Di Sebalik Kilang Plastik – Kilang DVD Cetak Rompak
Kawasan Perindustrian Kg Jaya
Sungei Buloh
Selangor
6 Jun 2009Di hadapannya kilang plastik.
Tiada siapa menyangka, menganjur ke belakang kira-kira 100 meter, deretan bangunan di dalam kawasan kilang ini, terdapat satu lagi kilang.
Dan, pemilik kilang plastik dan pengawal keselamatan mendakwa, mereka tidak mengetahui kilang apakah di belakang yang berada di dalam kawasan mereka.
Hasil maklumat dan risikan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Putrajaya, akhirnya membongkar sesuatu.Rupa-rupanya, terdapat sebuah kilang mencetak DVD cetak rompak.
Dianggap antara yang terbesar setakat ini.
Ketika serbuan dilakukan, dipercayai kerja-kerja mencetak sedang dilakukan.Bagaimanapun, pekerja berjaya melarikan diri dipercayai menggunakan ‘lorong tikus’ yang terletak di bahagian belakang kilang yang menembusi blok sebelah.
4 mesin mencetak DVD disita dan pelbagai perlatan dan barangan membuat DVD bernilai kira-kira RM8 juta dirampas.
Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Mohd Roslan Mohiyuddin, kilang ini dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira setahun lalu.
Dan bagi mengurangkan bunyi bising ketika kerja-kerja mencetak dilakukan, dinding premis ini juga dibuat sebagai kalis bunyi.
Dianggarkan kira-kira 30 ribu keping DVD dicetak setiap hari untuk pasaran seluruh negara.Pelbagai tajuk filem dan perisian permainan komputer ditemui.
Turut ditemui bahan mentah dan bahan kimia untuk membuat cakera optik sebelum dijadikan DVD dan berpuluh ribu DVD yang telah siap dicetak.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4, Akta Cakera Optik 2000.
Dan siapa sangka, usaha untuk mengabui pihak berkuasa, akhirnya terbongkar juga…
Kepada anda yang tidak pernah melihat peralatan/mesin mencetak DVD, foto-foto ini boleh menjelaskannya.






Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.


