Crocs Yang Malang
Kerling
Hulu Selangor
Selangor
28 Mei, 2010
Maklumat:
Ia hanyalah kasut dan selipar…
Crocs pada asalnya direka untuk kasut aktiviti luar/bot dan sebagai kasut spa kerana ianya direka tahan gelincir.
Ia bermula di Boulder, Colorado pada Julai 2002 apabila George B. Boedecker dan Duke Hanson berhasrat memasarkan kasut yang lain dari yang lain yang direka dan dikeluarkan oleh syarikat Foam Inc.
Model pertama Crocs, The Crocs Beach , diperkenalkan kali pertama pada November 2002 di Florida Boat Show .
200 pasang habis dijual dalam tempoh 2 hari dan sejak itu fenomena Crocs menular ke seluruh dunia.
===========================================================
Dan kerana Crocs lah, dua rakan sekampung akhirnya terpaksa merengkok di dalam lokap gara-gara bahana Crocs ini.
Semuanya bermula kira-kira jam 4-30 pagi tadi apabila dua anggota polis yang melakukan rondaan bermotosikal , terserempak dengan sebuah van perodua Rusa, dipandu laju.
Lokasinya di laluan tengah, Lebuhraya Plus arah Ipoh berhampiran susur Bukit Tagar.
Mengesyaki sesuatu, mereka lalu mengejar van terbabit sejauh lebih 3 kilometer dan akhirnya berjaya memintas, kira-kira 3 kilometer sebelum susur Lembah Beringin.
Van Perodua Rusa terbabit sarat dengan kasut Crocs dan pemandunya gagal menunjukkan sebarang dokumen mengenai kasut terbabit.
Dua lelaki berusia 22 tahun itu mengakui, ianya adalah kasut tiruan dan dibawa dari Chow Kit untuk dijual di Tanjung Malim.
Kedua-dua anggota polis terbabit, Lanskopral Sachvinder Singh Prem Singh dan Konst. Sures Perumal kemudiannya ditawarkan sejumlah ganjaran supaya melepaskan mereka dari dikenakan tindakan.
Bagaimanapun, kedua-dua anggota polis itu meminta mereka mengikutinya ke Balai Polis Kerling untuk ‘perbincangan’ lanjut.
Mereka kemudian diiring bersama van dan muatan sehingga Balai Polis kerling, kira-kira 20 kilometer dari tempat mereka di tahan, dan sebaik tiba di balai polis Kerling, kedua-dua lelaki terbabit ditahan.
Kedua-duanya berasal dari kampung yang sama di Kelantan – salah seorang merupakan lepasan diploma sebuah politeknik di Kelantan dan baru menamatkan pengajian hujung tahun lalu.
Manakala rakannya, lulusan sijil dari sebuah politeknik di Pahang dan tamat pengajian pertengahan tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Kuala Kubu Bahru yang dimaklumkan mengenai kejadian , kemudian mengesahkan kesemua Crocs yang dirampas merupakan tiruan.
Rampasan dianggarkan bernilai hampir 6 ribu ringgit dan turut ditemui di dalam van , peralatan meja dipercayai digunakan untuk meletakkan kasut terbabit ketika hendak dijual.
Post Lain Yang Berkaitan
18 Comments
You must be logged in to post a comment.


















Kok ye nak borong. Janganlah sampai penuh van. Kan dah kantoi.
kasihan mereka ….x da rezeki kot
byk lagi tempat yg ada jualan crocs tiruan ni.. bersepah dekat KL…
kasihan mereka, biarlah depa nak jual, ramai lagi orang nak beli,nak beli yang ori mahal,
ini ikan bilis je…. jerung Crocs banyak kat luar…. operator kilang sy gaji tak sampai RM600 bleh pakai kereta mewah, rumah banglo besar hasil jual Crocs je.
mcm tak adil pulak….klu tgk kat pasar ahad kat s.alam tu..bersepah yg jual crocs ni..takder plk nak g rampass…
tau la kesian..tapi kalau kita berada ditempat owner pembuat croc..mesti kita x puas hati kan2..dah kita yang produce senang2 buat..orang lain2 senang2 untung..jadi senang cerita..bagiku..kalau rasa nak jual, jual..then kalau kena tangkap..nasibla..nape perlu bagi simpati..dah memang salah disisi undang2 dan ada peruntukan dia
Pembuat crocs mesti x puas hati, tapi apa nak buat? Ori mahal sgt, tp org nak jugak pakai crocs.. mcm barang branded lain.. gatal nk menunjuk pakai LV lah, Guess, etc rupanya ciplak punya.. tapi siapa tau kan kalau x teliti betul2?
