Cubaan Samun – Mangsa Parah Ditembak Dileher
Jalan 4/27F
Wangsa Maju, Kuala Lumpur
10 Oktober, 2011
6 petang
Nota – Kejadian ini berlaku semalam, 10 Oktober, tetapi saya hanya bersekempatan untuk dimuatnaik hari ini)
Tindakan penjenayah menembak mangsanya , dalam cubaan samun yang dilakukan ini, amat kejam.
Mangsa ditembak di leher dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Dan penjenayah tidak memperolehi apa-apa , hanya sebuah beg yang dirampas dan mengandungi dokumen dan barangan tidak berharga.
Ia berlaku ketika mangsa, seorang pembantu di Klinik Kita dan juga pemandu peribadi, didatangi seorang lelaki ketika berada di pintu kenderaannya, tidak jauh dari klinik.
Berlaku pergelutan ketika beg dipegang mangsa cuba dirampas penjenayah yang kemudian bertindak menembak leher mangsa dan melarikan diri.
Sebelumnya dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti kira-kira 20 meter dari kereta mangsa, dan salah seorang dari penjenayah terus menuju ke arahnya.
Ketua Polis Daerah Sentul , ACP Zakarian Pagan mengesahkan kejadian ini.
Benar, kejadian jenayah tidak dijangka, namun, kita juga harus mengambil sikap berhati-hati walau di mana kita berada.
Kepada yang merasa sejak beberapa hari ini anda diekori seseorang, ambil langkah lebih berhati-hati.
Ketika memandu juga, selalu perhatikan kenderaan yang mengekori dari belakang melalui cermin pandang belakang.
Begitu juga dengan barangan/wang yang dibawa, mungkin ada ‘hantu-hantu’ yang membekalkan maklumat kepada penjenayah akan barang/wang yang anda bawa…
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



Apa ke bodohnya penjenayah ni. Ni mesti mat rempit atau mat pit ketagih dadah ni. Nauzubillah. Bahaya sungguh KL skrang ni…
arena84 recently posted..Gempar! Peniaga Diculik dan Dirompak RM165,000 di Masjid
seriau pulak nak pi KL ni. Utk mangsa,takziah n semoga cepat sembuh
KL sekarang semakin teruk dgn kes kemalangan dan samun
hati2 saja ketika keluar dan bacalah doa perlindung diri dan harta
semalam masa nak ambik wife balik dari kerja jam 6pm, kejadian baru jer berlaku. tapi suspek sudah melarikan diri. isteri memberitahu, kalau abang bawak kamera mesti boleh bagi kat ondscene