"BENCI AYAH…"

Malaysia
20 April, 2010

entry ini tiada foto

Kanak-kanak mempunyai perasaan dan mereka juga mempunyai keinginan untuk hidup sempurna ketika dewasa kelak.

Kanak-kanak tidak pandai menipu, apalagi untuk memutar belitkan cerita atau sesuatu situasi.

Tetapi luahan hati kanak-kanak, tidak ramai yang mahu ambil berat atau tidak ramai yang faham untuk ‘membaca’nya.

Saya baru mendapat maklumat mengenainya dan baru berlaku di sebuah daerah di Selangor.

Kanak-kanak perempuan ini berusia 11 tahun , tahun 5 di sebuah sekolah rendah.

Dipermudahkan cerita, seorang guru menyedari sesuatu yang tidak kena pada kanak-kanak terbabit.

Dia sejak akhir-akhir ini selalu muram dan termenung serta serba tidak kena.

Ketika matapelajaran lukisan, akhirnya luahan hati kanak-kanak terbabit dapat dibaca oleh guru dan guru kaunseling.

Dia menconteng perkataan ini:

BENCI  AYAH
Ada sesuatu rahsia pada kanak-kanak ini yang tiada siapa mengetahuinya dan dia tiada tempat untuk meluah dan menzahirkannya, kecuali pada kertas lukisan.
Kanak-kanak ini kemudian dibawa menemui guru kaunseling, yang secara profesional, cuba menyelami hatinya dan menceritakan apakah sebenarnya yang berlaku.
Akhirnya, luahan kanak-kanak ini benar-benar memeranjatkan.
Dia telah diperlakukan secara sumbang, dicabul oleh ayahnya sendiri termasuk dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, dan laporan polis juga dibuat.
Ayahnya kini ditahan reman bagi siasatan lanjut oleh polis.
Kasihan kanak-kanak malang ini, begitu sukar untuk dia menzahirkan apa yang berlaku, namun kecekapan guru yang prihatin akan anak muridnya, berjaya membongkar sesuatu yang tidak diduga…

Post Lain Yang Berkaitan

16 Comments

  • Pada 2010.04.20 03:56, ain fathihah menulis:

    tahniah pada Cikgu

    • Pada 2010.04.20 04:23, Shuttler menulis:

      Salam en. Shamsul.. hermmm haruan mkan anak lgi.. disebabkn knak2 prmpn yg jdi mgsa 2 blum bligh lgi, jdi d msh x brupaya utk mnzahirkn apa yg trjdi pda dirinya.. bahkn wlau ibuny sndiri yg brtnya knpa anakny brwajah muram pn blum tentu knak2 itu akan mnceritakn hal sbnrya… say stuju dgn ain fatihah yg mmuji kepekaan guru trsebut… guru smmangny dlatih utk peka kpd keadaan kelas & kwsn sktar smasa P & P brlngsung… sdkar brkgsi pnglman yg diplajri…

      • Pada 2010.04.20 04:30, alidyangon menulis:

        Salam Bro

        lagi satu kes yang aqal saya tidak boleh terima. Ini orang ke binatang atau syaitan kah?

        • Pada 2010.04.20 05:07, mesinjahitsinger menulis:

          Bila dihukum jangan diselindungkan wajah si gila ini.

          Masukkan juga data dalam sistem supaya kita dapat berwaspada andai dia bebas dan diharamkan mendekati kanak kanak.

          Kalau perlu dicop kat dahi dia lambang orang jahat cop lah supaya kita boleh nampak dari jauh ini orang jahat.

          • Pada 2010.04.20 05:52, Mama Miraki menulis:

            Rumah pun bukan lagi kawasan ynag selamat untuk kanak2. Tergamaknya seorang ayah buat macam tu pada si anak. Rasanya tak layak di panggil "AYAH" kalau macam tu

            • Pada 2010.04.20 09:15, Bawang Goreng menulis:

              Erk… esok ape 'ayah' nak jawab bila disoal Allah Taala… eh?

              • Pada 2010.04.20 10:01, hayatiharun menulis:

                Sy amat2 pasti kanak2 malang itu akan trauma seumur hidup,kepercayaan kpd lelaki mmg tidak akan wujud lagi..kebenciannya pd seorg ayah akan menghantuinya sampai bila2…mungkin juga hingga akhir hayat,kemaafan mmg tiada dlm kamus hidupnya.Hanya yg mempunyai pengalaman sedemikian shj yg tahu…..Wallahuallam..

