Ia juga akan di’lekat’kan pada dinding dengan sekemas-kemasnya, sehingga ada penjenayah terpaksa menggunakan jentera berat untuk menariknya.
Tidak kurang mesin ATM dibom, semata-mata untuk mendapatkan wang di dalamnya.
Tetapi, bagaimana pula apabila mesin ATM ghaib terus?
Lokasinya, di tingkat bawah bahagian luar pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang.
Tiada CCTV, tiada alarm di kawasan sekitarnya.
Bagaimanapun, timbul kemuskilan akan jarak masa laporan polis yang dibuat.
Rentetannya , kira-kira begini:
15 Jun 2010 – kira-kira 10 malam, mesin ATM masih berada di lokasi.
16 Jun 2010 – 7 pagi - pelanggan bank melaporkan kepada Maybank, mesin ATM telah tiada. Syarikat kawalan keselamatan membuat pemeriksaan dan mengesahkan mesin ATM telah tiada.
16 Jun 2010 – 7 malam – syarikat kawalan keselamatan membuat laporan polis kehilangan itu.
Menurut Timbalan Ketua Polis daerah AMpang Jaya, Supt Amiruddin Jamaluddin, penjenayah begitu profesional – mesin ATM berjaya dialih, diangkat dan diangkut terus di bawa lari.- tidak banyak berlaku pecahan pada lantai dan cermin, manakala wayar alarm dan lain-lain wayar keselamatan dipotong.
Sehingga jam 11 malam , anggota dari Unit Forensik PDRM masih berada di lokasi.
Andaian sekarang, penjenayah mungkin sedang berusaha untuk membuka dan mengeluarkan wang dari mesin itu.
Atau mungkin juga, mereka berhasrat untuk memasang di rumah, supaya mudah untuk mengeluarkan wang apabila perlu…












penjenayah sekarang mmg licik.. bahaya sungguh.
haha~ bro, sangat suka pada andaian ke-2:
Atau mungkin juga, mereka berhasrat untuk memasang di rumah, supaya mudah untuk mengeluarkan wang apabila perlu…
Biasalah kalau penjenayah, makin canggih mana dan bersekuriti tinggi pun. mesti ada cara punya.
penah buat keja pasang mesin ATM ni kot sebelum ni.. hebat sungguh sampai bleh bawak balik rumah.. tapi kalau ATM tu pun dah tak berduit.. memang sia2 saja laa usaha gigih mereka tu…
rompakan cara baru….berapa lamalah agaknya diorg ni berlatih ye??
saya penah dpt maklumat, berat mesin atm.. adalah kira2 700kg. sama mcm sebijik keta kancil kot.
pehh.. berat pun sanggup angkat..
pasni semua mesin atm kena pasang GPS..
waaa rasa bukan penjenayah semakin licik tapi polis semakin bengab…sibuk jaga org politik dan ampu teloq demo….jenayah dimana-mana pun macam ini..berdekatan balai polis..lebih mudah jadinya..
ini lah yang dikatakan Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih….
memang usaha betul ya penyamun² tu.. hehehe
"Atau mungkin juga, mereka berhasrat untuk memasang di rumah, supaya mudah untuk mengeluarkan wang apabila perlu…"
Hahahaha komen paling smart. Mungkin betul kot.
Betullah, semangat sungguh penyamun ni. Boleh angkat mesin ATM yg berat giler babas. Apakah teknik yg digunakan? Musykil..musykil…