Ditembak Mati Ketika Menukar Tayar

Lorong Tiong Nam 5
Kuala Lumpur
6 Mei, 2009

Motif pembunuhan masih belum diketahui.

Adakah membabitkan pembunuh upahan?
Balas dendam?

Kejadian berlaku kira-kira jam 9-30 pagi tadi di Lorong Tiong Nam 5, Kuala Lumpur.
Mangsa sebelumnya sedang memandu vannya apabila tiba-tiba tayar vannya bocor.
Mangsa , Chew Yee Peng, 52 tahun, kemudian memberhentikan vannya berhampiran sebuah restoran. Ketika dia telah membuka tayarnya yang bocor itu, tiba-tiba dua lelaki menaiki sebuah motosikal terus berhenti berhampiran Chew dan mengacu pistol tepat ke arahnya
Dipercayai sekurang-kurangnya dua das tembakan dilepaskan tepat ke dadanya.
Chew maut serta-merta di tempat kejadian.
Kedua-dua lelaki terbabit terus memecut motosikal meninggalkan tempat kejadian.

Post Lain Yang Berkaitan

10 Comments

  • Pada 2009.05.06 08:06, mariam menulis:

    Lorong Tiong Nam 5 ni kat mana ek???

    apa kes sebenar ni ek? dendam? along? rompakan?

    tak sabar tggu kisah sebenarnya…

    • Pada 2009.05.06 10:37, November menulis:

      Lorong Tiong Nam 5 ni dekat ngan Putra Place (The Mall). dlm gmbr no.3 tu nmpak The Mall..

      sian nyer..ape la salah die smpai org tembak ni?

      • Pada 2009.05.06 23:37, Cikinto Marcello menulis:

        haah kat area2 jalan chow kit..hee, hye november :)

        • Pada 2009.05.07 03:44, LanaBulu menulis:

          Terlalu mudah mereka membuat keputusan. Nampak gaya pihak berkuasa kena lebih bertindak..

          • Pada 2009.05.08 10:52, on the scene menulis:

            lorong tiong nam ni tak tau la nama apek ke atau nama burung.
            tapi kalau namanya Tiong Enam, kenapa ada tiong nam 1, 2, 3, 4, 5, 6.

            lorong ni popular dgn pelbagai kes yg menjadikan anda sendiri kdng2 tak selera utk melaluinya…

            • Pada 2009.05.08 13:43, [email protected] menulis:

              adakah penunggang motosikal itu tidak berpuas hati dengan cara mangsa menukar tayar vannya bocor? pembunuhan adakalanya berlaku akibat hobi.

              • Pada 2009.05.09 02:59, on the scene menulis:

                amir– HAHAHAA..!!aku gelak 2 hari baca komen ni…!!!! lojiknya ada jugak tu bro…

                • Pada 2009.05.10 16:57, Anonymous menulis:

                  macam kerja pembunuh upahan. tiba-tiba tayar bocor, kemudian ada orang datang tembak? tak mungkin

                  • Pada 2009.05.11 03:25, on the scene menulis:

                    dan kadang2 fikir, mcm dalam filem pulak…

                    • Pada 2009.06.04 16:14, Anonymous menulis:

                      i'm sure ni sume dh di plan by penembak tuh..dasyat btol zmn skrg ni..nyawa org dh xde nilai..

                      You must be logged in to post a comment.