Bau Misteri Akhirnya Terjawab…

Rumah Pangsa Taman Melati
Wangsa Maju
Kuala Lumpur
13 Dis 2011
1 petang
 

Nama : Ahmad Dahalan, 66 tahun

Sejak semalam, penduduk di sekitar rumah pangsa Blok E-1 Taman Melati telah terhidu sesuatu di kawasan sekitar mereka.

Namun hari ini, bau itu semakin kuat, dan akhirnya mereka mengesyaki ia datang dari sebuah unit rumah di tingkat 4 rumah pangsa ini.

Polis yang dimaklumkan mengenainya, segera ke lokasi.

Akhirnya, setelah dipecahkan pintu rumah ini, misteri bau itu akhirnya terjawab.

Seorang lelaki warga emas, Ahmad Dahalan, 66 tahun ditemui telah meninggal dunia di dalam rumahnya sensiri.

Mangsa , seorang pesara Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia HUKM, dipercayai telah menemui ajal sejak kira-kira seminggu lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang telah berbau dan hampir mereput.

Ahmad Dahalan yang tinggal berseorangan dan tidak berkahwin dilihat masih sihat kira-kira seminggu lalu oleh penduduk yang bertemunya.

Bagaimanapun, kelibatnya tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu yang menyangka mungkin dia tiada di rumah.

Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira seminggu lalu tanpa disedari oleh penduduk sekitar dipercayai akibat masalah jantung.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

 

Post Lain Yang Berkaitan

3 Comments

You must be logged in to post a comment.