Reality in Real Life

Anak-anak – Antara Diabaikan, Kecuaian dan Kepekaan

Beberapa kejadian yng berlaku sejak kebelakangan ini, memberikan kesan mendalam terutama kepada ibu-bapa, selain dari kesan kepada kanak-kanak yang terlibat.

Apa-apapun, biarlah ia menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Saya tidak akan mengulas panjang mengenai ketiga-tiga kes ini, kerana telah banyak dibicarakan di pelbagai medium, dan kita serahkan pada pihak berkaitan menyiasatnya.

Jagalah permata-permata hati kita itu – merekalah penyambung zuriat kita kelak…

KES 1

21 Jun, 2014
Nilai, N.Sembilan

Kes seorang remaja OKU , Muhammad Firdaus Dullah, 15 , ditemui sepasukan anggota Jabatan Imigresen, dalam keadaan amat menyedihkan ditinggalkan oleh ibunya di dalam rumah di Flat Taman Semarak Nilai, sangat mengejutkan.

Walau apapun sebabnya, ia tidak sepatutnya berlaku dan kini ibunya masih dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan.

Tiada kesan penderaan ditemui pada anggota badan remaja terbabit, tetapi dipercayai adanya unsur pengabaian dalam menjaganya.

KES 2

image

Pix- sumber

Taman Puchong Perdana, Selangor
24 Jun 2014
7 pagi

Kira-kira jam 7 pagi, 2 beradik berusia 9 tahun dan 4 bulan, yang ditinggalkan ibu mereka dalam kereta yang tidak dimatikan enjin , ketika ibu mereka menghantar 2 lagi anaknya  ke rumah pengasuh, dilarikan seorang lelaki.

Setelah membawa 2 beradik terbabit sejauh kira-kira 5 kilometer, dan mengugut dengan pisau, mereka ditinggalkan di sebuah kawasan kilang, manakala Proton Gen 2 WLX 4727 milik ibu mereka dilarikan.

Mereka ditemui seorang pekerja kilang di Taman Perindustrian Puchong ketika sedang merayau-rayau meminta bantuan setelah ditinggalkan saspek.

image

Pix- sumber

Menurut ibu mangsa, Karniyurtini Ishak, 35, sebaik melihat keretanya dipandu seorang lelaki tidak dikenali, dia tekad berlari mengejar sekuat hati hiingga kereta hilang dari pandangan dan memasuki jalan utama dan menjerit meminta tolong.

Beberapa orang awam dan penduduk sekitar cuba membantu dengan mengejar kereta dipandu suspek namun gagal.

Sebelumnya, Karniyurtini meletakkan kereta di seberang jalan dan memimpin anak ketiga dan keempat melintas jalan untuk ke rumah pengasuh dan perasan seorang pelajar lelaki sedang berdiri dan bercakap di telefon namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka dia sedang menunggu bas sekolah.

Sebaik keluar dari rumah pengasuh, seorang lelaki berada di dalam kereta dan terus memecut laju ke arah jalan utama melalui sekolah KAFA Intergrasi Madrasatul Ikhwan di Jalan Dahlia 1A tempat dia mengajar.

image

Pix -sumber

Polis kemudian segera menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan suspek yang membawa lari kereta Proton Gen 2 terbabit dan berdasarkan keterangan mangsa mengenai bentuk fizikal saspek yang kurus dan tinggi, berusia belasan tahun memakai seragam sekolah. 

Kurang 24 jam selepas kejadian, polis menahan seorang remaja, 17 tahun, dipercayai saspek utama, pelajar sebuah sekolah menengah di rumahnya, jam 2.15 pagi bagi membantu siasatan dan menemui semula kereta yang dilarikan itu.

Saspek direman selama 4 hari bagi membantu siasatan.

KES 3

image

Pix-sumber

Slim River, Perak
25 Jun 2014
1.30 petang

Lain pula kisahnya di Perak apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, diculik dan dipercayai turut dicabul seorang lelaki di satu kawasan perkuburan Cina di Jalan Slim Lama, Slim River, Perak.

Mangsa sebelumnya seorang diri di sebuah stesen basnsebelum dihampiri saspek berusia 57 tahun dan berpura-pura bertanya samada mahu membeli buku dan mengajak menaiki keretanya.

Saspek kemudian melarikan kanak-kanak terbabit sebelum berhenti berhampiran kawasan perkuburan dan dipercayai mencabulnya sebelum meninggalkannya.

Orang awam yang melalui jalan berkenaan, menemui mangsa dalam ketakutan lalu membawanya ke Balai Polis Slim River.

Bapa mangsa , sebaik dimaklumkan oleh seorang lagi anak perempuannya yang terlihat mangsa menaiki kereta saspek, segera membuat lapiran polis.

Bertindak atas laporan, satu pasukan khas digerakkan bagi mengesan sebuah Proton Wira Aeroback , dan akhirnya berjaya dikesan dan ditahan dalam satu sekatan jalanraya kira-kira 3 petang.

Saspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.

Nota -Semua foto adalah dari sumber awam

Posted from WordPress for Android

2 Comments

  1. 30/06/2014    

    Selalu sgt kita kata kan “BENDA DAH NAK JADI”..namun jika kita lebih berhati hati mengelakkan perkara dari terjadi itu lebih baik.Jangan cuai bila meninggalkan anak2 didlm kereta…banyak kes dah diwar-warkan didlam media cetak dan eletronik…kita kena ambil iktibar supaya tidak menyesal nanti.

  2. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    27/06/2014    

    Dah acapkali berlaku kejadian sebegini dan disiarkan dalam media cetak atau media elektronik..masih ada yg tak ambil endah dan pengajaran.Di kawasan saya tinggal,ada kanak-kanak perempuan yg dibiarkan berseorangan menunggu bas sekolah di dalam gelap pagi.Sikap sebegini menjadikan penjenayah sudah selangkah ke depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting