Di Manakah Norlaili Afizah…

Kg Setia Jaya
Setapak
Kuala Lumpur
14 Feb 2010
Surat ini ditinggalkan oleh remaja bernama Norlaili Afizah, 19 tahun, dan ditemui keluarganya setelah dia lari bersama seorang lelaki warga Indonesia, 12 Feb lalu.

Tidak diketahui di manakah dia sekarang, dan berkemungkinan besar telah berada di satu lokasi , berkemungkinan di Jawa Timur .

Saya siarkan sepenuhnya surat itu setelah saya menemui keluarganya di Kg Setia Jaya , Setapak sebentar tadi yang meminta bantuan untuk mengesan gadis ini.
ASSALAMUALAIKUM

ABAH, MULAI ARI NI, PIJAH TAK BALIK RUMAH SEBAB PIJAH IKUT ABANG JO PERGI INDONESIA. KITA KAWIN KAT SANA ABAH. ABAH KITA MINTAK MAAF ATAS PERBUATAN JAHAT KITA ABAH. KITA SEDIH SANGAT ABAH, TAPI KITA SUKA KAT ABNG JO.DIA BAIK ABAH,KALAU KITA TAK BUAT CARA NI ABAH, TAK MUNGKIN BAGI KITA KAWIN NGAN ABANG JO. SEBAB ABAH TAK SUKA. SEBAB TU KITA BUAT MACAM NI. ABAH AMPUNKAN KITA ABAH.KITA MINTA MAAF DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI UJUNG KAKI YE ABAH. ABAH JANGANLAH MARAH KAT KITA YE ABAH. ABAH KITA MINTA MAAF BANYAK2. ABAH, ABANG JO BAIK ORANGNYA,DIA TAK PERNAH WAT JAHAT KAT KITA. DIA SLALU BAIK NGAN KITA.ABAH JANGAN RISAU NANTI 1 HARI KITA BALIK JUGA.ABAH JANGAN RISAU NANTI KAT SANE ABANG JO JAGA KITA BAIK2 ABAH, JUGA ADIK, HANGPA TOLONG JAGA MAK AYAH YE.
PIJAH SAYANG KAT HANGPA SEMUA.

PIJAH

Ikuti kisah selanjutnya:
Saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan kira-kira jam 11 malam semalam (13 Feb 2010), yang meminta bantuan saya untuk mencari adik perempuan rakannya yang hilang sejak 12 Feb.
Oleh kerana saya amat penat ketika itu, saya meminta tangguh kepadanya untuk datang menemui rakannya hari ini (14 Feb 2010).
Setelah membuat temujanji, akhirnya saya menemui keluarga ini kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Kg Setia Jaya, Setapak.
Saya juga meminta rakan dari Utusan Malaysia, Angelina Sinyang datang untuk kes ini supaya maklumat kehilangan dapat disebarkan lebih meluas.
Ramai datang berkumpul di rumah ini termasuk beberapa anak muda dari kampung  ini yang sejak dua hari lalu berusaha mencari Norlaili di sekitar Lembah Klang termasuk menanpal dan mengedar kira-kira 1000 risalah mengenai kehilangan itu.
Saya amat bersimpati dengan keluarga ini kerana saya lihat keluarga ini benar-benar bingung akan kehilangan Norlalili yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh.
Bagi keluarga ini, mereka terpaksa menanggung risiko akan apa jua tindakan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan kembali anak tersayang.
Ayah Norlaili, Omar Mahmud, 55 tahun, bekerja sebagai pemandu peribadi, manakala ibunya, Rokiah Ratih 50 tahun, sejak 10 tahun lalu menderita penyakit di bahagian otak yang agak kronik.
Rokiah sudah seolah-olah hilang ingatan dan sukar mengingati serta hanya berdiam diri. Berbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya, namun gagal.
Norlaili anak ke 4 dari 5 beradik. Abangnya Mustapa Kamal 26 tahun, Kakak, Siti Norlaila 24, Noor Haslinda 22 dan adiknya Roslin Intan Nurul Amira, 16 tahun.
Norlaili disedari hilang setelah keluar dari rumah jam 11 pagi, Jumaat lalu dan mengikut katanya, dia ke rumah rakannya di Taman Melawati.
Jam 7 petang, dia masih belum pulang dan keluarga lalu menghubungi rakannya, bagaimanapun dimaklumkan, Norlalili tidak datang ke rumahnya.
Telefon bimbitnya tidak berjawab dan usaha mencarinya dilakukan termasuk menghubungi rakan-rakannya yang lain.
Mereka juga syak, mungkin Norlali keluar bersama seorang lelaki warga Indonesia bernama Sarjo seperti yang pernah diceritakannya dahulu dan dakwanya mempunyai keluarga di Kg Kemensah, Hulu Kelang.
Sarjo dipercayai berasal dari Jawa Timur.
Pencarian juga gagal di Kg Kemensah.
Jam 10-57 malam, Omar menerima satu khidmat pesanan ringkas dari Norlaili:
“Abah, pijah minta maaf banyak2, pijah sekarang dekat johor bharu, pijah nak pergi indonesia, pijah dalam pejalanan kapal laut ferri, abh tadi pijah sorok surat dalam almari tuya simpan pisau, bawah belenda”
Laporan polis kemudian dibuat di Balai Taman Melawati.
Menurut keluarganya, Norlaili seorang anak yang baik dan tidak pernah melakukan perkara yang tidak disenangi keluarga malah selalu berkorban menjaga ibunya yang sakit.
Tahun lalu, dia mengikuti PLKN Siri 6/2009 Kumpulan 3 di Benum Hill Resort, Raub Pahang..
Keluarganya percaya, Norlaili mengenali seorang buruh warga Indonesia bernama Sarjo (abang Jo) di sebuah tapak pembinaan kondominium yang terletak hanya di seberang jalan rumah mereka beberapa tahun lalu.
Dan kini, kondominium itu telahpun siap dan telah diduduki , dan tiada lagi buruh binaan di situ.
Norlaili juga didapati telah menjual salah satu dari dua telefon bimbitnya kepada rakannya beberapa jam sebelum dipercayai meninggalkan negara ini.
Dan sejak SMS pada jam 10-57 malam itu, telefon bimbitnya gagal dihubungi.
Bagaimanapun , masih belum dipastikan, kesahihan lokasi sebenar Norlalili samada masih berada di negara ini atau telah ke Indonesia seperti dakwaan dalam SMS nya.
Ketika keluar, Norlaili memakai baju kemeja hitam-kuning berlengan panjang dan berseluar jeans serta bertudung.hitam.
Sebarang maklumat mengenai Norlaili, anda boleh salurkan kepada saya, atau mana-mana balai polis atau terus kepada keluarganya
Omar Mahmud (ayah) – 017-3107234

