Asid Mudah Dibeli
Unit Rawatan Kebakaran
Hospital Kuala Lumpur
29 September, 2011
11.30 pagi
Dari Mei hingga September tahun ini, 10 kes simbahan asid dilaporkan di seluruh negara.
Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kecacatan kekal pada tubuh badan dan akan menderita sepanjang hayat.
Antara kemungkinan mengapa ia dilakukan – cemburu, dendam, dan ada juga kes ‘suka-suka hati’ menyimbah asid/cecair berbahaya kepada mangsa.
Dan jika anda hendak membeli asid, hanya pergi ke mana-mana kedai perkakasan (hardware), ia amat mudah untuk diperolehi.
Dengan hanya RM2.50 sebotol, macam-macam perkara boleh dilakukan.
Dan dengan mudahnya untuk diperolehi, dan peningkatan kes membabitkan simbahan asid, kerajaan harus melakukan sesuatu supaya bahan itu dijadikan bahan kawalan dan dipantau penjualannya.
Sebagaimana pembelian di farmasi yang memerlukan pembeli memberikan butiran diri akan pembelian ubat-ubat tertentu, perkara sama mungkin boleh dilakukan dengan pembelian asid.
Tidak dinafikan, asid atau cecair sebegini boleh direkacipta sendiri, tetapi kawalan akan asid yang dijual perlu dilaksanakan.
8 Ogos lalu, salah seorang mangsa simbahan asid, Mohd Raffie Abdul Latiff, 28, mengalami kecacatan di bahagian muka, badan dan tangannya akibat simbahan asid oleh seseorang yang menyebabkan dia masih menerima rawatan di Unit Rawatan Kebakaran HKL.
Rujuk sini : 17 Ogos 2011 - Rintihan Mangsa Simbahan Asid
Mohd Raffie kini telah 4 kali menjalani pembedahan di bahagian muka dan badannya, dan dijangka beberapa lagi pembedahan akan dilakukan.
Penglihatannya juga berjaya diselamatkan dari menjadi buta, walaupun hanya sekadar dapat melihat secara samar-samar.
Kedua-dua pergelangan tangannya juga sudah mula menampakkan pemulihan.
Pengerusi Biro Aduan dan Komuniti Pemuda UMNO, Dato Khairun Aseh turut menyampaikan sumbangan RM5,000 hasil sumbangan pihaknya dan orangramai , bagi menampung sebahagian kos rawatan yang diterimanya
Post Lain Yang Berkaitan
2 Comments
You must be logged in to post a comment.



Macamana nak kawal asid ni eh..sebab memang banyak sangat terjual. paling mudah sabun klorox..asid juga tu..
arena84 recently posted..Gambar dan Video Honda City Baru 2011 Versi Thailand
nk kawal penjualan agak susah….tp untuk bagi pesalah gerun or takut, kena bagi hukuman yg berat ke atas pesalah….
hukuman yg sangat berat, sebagai teladan n peringatan kepada org lain..supaya tak sewenang-wenangnye membuat kesalahan ini…