‘Hadiah’ Meragut 1 Nyawa, 1 Parah

Tingkat 12

Apartmen Desa Tun Razak

Kual Lumpur

29 Ogos, 2010

8-30 pagi

Disangka kotak berisi hadiah, rupanya bom buatan sendiri.

Itulah yang berlaku pagi tadi, apabila tindakan membuka bungkusan yang diletakkan di hadapan rumah majikan, akhirnya membawa padah.

Semuanya bermula kira-kira jam 8.30 pagi apabila pmilik rumah, seorang pengusaha pusat siber dikejutkan isterinya yang memaklumkan ada kiriman buah barli dan kotak di hadapan rumah mereka.

Sebaik terlihat kotak itu, tuan rumah, terhidu bau minyak petrol menyebabkan dia mengesyaki ssuatu lalu memanggil da pekerjnya untuk membuka bungkusan terabit.

Sebaik dibuka, mereka menemui beberapa biji mercun bola bercampur dengan petrol di dalam kotak terbabit.

Beberapa saat kemudian, bungkusan itu meletup, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera parah dan melecur.

Kesan letupan turut menjejaskan beberapa buah rumah berhampiran, manakala sebiji buah barli terpelanting ke tingkat bawah.

3 jentera bomba dari bala Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Sg Besi dan Hang Tuah tiba beberapa minit kemudian sebaik dimaklumkan mengenainya.

Kedua-dua mangsa , berusia 51 tahun dan 33 tahun yang memecur teruk, dibawa turun oleh anggota bomba sebelum di bawa ke Pusat perubatan UKM dengan ambulan.

Salah seorang mangsa, Ng Siew Hg, 51 tahun akhirnya meninggal dunia di hospital kira-kira jam 7 petang tadi.

Pemangku Ketu Polis Cheras, Supt Abd Rahim Hamzah berkata, hasil mklumat dari pemilik rumah, da tiada sebarang musuh dan tidak pernah menerima sebarang ancaman sebelum ini.

Siasatan awal polis juga mendapati kes ini tiada kaitan dengan ahlong.

Post Lain Yang Berkaitan

15 Comments

  • Pada 2010.08.30 01:45, Kujie menulis:

    Buah Barli?

    barli tu yang biji² macam gandum tu ke?
    Kujie recently posted..Setting Asas Dashboard WordPress

    • Pada 2010.08.30 02:32, Adzakael menulis:

      Limau Bali daaa…
      Barli tu sejenis tanaman bijirin

      Memang celakalah orang yang berlaku khianat itu
      baik jika ia angkara budak nakal atau mmg berniat jahat
      perkara sebegini tak boleh dipandang remeh

      Sekarang mercun bola pun dah boleh buat senjata membunuh….

      • Pada 2010.08.30 04:19, apez menulis:

        correction,

        Limau BALI….BARLI adalah bijirin kecik2 macam nasik….biasa orang wat air….

        • Pada 2010.08.30 08:37, Azh menulis:

          tahun ni banyak kematian tragis disebabkan mercun… baru hari tu kita dikejutkan dgn kematian budak tersangkut atas pokok disebabkan mercun org lain..
          Azh recently posted..Merawat kesakitan mudah- cepat dan tanpa kos

          • Pada 2010.08.30 09:55, aReaL menulis:

            Gambar Yang No.2 Tu Nampak Isi Mangsa, Mesti Pedih Ya Amat Sebelum Meninggal Dunia… Kasihan Mangsa…
            aReaL recently posted..Package Pusat Karaoke Di Bulan Ramadhan Yang Menarik

            • Pada 2010.08.30 10:22, Syah menulis:

              Kali ni bro ondscene salah… kena trima ni…

              he he he….

              • Pada 2010.08.30 11:20, Kujie menulis:

                sebenarnya saja je fokus pada ‘buah barli’ tu,
                nak hilangkan ngeri tengok ‘kaki setengah masak’ :D
                Kujie recently posted..Blues Untuk Mama

              • Pada 2010.08.30 12:01, zech menulis:

                “bom berkenaan diperbuat daripada beberapa mercun bola sebelum direndam bersama minyak tanah.” – sumber hmetro

                bahan bom sgt mudah diperoleh, susah nk kesan penjenayah..

                • Pada 2010.08.30 19:39, Pian menulis:

                  Calon utk Anugerah Majikan of The Year..kategori Keperihatinan terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

                  • Pada 2010.08.31 02:41, Tany menulis:

                    ouch ouch ouch ouch!!!
                    Eeee terasa pedih siot tgk gambar kaki org tu melecur. Ish, apa kes ni.. tak pasal2 ada org letak bomb pulak ni? Takkan budak2 buat prank sbb ni mcm dah plan..siap ada limau bali. Ni mesti kes sakit hati ni jugak.. laporan berita ckp nak tangkap suspek yg berumur 45 tahun.. curious nak tahu apakah motifnya…

                    ps: abg ondscene, byk typo entry ni huhu

                    • Pada 2010.08.31 05:00, zezebel menulis:

                      typing error kot.
                      Tapi ni dah masuk kes bunuh kan?
                      Bahayanya kat Malaysia sekarang ni.
                      zezebel recently posted..Happy 53rd Merdeka Malaysia

                      • Pada 2010.08.31 09:52, zamri menulis:

                        Saya tak faham, kenapa majikan tersebut suruh pekerjanya buka bungkusan itu, sedangkan sudah terang2 bungkusan tu amat mencurigakan,

                        tak bolehkan telefon polis terus?
                        atau adakah Majikan ni dalang bungkusan ini?…

                        • Pada 2010.08.31 11:28, hayatiharun menulis:

                          Kenapa teruk sangat rakyat M”sia sekarang?

                          • Pada 2010.08.31 16:13, nabila menulis:

                            nk tnye,npe tetibe je bom tu bole mletup.ade api ke smpai mercun+petrol tu bole myala then mletup?

                            • Pada 2010.09.01 10:07, AzeedA menulis:

                              salam en.ondscene..
                              hr ni kena edit tajuk pulak kpd meragut 2 nyawa..

                              You must be logged in to post a comment.