                • Pada 2010.04.20 10:35, helmikangkong menulis:

                  ish2..manusia zaman sekarang dah hilang pertimbangan …anak sendiri pun nak makan…kalau ramai bapa2 yg kat luar sana buat mcm nie…maka ramai la anak luar nikah akan dilahirkan….akibat perbuatan yg terkeji ini…ya allah, engkau lindungilah anak-anak yang masih membesar ini daripada dijadikan hamba seks…..lindungilah semua anak-anak orang islam yang masih kecil…engkau berikan perasaan belas kepada bapa-bapa semasa mereka hilang pertimbangan…janganlah engkau hilangkan perasaan belas dalam diri setiap bapa…amin….

                  • Pada 2010.04.20 16:59, raiden menulis:

                    encik Syamsul,teruskan usaha anda membongkar kisah2 masyarakat supaya kita sedar pembangunan negara kita ni seiring dengan kesusutan nilai2 kemanusiaan.Masyarakat memerlukan maklumat tentang apa yang berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar.Masing-masing cuma memikirkan cari duit,duit dan duit.

                    • Pada 2010.04.21 03:28, MrsNor menulis:

                      Pertama nak ucap sekalung tahniah kepada cikgu yg prihatin dan cekap dlm menyelam tingkahlaku anak muridnya..

                      Kedua… rasa kesihan terhadap nasib kanak2 itu …bagaimanakah dia akan membesar dgn dendam dan sejarah hitamnya …moga Allah sentiasa melindungi dia.

                      Ketiga … bapak jenis apakah ini? Bapak yg sepatutnya melindugi anak, telah menghancurkan masa depan anaknya… Ya Allah…kejamnya hati seorang manusia yg bergelar bapa! Jatuhlah hukuman setimpal pada manusia kejam ini..

                      • Pada 2010.04.21 05:39, Nur menulis:

                        salam bro
                        rasa geram yg amat sangat pd jantan buas ni. kalau le dapat tangkap, lebih baik di humban ke sangkar singat kelaparan hidup2. biar rasa sakit sampai batinnya. kalau disebat 25 kali apa le rasanya. esok keluar mesti buat lg. geram geram..grrrr

                        • Pada 2010.04.21 11:47, DAMAI IMPIAN D'BANGI menulis:

                          Mengapalah kejadian begini terus terusan berlaku. Saya hari-hari menatap wajah-wajah comel dan suci ini di dalam kelas.

                          Belas melihat mereka yg terinaya. Sepatutnya dalam usia yg masih hijau mereka ceria menuntut ilmu dan dibimbing menjadi manusia berguna.

                          Namun bapa durjana, manusia paling dekat dgnnya, yg punya tugas melindunginya telah menghancurkan masa depan darah dagingnya sendiri.
                          Apalah daya si anak kecil..Allah maha tahu apakah balasan setimpal buat si Bapa (kalau masih boleh dipanggil ayah).

                          • Pada 2010.04.21 15:07, Hamizah menulis:

                            cian si anak dpt ayah gila..

                            • Pada 2010.04.22 07:10, Dzue menulis:

                              bergenang air mata saya mmbacanya.. sungguh kasihan pada anak itu.. semoga anak itu tidak berputus asa di dalam idup, dan berusaha mnjadi wanita solehah.. Ya Allah, permudahkanlah urusan dia, berikanlah dia kesabaran, dan ketaqwaan.. dan utk si bapa laknat.. insaflah.. walau sejuta kali maaf kau pinta dari anak mu, takkan merubah apa2.. sesalkanlah seumur idupmu!!!..

                              • Pada 2010.04.22 23:09, zeqzeq menulis:

                                tahniah Guru yang cekap dan prihatin serta banyak masa.

                                • Pada 2010.06.18 04:12, Nota Fikir menulis:

                                  Gejala bapa miang yang rogol anak boleh di elakkan dengan :-

                                  1) Ibu perlu peka dengan sikap suami jika tingkah laku pelik suami(lelaki) sememangnya gila seks(gatal) – perlula jaga anak perempuan dengan lebih hati-hati.

                                  2) Pantau anak dan beri ilmu jaga diri pada anak perempuan-contohnya ; jangan beri bapa sentuh badan sesuka hati, jangan beri bapa(lelaki) masuk bilik anak dara tanpa sebab,jangan manja atau bergurau dengan bapa lebih2 sangat, jangan pakai seksi dan membiarkan berduaan2 dengan bapa.

                                  3) Pihak guru wanita/sekolah perlu memberi pendidikan menjaga diri – kerana dilihat sejak akhir2 ini budak perempuan seolah2 bodoh jaga diri, sebab dirumah ibubapa tak pandai mengajar ilmu jaga diri.

                                  You must be logged in to post a comment.