Mustapa Kamal Omar (abang) – 016-2690277

Post Lain Yang Berkaitan

20 Comments

  • Pada 2010.02.14 13:55, Azrul Hisham menulis:

    salam bang, minta kebenaran guna foto abang…nanti saya kredit kat abang…

    • Pada 2010.02.14 14:12, Aus menulis:

      ada lagi kes cmni .

      • Pada 2010.02.14 14:35, noor afzan menulis:

        lagi2 kes nih.
        lombok juga ke ni eh?
        x insaf2 bebudak ni..

        • Pada 2010.02.14 16:33, AvaTaR menulis:

          sbenarnya budak ni x salah.. mungkin kena ilmu itam, kita xtau lg.. panamapun, yg salah mat indon tu.. kalau dpat, mmg rompong gigi dia..

          kes org hilang mcam ni media tv patut beri peranan.. sebarkan dlm berita.. spt kes2 bunuh sblum ni, mmg berkesan..

          • Pada 2010.02.14 17:10, Anonymous menulis:

            Laknat betul budak Indon ni. Tak ada lagi ke Minah Indon dia nak sapu? Nak ambil perempuan Melayu juga. Semoga Allah menemukan semula gadis mentah ini dengan keluarganya. baik budak Indon ni ada muslihat. Itu yang dia tak tahu. Kemungkinan dia tak dapat menyesuaikan diri di Indon. Di sana boleh kahwin tanpa wali ke? Rosak Indonesia ni!

            sri hartamas

            • Pada 2010.02.15 00:09, Anonymous menulis:

              ayoyo…ensem sangat ke abang sarjo tu haa…baik amik aku nie haa…sayang, comel2 mat indon yg dapat…apa kes!!!

              • Pada 2010.02.15 02:40, Anonymous menulis:

                ermm kes dah berulang kali… kene ilmu guna-guna ke apa..? kat malaysia punya laa lengkap.. kat sana juga yg dia nak.. masalah2.. smoga budak nie kembali ke pangkuan keluarganya..

                • Pada 2010.02.15 02:44, Anonymous menulis:

                  klau dia tetiba hantar msg dr indonesia.. xkan x bley kesan koordinat no h/phne tu..? klau boleh kan senng nk cari..

