Blok 1, Pangsapuri Desa Mentari
Petaling Jaya, Selangor
16 Sept 2012
11 pagi
Lebih kejam dari binatang
Tidak diketahui apa yang menyebabkan bayi ini dicampakkan dipercayai sebaik sahaja dilahirkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi ini, penduduk kawasan ini terkejut apabila tiba-tiba 1 objek jatuh di kawasan tempat letak kereta.
Dan apabila diamati, ianya adalah mayat bayi malang ini yang masih bertali pusat.
Kepalanya juga cedera parah akibat terhempas di atas jalan.
B
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan samada bayi perempuan ini masih hidup ketika dicampakkan atau sebaliknya dari tingkat 3 pangsapuri ini.
Dan, hasil siasatan , akhirnya polis menahan seorang wanita yang dalam keadaan lemah di tingkat 3 pangsapuri, dipercayai baru melahirkan seorang abyi.
Wanita tempatan pekerja kilang berusia kira-kira 20 han terbabit dan belum berkahwin, ditahan kira-kira 3 jam kemudian bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian manakala mayat bayi dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

















Assalamualaikum,
Subhanallah…sampainya hati main campak2 macam sampah gitu!
Innalillah..kesian bayi tersebut.. :’(
ermmm..kenapa dibuang bayi tue……dibuang dgn cara demikian plak…mmg kejam…….
Astafirullahalazimmmm…mengapakah sebegitu kejamnya manusia diabad 20an ini….dahlah dia melakukan dosa sebelum mengandung,disambungnya lagi dosa itu dengan membunuh selepas sakit melahirkan budak yang tak berdosa itu..tak terfikir sedikit ker dibenak kepala dia untuk diberi dekat orang sekiranya dia tak mahu menjaganya dan apakah dengan jalan membuang bayi itu kebawah ibarat membuang sampah dapat menutup malu….bak kata RASULLULLAH & para2 SAHABATNYA Tanda2 Awal Hari Nak Kiamat adalah Manusia akan bertambah zalim dan tidak tahu akan hukum hakam ugama….Nauzubillah min zaliq…mudah2an kita dan keluarga kita tidak tergolong dari manusia sebegini rupa.
melayu pun dah mcm arab zaman jahiliah dah…. hish..
Terlalu miskin iman + kasih sayang
Feel sorry for her.. Kalau tak mau berilah
kpd kebajikan masyarakat.. May Allah SWT ampunkan kamu
Bergitu kejam…lepas ni kita campak ibu dia plak….tggok jadi cam mana….
jika sabit salah, adakah dihukum gantung?
jika ya, semoga pelaku perbuatan kejam ini digantung..manusia sebegini tak patut hidup…binatang pon sayang anak…..kalau taknak bagi la org lain,,,sakit hati, pedih bila lihat gambar bayi ni,,,
setuju…kalo x nak pun bagi kat org yang x ada anak…mesti org nak punya, x guna akal inilah jadinya…
Simpati pada si ibu kerana melahirkan anak bersendirian.
Mungkin dia menghadapi tekanan iaitu gila meroyan, sejenis tekanan mental bagi ibu yg baru bersalin..
kejam sgt… binatang pun boleh meroyan kalau org amik anak dia.. ni kan manusia
astaghfirullahalazim… kesian betul bayi tu… Allah lebih sayangkan dia dan terus ke syurga kelak. tapi aku lebih kesian kat mak dia yg dah la lahirkan bayi luar nikah, buang bayi, kena tangkap pulak tu… apa la nasib masa depan dia nanti…
polis tolong cari sapa bapak budak tu yg begitu celaka dah ngandungkan anak orang lepas tu lari…
malang nasibmu si comel. Kenapa tergamak hati si ibu berlaku kejam dan kemana perginya lelaki tak guna yg menjadi penderma sperma tu? Inilah namanya sedap bersama,derita seorang. Saya dpt bygkan si comel tu sudah pun menjadi penghuni syurga. Tenangla kamu disana,jika kamu hidup didunia pun hidupmu pasti menderita.
Nanti dulu.
Jangan mudah menghukum Melayu ke Cina ke India ke apa.
Kita tak tahu.
Yang kita tahu wanita ni warga tempatan.
Yang kita mahu wanita ni dihukum dengan hukuman setimpal.
Tak mungkin dia ada masalah mental, masa berasmara dgn laki dia tak sakit mental pulak.
Soal siasat wanita ni sampai dapat cari lelaki yang bertanggungjawab.
Tapi biasanya kes-kes macam ni habis di sini je.
Tak pernah kes-kes yg terdahulu kita dapat dengar berita lelakinya ditangkap.
Malaysia Oh Malaysia. Di manakah letaknye integriti kita.
Sesiapa yg terfikir nak buang bayi, tolong contact saya. Bagi kat saya biar saya bela. Bagi budak tu chance nak membesar tgk dunia. Saya serious.
bila dah sedap semua lupa….bila dah ada berbuah meyesal tak sudah…nilah remaja2 kita sekarang…x ubah macam zaman jahiliah….
SMTI
Lebih kejam dari harimau/singa. Dah la tahu nak syok masa buat tapi bila bayi dah lahir, main campak saja ke jalan. May u burn in hell for your wrong-doings!
kalau ye pn xnk anak 2, gugurkanla awal2..ni x,ko nak buang mcm buang najis ko plak..Arghhh..dah tau perkara 2 memalukan, nape nak wat?? pas2 nak pakai tudung wat pe? ko nak memalukan agama islam yg suci ni plak? tau pulak nak tutup muke..time wat xpike 2 sume..padan la dgn muke ko..laki mne nk btanggungjwb dlm hal2 mcm ni..ko tanggung la azab sndr..klu ko jg anak 2, at least kt akhirat kelak dia bole doakan utk keampunan dosa ko..skrg, spe nak doakan utk ko? Huh! stupid!
org xde anak punyalah bersusah-payah nak anak. tp ni dpt anak dicampaknya dari tingkat 3! la’natullahi ‘alaih!!!
semoga proses perkahwinan di malaysia dipermudahkan dan masyarat sama-sama membantu mereka2 yg ingin mendirikan masjid agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa hadapan.. semoga Allah mengampunkan dosa perempuan tersebut dan memberi taufik dan hidayah kepadanya. Bayi tersebut? Bayi tu telah selamat kembali ke syurga Allah.. Begitulah takdir Allah kepadanya.. Semoga kita semua dapat bersama-sama dgnnya di syurga.. InsyaAllah..
sedih baca.. astagfirullahalazim..