Bayi Mati Dipercayai Setelah Dicampak Ke Dalam Sungai
ENTRY TERTUNDA
Sg Gombak
Kuala Lumpur
31 Mei, 2011
9 pagi
Manusia adalah mamalia, tetapi manusia bukan dipanggil binatang atau haiwan.
Tetapi, manusia bersifat binatang memang wujud.
Malang bagi bayi ini, apabila riwayatnya ditamatkan sebegini rupa oleh manusia yang bersifat binatang itu.
Bagaimanapun, kekuasaan Allah itu mengatasi segala-galanya – bayi dicampak, dibuang, ditanam di mana jua oleh manusia bersifat binatang itu, jasad bayi itu akan ditemui jua akhirnya.
Mayat bayi ini yang ditemui terapung, telah dipotong tali pusatnya dan dipercayai dibuang dari tempat lain yang kemudiannya hanyut dan akhirnya tersangkut di celah-celah batu.
Berdasarkan keadaannya yang masih elok, bayi terbabit dipercayai dibuasng hidup-hidup ke dalam sungai kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman, polis sedang berusaha mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Kesiksaan.
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.



ya Allah…..binatang pun tak sehina ini…
munna recently posted..Hari Susu Sedunia
Kalu jumpa ‘binatang’ yang buang bayi, benamkan saja dalam sungai seperti yang dibuat terhadap bayi tersebut. Maaf, si pelaku hanya layak dipanggil ‘binatang’…….
Cikgu Nurin recently posted..Tak Ada Maknanya
Sedih saya tengok. Menyucuk dada….
Kalau bagi saya bela/besarkan pun takpe.
Dunia sudah akhir zaman..
Hasmizal recently posted..SAMBUTAN BIRTHDAY SUHAIL
Kalau tak nak anak, bagi je la kat orang yang nak. Apasal la nak bunuh bayi tu. Ada plak yang nak anak tu sanggup beli bayi sampai beribu ribu ringgit.