sebenarnya bro, takyah tunggu kat highway, pergi jek kat uptown kat Danau Kota, mau penuh lori kalau buat rampasan. Ini baru ikan bilis. itu lagi jelas sejelasnya. kenapa tak buat operasi kat situ? atau depa ada ilmu ghaib?
sian dorang kan.. muda2 lagi, orang nak bniaga nih, okay la jugak dari merempit tak tentu hala..
uptown, pasar mane2 pun beribu2 kasut crocs, takmo lak rampas, tu lagi senang, dorang tak sempat nak lari pun, takyah nak kejar2 bagai..
sian budak2 nak bniaga…nak cari rezeki…kalo nak rampas tu rampas lah,nak wat camana xderk rezeki..tapi kat sini yang bohongnya POLIS SINGH GEMUK GILA PUBLISITI…MANA ADA SOGOK…RASUAH NI BENDA HARAM,XDERK BERLAKU SOGOKAN KAT SINI,PASTU KATA VAN LARI LAJU…AIKKK ..POLIS NAIK MOTOR KAPCAI KECIK MURAH JERR…BOLEH KE DIA NK KEJAR VAN YANG LARI LAJU..TANYA BUDAK 2 TAHUN SAPER YANG LARI LAJU???POLIS BODO MOTOR MURAH TU KER VAN YANG LARI LAJU???POLIS SAJA BUAT CERITA..ADA KE PATUT BENDA2 KECIK MACAM NI PANGGIL TV3,NAK SAMAN KE NAK RAMPAS KE..ITU KITA XBOLEH NAK SEKAT,SBB TU TUGAS KORANG..TAPI JANGAN BUAT CERITA YANG XBETUL..PASTU NO.VAN X TUTUP PLAK TUH DALAM BERITA…KALAU KES ROGOL NGN BUNUH PUN DORANG TUTUP MUKA…NI KES MACAM NII???KENA G BLAJAR LAGI LAA NII UNTUK DAPAT PUBLISITI MURAHAN…ADOOOI BODO GILA BABI SUNGGUH…MEMANG SUMPAH JADI BERUK LAAA…
DUNIA LEPAS LAAA….AKHIRAT XLEH LARI DARI BALASAN ALLAH….BUAT CERITA YANG X BETUL….SNEGAJA NAK CARI PUBLISITI…TAPI INDIA..APA TAHU DOSA PAHALA…TAKPE LAH..TUNGGU BALASAN DI AKHIRAT LAH..SEBAB POLIS ADA KUASA…BUDAK2 NAK BNIAGA DUIT PUN XDER..SAH KAN NAK GUNA KUASA…TUNGGU BALASAN DIAKHIRAT NANTI…
kesian budak2 ni.. serius… byk lagi orang yg jual crocs tiruan ni.. bukan kate kat uptown ke pasar malam ke, dalam mall pun ada. contoh dalam tesco, ha pg la wat rampasan kat situ… bygkan orang tu penat2 gi amik barang, lepas tu dengan duit lebur demi nak meniaga.. timbang rasa lah sikit. atau budak2 tu tak mo kasi sogokan yg diminta polis.. polis kan suka putar belit skit.. diorang pun nak lepas juga… agak2la..
skrg hangat citer pasal logo crocs tiru kalimah ALLAH…ada di blog saya k…
bro
mohon sebarkan sal benda ni..
http://abdul89.blogspot.com/2010/05/gempar-buaya-crocs-menyerupai-kalimah.html
gambar buaya croc menyerupai kalimah allah..
thanks
kesian diorg..baru j lepas belajar..
tp yg pelik, kat karnival jom heboh pun melambak gerai jual vrocs, takde pun yg kena tahan..
kat pasar malam/uptown/downtown skarang pun bersepah orang jual crocs tiruan ni. takde lak kena tangkap.
salam, saudara ondescene, hari tu dipesta belon panas precint 2 ada jual crocs tiruan ni, rm20 dapat 3, yang tu tak pulak kena ambush dengan penguatkuasa ni.. padahal situ kan area pusat pentadbiran kerajaan, hairan.. padahal pesta bermula 3 hari berturut2 jumaat sampai ahad.. ada sebarang kriteria yang diambil kira untuk melaksanakan satu2 rampasan?