Buruh Binaan Maut-Muka Dikelar Sabit
Jalan Bukit Mulia 1/2
Bukit Antarabangsa
Ampang
13 Jul 2009
10 pagi
Kedua-dua mereka rakan sekerja ,datang dari Indonesia sebagai buruh binaan ke negara ini.
Pagi ini, kedua-duanya sampai di tempat kerja mereka di Jalan Bukit Mulia ½, Bukit Antarabangsa, Ampang, seperti biasa.
Kerjanya, melakukan ubahsuai sebuah rumah.
Entah bagaimana, tidak lama kemudian berlaku perbalahan antara mereka.
Dan, keadaan menjadi tidak terkawal apabila kedua-duanya berbalah di atas jalan di hadapan rumah yang diubahsuai.
Akhirnya, seorang dari mereka bertindak kejam – melibas muka rakannya dengan sebilah sabit menyebabkan kecederaan parah.
Lengan mangsa juga cedera.
Sebaik rebah dengan berlumuran darah, rakannya terus melarikan diri.
Penduduk taman perumahan ini yang menyedari mangsa mengalami kecederaan parah, segera menghubungi polis dan ambulan.
Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.
Apakah semuanya ini?…
Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.


