 2010.11.14 09:26, zeqzeq menulis:

                keraskan lagi hukuman..

                • Pada 2010.11.14 11:10, Asral Ent menulis:

                  apa nak jadi la ngan mat rempit tu.. haihh..
                  Asral Ent recently posted..IKIM FM Live Streaming

                  • Pada 2010.11.14 12:27, Ustaz Love menulis:

                    Salam…

                    Kena giatkan lagi usaha mendidik mat rempit… kena sediakan bajet baru untuk bawak mat rempit mendaki gunung everest lagi ni…
                    Ustaz Love recently posted..Kelajuan Membunuh

                    • Pada 2010.11.14 12:31, az man menulis:

                      salam..
                      alhamdulillah tak cedera teruk..
                      moga mat rempit tersebut dapat ditangkap dan dihukum.
                      az man recently posted..eksiden sebab ternampak

                      • Pada 2010.11.14 13:06, Nizam menulis:

                        memang sesuai dengan tajuk nieh.. mat rempit jahanam.. tak abih2 nak nyusahkan orang ramai…
                        Nizam recently posted..Gelang Hikmat bernilai US125

                        • Pada 2010.11.14 14:33, iamnerves menulis:

                          makhluk macamni la patut boleh ditembak mati je..
                          hidup nyusahkan org!
                          iamnerves recently posted..Hidup ni Jangan Sombong

                          • Pada 2010.11.14 15:26, blog5zal menulis:

                            Harap-harap aktiviti penguatkuasaan dikaji semula dengan menggunakan kaedah yang lebih selamat kepada anggota polis.Untuk motosikal yang disita,terus dilupuskan sahaja.
                            blog5zal recently posted..Jiwa Kental-Lamborghini buatan sendiri

                            • Pada 2010.11.14 15:29, blog5zal menulis:

                              Kaedah penguatkuasaan perlu diganti dengan kaedah yang lebih selamat kepada anggota polis.
                              blog5zal recently posted..Jiwa Kental-Lamborghini buatan sendiri

                              • Pada 2010.11.14 16:06, kowarusama menulis:

                                muhasabah diri..

                                • Pada 2010.11.14 17:05, azmie26 menulis:

                                  next time operasi psg jaring jer atau tabur paku biar dia rasa,dan kuat kuasakan hukuman berat jgn bg muka lg dgn org mcm nie,pedulikan mak bpk dorg nk ckp apa belasah jer kasi serik dan reman maksimum….

                                  • Pada 2010.11.14 18:13, abe menulis:

                                    pasti ker yg semua bawak motor tu mat rempit? asal naek motor..jadi mat rempit..seolah berdosa besar bwak motor..

                                    kalau lah..ada diantara penunggang motosikal tu ahli keluarga..dan tak terlibat langsung dengan lumba haram..lepas tu kena paku ngan jaring dan cedera tak ke naya?

                                    jangan emosional dalam tindakan..saya juga kadang2 terkena tempias dengan golongan samseng jalanan ini..kadang2 kita yg bawak motor pun terbabit sama sebab suspect lumba haram..kita kongsi jalan..kadang2 tu takut nak bawak motor bila ada mat rempit ni..terutama hujung minggu..

                                    dan buat pengetahuan anda..” REMPIT ITU bukan PENUNGGANG MOTOSIKAL , tapi REMPIT ITU TUNGANGGAN SYAITAN..”

                                    • Pada 2010.11.14 19:27, yuri menulis:

                                      sedara.. naek motor tu x dosa besar pn.. polis pn paham n org pn paham mane 1 mat rempit, mane 1 penunggang biasa.. ini mmg da konfem2 mat rempit la yg org dok marah2 ni.. polis cume jalan kan tgas je nk tahan sume penunggang ntk memastikan sume nye selamat.. sabar yer.. ni la akibat, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

                                      peace.

                                  • Pada 2010.11.14 18:04, eelobor menulis:

                                    dah bermacam2 langkah kerajaan buat, macam2 penguatkuasaaan di laksanakan, gejala berpenyakit ni memang sukar untuk di banteras. bagaimanakah agaknya kesudah cerita rempit merempit nih yer?
                                    eelobor recently posted..Awas Kepada Wanita &amp Gadis

                                    • Pada 2010.11.14 18:28, nashraf menulis:

                                      penjarakan saja anak2 dengan mak bapak si perempit ni sekali

                                      • Pada 2010.11.15 01:15, anissa_kyra menulis:

                                        kali pertama mahu komen sebab sangat2 tertarik dengan isu ini.

                                        saya tinggal berhampiran dengan kawasan kejadian. kawasan nih memang popular dengan mat rempit terutamanya hujung minggu.

                                        tak mahu salahkan polis, tapi saya minta pihak polis bertimbang rasa. tertarik dengan salah satu komen diatas oleh abe:

                                        ‘asal naik motor saja, mat rempit.’

                                        memang betul pun apa yg dikatakan. asal naik motor je pun trafik da syak yg itu mat rempit.

                                        saya dan adik pernah kena tahan dengan trafik yg moralnya saya rasa macam orang yang tak pernah pegi sekolah. tujuan kami keluar untuk beli burger, malam minggu, adik saya bawak motor macam biasa. masa tuh saya yg jadi pembonceng nya. kami pakai baju tidur, boleh pula kena tahan dengan trafik.

