Cubaan Samun Bank
Seksyen 9
Bandar Baru Bangi,
Selangor
29 September, 2011
1.30 petang
Nota: Kes ini berlaku semalam 29 Sept, dan hanya sempat dimuatnaik ke dalam ondscene hari ini kerana kesibukan yang terlampau…
Entah di mana silap perancangannya, rancangan untuk menyamun bank ini tidak mencapai matlamatnya.
Bersenjatakan sepucuk pistol, satu das tembakan dilepaskan di dalam bank, namun penjenayah akhirnya melarikan diri
pula.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi di AmIslamic Bank, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
2 lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di hadapan premis bank, dan seorang dari mereka terus memasuki bank dengan bertopi keledar.
Satu das tembakan dilepaskan arah siling bank, dan penjenayah dipercayai teragak-agak dalam tindakannya kerana dipercayai ‘tidak selesa’ setelah terlihat seorang pengawal keselamatan bersenjatapi berada di dalamnya.
Lelaki tersebut hanya sempat berada kira-kira 1 minit , dan gelagatnya dirakamkan oleh CCTV bank, dan segera keluar dari dalam bank – terus melarikan diri bersama rakan sepenjenayahnya.
Ketika kejadian terdapat 6 kakitangan di dalamnya, dan tiada pelanggan.
Post Lain Yang Berkaitan
2 Comments
You must be logged in to post a comment.




Wah di Bandar baru bangi ke? Ni tempat selalu dinner ni..
arena84 recently posted..Gambar dan Video Kereta Polis Malaysia Evo 10 Kejar dan Melanggar Kereta Nissan Pelumba Haram di Kuala Lumpur
~alamak..ni dekat dengan saya ni…wah bahaya-bahaya….