                  • Pada 2010.02.15 03:32, 9W2HRZ menulis:

                    bang.. mintak kebenaran guna artikel untuk di tempelkan dalam blog saya. dan dah disumberkan ke blog abg.

                    tq

                    • Pada 2010.02.15 03:49, azka menulis:

                      aku pernah berbual dengan sorang tokey ni, dia ada pekerja indo dari lombok. aku duk tanya dia apasal mat2 lombok ni suka buat lari2 anak dara orang.

                      tokey tu cakap, memang kat sana dah jadi macam budaya diorang buat lari anak dara untuk kawin, sebab sana susah nak kawin. dia kata, kena buat lari dulu baru dapat kawin.

                      • Pada 2010.02.15 05:35, ^ ZuMaWaMBa ^ menulis:

                        pendek nye akal budak pompuan tu…

                        • Pada 2010.02.15 17:40, V.I.C @ D.I.A.N.A menulis:

                          Seorang pakcik yang dikenali sebagai Pak Tua yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah menetap di Malaysia lebih dari 30 tahun pernah memberitahu saya bahawa…

                          "Orang2 muda dari Indonesia sekarang ni tidak datang dengan tangan kosong. Sebaliknya mereka bawa teman"

                          "Teman halus ini digunakan untuk membuat majikan mereka mudah kasihan pada mereka dan wanita melayu mudah jatuh kasih"

                          Pak Tua ni ada ilmu juga rasanya. Dia selalu menjadi tempat rujukan bagi pendatang Indon yang sudah lama mahupun yang baru sampai ke Malaysia. Beliau mempunyai beberapa rumah sewa yang rata2nya didiami oleh pekerja2 Indon. Walaupun berasal dari Indonesia, Pak Tua menyelar perbuatan pemuda Indon sekarang yang katanya sudah ramai syirik dan bersahabatkan syaitan.

                          • Pada 2010.02.16 04:45, ROHAIFI AZRI menulis:

                            ASSALAMUALAIKUM BRO…
                            MINTAK PIHAK POLIS AMBIL DATA DARI SYARIKAT TELEKOMUNIKASI. KESAN DI MANA LOKASI TERAKHIR TELEFON BIMBIT TU AKTIF. RASANYA PIHAK SYARIKAT TELEKOMUNIKASI BLEH KESAN MELALUI SISTEMNYA.

                            • Pada 2010.02.17 03:43, Awie menulis:

                              aku rase budak tu xbersalah sepenuhnye…die masih mentah lagi,
                              mungkin budak tu terkena pukau.
                              sian family die aku tgk…
                              kalau abg jo tu hensem mcm Irwanshah xpela jugak….
                              budak tu pn sweet je =p
                              biasanya kalau kes mcm ni budak tu dah selamat da kat indon sane

                              • Pada 2010.02.17 04:39, jawa peranakan menulis:

                                tuan..mohon izin pinjam foto.. penghargaan untuk tuan..

                                • Pada 2010.02.17 05:35, Ann menulis:

                                  sayunya tgk gambar abg norlaili & ahli keluarga yg lain…ada lagi kes camni..hmm..

                                  • Pada 2010.02.17 05:54, hayatiharun menulis:

                                    Baru beberapa ari sy tak buka blog abg ni…dah mcm2 berita kat dlm ni rupanya..maklumla bila dah balik kpg ni..selalunya masa mesti penuh…apepun kes yg ni paling terkesan dihati sya..nampak sangant bebudak skrg ni mmg jenis pendek akal..apa sajalah yg dikejar,apa saja yg dicari..kerana mengejar cinta..akibat dimasa akan datang belum tahu lagi bagaimana…minta dijauhkan pada anak2 saya…

                                    • Pada 2010.02.17 08:32, " C.A.R's 39 " menulis:

                                      ada mungkin budak tu da terkene ilmu guna-guna..!! ermmm

                                      • Pada 2010.02.20 06:03, winter gurl menulis:

                                        Semalam tengok berita TV3 , temu ramah dgn gadis ni …hehe sempat lagi dia bermake up dagn gincu tebal mengalahkan Ning Baizura ….hehe

                                        Anyway , bagus juga dia balik , kasihan kat family dia.

                                        • Pada 2010.05.26 00:48, N@zihah menulis:

                                          slm..waahh gerunnya, dek kerana penangan cinta berbisa kononnya!
                                          mudah2an tak terjadi pada diri saya, juga pada adik2 perempuan saya.huhuhu..sedihnya ayah dia~

                                          You must be logged in to post a comment.