                                        kalau trafik itu berbudi bahasa, kami pun tak kesah. ini tegur dengan cara yg seolah hina nya kami nih naik motor. ingat saya nih bohsia ke? siap nak cek apa semua. padahal masa tuh baru jam 11 malam dan saya pakai baju tido.

                                        mana letak akal waras polis trafik nih?

                                        • Pada 2010.11.15 01:29, Amirul menulis:

                                          rempit oh rempit..
                                          rempit kl tak gempak macam ipoh.
                                          jom ke ipoh kalau tak percaya..
                                          dah macam pesta autoshow.
                                          Amirul recently posted..Aku &amp Diri 6

                                          • Pada 2010.11.16 02:08, Tany menulis:

                                            Betoi tu yeop!

                                            Mmg mat rempit kat ipoh lg power.. tiap2 minggu pukul 2 pg mcm tu, mesti dikejutkan dgn bunyi ratusan motor mat2 rempit lalu di hadapan rumah…kadang2 dgr bunyi siren polis tp lepas tu senyap..1 jam kemudian geng mat rempit.. bukan mat rempit je, mat kereta gempak lg best..buat autoshow kat dataran..letak kereta yg modify, siap surround sound & speaker 3-4 kat boot kereta, pasang kuat2 mcm pesta.. mmg gempak.

                                            Rasa nak bakar anak2 setan ni hidup2… hidup menyusahkan org je.. mak bapak pun x boleh control dah.. 2×5 jugak.

                                          • Pada 2010.11.15 01:46, Fred menulis:

                                            Just becareful guys, that day my friends tire puncture.. and he drove to nearby petrol station to change tyre, he got himself beaten up and rob by 8 motorcycles around 3am.. so try not to go out so late its not safe outside.

                                            • Pada 2010.11.15 11:05, Aidilangelo menulis:

                                              Elok disebat je mat rempit nie. Komfem insaf. Sebabnya luka sebat di punggung ambek mase nak semboh. N for sure next time ingat rempit deme ingat le sebat. Ngiluuuuu!!!
                                              Aidilangelo recently posted..Laughter The Best Medicine

                                              • Pada 2010.11.15 15:31, puyu3 menulis:

                                                semoga cepat semboh dan bersabar.
                                                udahlah kena kerja malam buta, kena langgar lagi.

                                                kalu dapat tangkap mat rempit ni, kenakanlah hukuman ini,
                                                “ikat kat pokok, bagi kerengga satu sarang.”

                                                mana makbapak budak tu? tak ajar anak ke?

                                                • Pada 2010.11.16 21:46, Fadzil991 menulis:

                                                  macam penah kenal jer L/Kpl Hendry nih…

                                                  • Pada 2010.11.18 08:14, adinda menulis:

                                                    kalau difikrkan mak ayah, ade betulnye…tp ade mak ayah yang dah uzur dan meningkat usia….bila umur meningkat, ank pulak kurang didikan , memang inilah jadinya….mak ayah muda2 sekarang kena bertindak dan bertegas.esok generasi ni jugak yang kita nk pakai kepala otak dorang…kalau muda dah jahanamkan hidup sendiri, boleh bet la esok dewasa tk kisah apa yang jadi dengan keturunan sendiri…

                                                    • Pada 2010.11.18 08:48, adinda menulis:

                                                      abg polis, jasamu dikenang

                                                      • Pada 2010.11.18 10:51, Azuwan menulis:

                                                        Bukan salah ibu mengandung,tp salah didikan dan terlebih belaian.Sayang anak tangan-tangan kan,sayang bini ringan-ringan kan opssss.. ringan-ringan kan kerja dia :)

                                                        • Pada 2010.11.18 15:39, belia tasek permai menulis:

                                                          Bersimpati di atas apa yg berlaku keatas anggota yg bertugas serta berharap ‘mat rempit’ terbabit dihadapkan kemuka pengadilan serta diberi hukuman yg setimpal.Tahniah! Lans Koperal Henry, tugas & usaha anda amatlah mulia dalam memartabatkan masa depan anak bangsa di Malaysia. Tabik Spring dari kami kepada semua anggota polis khususnya warga Trafik Ampang di bawah pimpinan Tuan OCS Zaky.

                                                          • Pada 2010.11.23 17:13, capiten menulis:

                                                            pada pendapat saya,pihak polis “terlalu lembut” membenteras masalah rempit ni….
                                                            lain kali gunakan secara kejam,mcm bapa kawan aku,buat libas jer mat rempit ni masa merempit….kalo mat rempit ni mati pn,abis kuat family dia sedih 44 hari jer….dr cacat seumur hidup,pastu menyusahkn org bertahun2 sehingga la nyawa dia melekat.pernah aku ikut operasi benteras lumba haram,ada satu kemalangan yg melibatkn mat rempit ni….
                                                            polis dtg tanya,mati ker hidup lg….
                                                            hahahaah…..hinanya mat rempit di mata rakyat….baik ckit dr penyamun n penagih dadah

                                                            • Pada 2011.02.08 15:51, nik_joe menulis:

                                                              terima kasih buat abg peramedik kita sekali……

                                                              You must be logged in to post a comment.