Awas – Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit…

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini. 

Rakan -  Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya. 

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk ‘approve’ penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan – Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini ‘Gold Card’, had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan. 

Rakan – Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan – Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam ‘on-hold’ dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 – Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan – Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 – Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
    Lojiknya ialah – pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana ‘Bank’ tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan ‘private number’ atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula.

Post Lain Yang Berkaitan

13 Comments

  • Pada 2010.04.01 02:50, V.I.C @ D.I.A.N.A menulis:

    Penjenayah semakin licik, kalau kita tidak lebih berhati2 mungkin kita pun mudah terpedaya. Bagus info ni.

    • Pada 2010.04.01 03:41, From The News menulis:

      wah dah makin maju ye, siap ada "pegawai" standby di talian..hebat!

      masa saya di jepun dulu, kisah macam ni pun berlaku. mangsa selalunya senior citizen, sebab mereka cepat panik dan terus saja memberikan maklumat peribadi bila diberi tekanan.

      • Pada 2010.04.01 06:46, al amin ahmad menulis:

        salam bro ondscene..
        saya pon pernah kena scam camni bulan 2 yg lepas..tapi aktiviti dierorg tergendala sebab saya lagi cepat mengesan aktiviti scam mereka terlebih dahulu dari menerima maklumat scam ini dari abang ipar saya yg bertugas sebagai ketua audit di HQ salah satu bank terkemuka di Malaysia…kawan bro bukan yg pertama kena benda camni…yang menjadi topik panas, pihak dalaman telco memang aktif menjual no telefon bimbit kita ke penjenayah2 ini..disebabkan kekurangan bukti, maka mereka ini selalu terlepas…bayang kan 1 number yg di jual dengan harga rm1..saya juga di salur maklumat oleh salah seorang peniaga telefon bimbit di kota setar yang buku mengandungi nombor telefon untuk topup prepaid akan di jual dengan harga RM200 -RM500 ke penjenayah2 ini…susah nak pantau..sebab berleluasa kes camni…wassalam

        • Pada 2010.04.01 08:32, MrsNor menulis:

          salam tuan
          sy pun ada pengalaman begini..bukan sekali tapi 3X ..sebiji cara oporandus nya tp alhamdulillah tidak tertipu..

          • Pada 2010.04.01 09:01, Jai Hazman menulis:

            Very good info bro.

            • Pada 2010.04.01 12:26, Tany menulis:

              Oooo blog post yg ni sgt penting, thanks. Sy tak guna kad kredit, cuma debit kad.. masa mula2 dulu ada juga pihak bank call balik tanya if saya ada buat purchase sekian2, tapi benda tu betul, dan diorang tak minta details.. tapi kalau dpt yg mcm nie, kalau tak tau ada jenayah scam mcm ni, mesti tertipu punya sebab bunyi convincing sgt..

              cuma yg tak logik, kalau kita tak ada kad dgn bank tu, mustahil boleh ada nama kita.. tanpa ada surat-menyurat.

              dah alang2 topik kad kredit, sy nak ingatkan kpd yg suka menggunakan kad kredit kat internet, sila baca blog post ni:

              http://www.seventh-angel.net/2009/10/19/trial-scam-purerezvpureresv/

              scam dlm internet yg bahaya yg orang tak tau.. berhati2 semasa menggunakan kad kredit.

              • Pada 2010.04.01 13:52, sOFiAn menulis:

                ini dinamakan social engineering menggunakan phone…teknik ni digunakan untuk memndapatkan maklumat yang rahsia seperti nama penuh, nombor mykad, alamat, nama ibu, no kad kredit, kata laluan dan sebagainya…so berhati-hati semasa dihubungi org yang tidak dikenali..sahkan dahulu sebarang nama tempat atau syarikat ( boleh google), nombor telefon yang dihubungi, dan sebagainya….kena pandai menyamar(contohnya menipu nombor kad pengenalan kta dahulu, disebabkan mereka ni kkdg ada maklumat kad pengenalan kita) juga dan berhati-hati bila berkata2…k

                • Pada 2010.04.01 15:25, nama saya aslina menulis:

                  uihh… bahaya jugak kan kene camni…

                  saye pun takut2 jugak sebab semenjak-dua menjak ni banyak sangat nombor tak dikenali call…

                  sampai rasa2 nak tukar nombor, tapi bila dah cakap orang2 dalaman telco pun sibuk jual no yang dah dijual kpd penjenayah, da jadi takut plak…

                  takut cepat panik lepas tu kene tipu…uishh… macam2 la orang sekarang ni…

                  • Pada 2010.04.01 18:42, ReentryCapsule menulis:

                    Aku pun dah banyak kali kena SCAM macam ni.Diorang siap ada No IC dan nama penuh kita lagi.Menang insurans la,itu la ini la.Tapi semuanya aku MAINKAN balik.Aku cakap apa-apahal aku datang BANK sekarang jugak nak verify.Terus diam tak jawab apa-apa.Kira misi GAGAL la.Kalau yg call aku lepas office hour dia akan bagi alasan bank dah tutup encik.Lepas tu aku jawab ESOK SEBELUM SUBUH AKU DAH TERPACAK DEPAN PINTU BANK.Terus letak telefon.WakaKAkAKAKAKA….MISI GAGAL LAGI.Kesiann.

                    • Pada 2010.04.02 00:42, lia menulis:

                      baru semalam aku dh kena deduct dr kad krdt rm 800 hanya kerana polisi insurans yg bodo dgn kad vip konon nye banyak kelebihan..hanya buat pangilan pastu mintak sahkan..yg kita x tau apa2 bgi la maklumat..sakit nye hati…

                      • Pada 2010.04.02 03:18, Yanaam menulis:

                        Saya pun hampir kena tipu masa cuti sekolah bln lps. Mengaku dr Customer Service Center dan cuma nak sahkan kad kredit shj.

                        Saya bg no kad kredit dan tkh sah. Dia minta CCV code tapi saya tak bg krn saya sedar dia nak buat potongan. Dia beriya2 kata potongan sudah dibuat dan dia letak telefon. Saya terus call bank dan minta block kad saya.

                        Esok harinya, terima lg call serupa tapi suara lain pula. Saya kata saya sudah call bank dan dia terus letak telefon.

                        • Pada 2010.12.22 13:11, khairul menulis:

                          saya pun dh terkena mcm di pukau pula ayat2 nya..sy dh terbagi semua no kad debit..kurang beberapa jam saya sedar dan sy pergi ke bank dan cek memang dah sah..hilang baki nya..dan buat penukaran kad baru..tapi hukum alam ini adil..percayalah..duit itu x kemana akan habis jua..dan sy pun x jadi miskin…dia buat keje camtu..dia pun x kaya jugak..akan dapat balasan jua..kemalangan yang dasyat ke..sakit x boleh nak berak ke..x boleh nak kencing ke..baru tahu dunia ni tinggi ke rendah..

                          • Pada 2011.05.24 08:05, azman menulis:

                            saya dah serik kalau ada caller nak tanya pengesahan no kad kredit…kad kredit tambahan la..kad diskaun la..insurance la..entah betul entah tak…saya dah block 1 kad coz masalah ni..sbb no pin dah expose..buat keje lain la kutu2 ni…meniaga online ke, MLM ker, jadi blogger ke..cari duit hahal…

                            You must be logged in to post a comment.