Fasha Sanda dan Lena AF9 Di Bilik Mayat
Bilik Mayat
Pusat Perubatan UKM
Cheras, Kuala Lumpur
1 November 2011
Susulan laporan berita Identiti Mayat Berbau Dikenalpasti.
Saya menerima maklumat mengenai susulan kes ini dari seorang rakan kira-kira jam 1 petang tadi, tetapi kerana ada tugasan lain, saya terpaksa meminta bantuan 2 rakan wartawan lain (Asmah- Harian Metro dan Angie – Utusan Malaysia) untuk ke PPUKM.
Identiti mayat lelaki tersebut dikenalpasti sebagai Mazlan Mohamad, 29 tahun dari Semporna , Sabah.
Bagaimanapun punca sebenar kematian hanya akan diketahui hasil laporan dari bedah siasat.
Apakah kaitan Fasha Sanda dan Lena AF9 di dalam kes ini, dan mengapa mereka berada di bilik mayat Pusat Perubatan UKM?
Bagi Fasha, yang sebenarnya kali pertama melihat mayat berkata, kematian arwah merupakan satu kehilangan besar buat dirinya dan ibunya, Halijah Teh Man.
Mazlan merupakan anak angkat kepada ibu Fasha sejak beberapa tahun lalu, dan hubungan mereka sekeluarga amat rapat.Menurut Fasha, arwah merupakan seorang yang baik dan kelakar serta rajin bekerja.
“Arwah anak angkat mama selepas mama menjadi salah seorang pelanggan barangan jenama Coway yang dibeli daripada arwah yang juga ejen jualan barangan itu. Saya tidak menyangka arwah pergi dalam keadaan seperti ini dan berdoa agar ditempatkan di kalangan orang beriman.”
Kali terakhir Fasha bertemu arwah ialah ketika hari terbuka hari raya salonnya pada 21 Oktober lalu, dan merasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis harijadi anak saudaranya itu.
Bagi Lenabir Haidir atau lebih dikenali sebagai Lena AF9, Mazlan merupakan rakan rapatnya dan menganggapnya sebagai saudara.Perkenalan mereka ketika arwah berusaha mencarinya di Semporna, Sabah ketika Lena bersama Akademi Fantasia 9 kerana amat meminati Lena dan sebagai peminat fanatik.
“Kali terakhir saya menemui arwah ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir anak saudaranya baru-baru ini. Ketika itu, arwah sudah menunjukkan tanda-tanda pelik dengan meminta keluarga dan rakan terdekat memakai pakaian serba putih.” .
“Sepanjang majlis pada malam 26 Oktober lalu serentak dengan sambutan perayaan Deepavali itu, arwah tidak ceria seperti selalu malah tidak mahu bergambar bersama kami. Saya sedih dan terkilan kerana tidak memenuhi permintaannya yang mahu saya memakai baju kurung putih yang dibelikan khusus untuk saya.”
Arwah Mazlan turut mempunyai kembarnya, Aslan yang menurutnya, Mazlan keluar rumah tergesa-gesa kira-kira jam 8 pagi, 27 Oktober lalu sebaik menerima panggilan telefon dengan menaiki kereta Vivanya.
Menurut Aslan , arwah ketika itu sedang bersiap untuk keluar bekerja dan hanya dimaklumkan arwah mahu keluar sebentar kerana ada urusan.“Arwah terus hilang dan gagal dihubungi, kami hanya tahu mengenai keadaannya selepas membaca laporan akhbar dan menonton televisyen yang menyiarkan berita penemuan satu mayat di Ampang, semalam (kelmarin).
“Bagi mengesahkan arwah adalah abang saya, kami sekeluarga datang ke PPUKM untuk membuat pengecaman sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.”
Sebagai pasangan kembar yang tidak pernah berpisah, dia terkejut dan tidak percaya dengan kejadian yang menimpa abangnya itu.
“Arwah sempat menghadiahkan saya sebuah telefon bimbit kononnya sebagai tanda kenangan. Saya tidak menyangka ia petanda abang akan tinggalkan saya buat selamanya.”
Difahamkan, jenazah arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Batu Dua, Semporna, Sabah.Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.






Salam takziah kepada keluarga mangsa. berharap keputusan bedah siasat akan diketahui segera.
*cantik je fasha walau pakai simple2 macam tu~
gadisbunga recently posted..Bila puncak Gunung Kinabalu tersergam di depan mata…
no komen la..
naimulfirdaus recently posted..cerita lucah ustazah melayu bertudung cantik
Takziah dan moga arwah jenazah ditempatkan di sisi hamba2Nya yg beriman.
Bertudung tu syarat ke SOP? Hairan tengok sebilangan kita yg bertudung terutama di mahkamah n upacara keagamaan
Mohd Aidil “Yob” Jamaludin recently posted..Siri Ensiklopedia Tanya Jawab Retro
takziah…daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali…
arena84 recently posted..Kisah 4 Penumpang Keretapi (Serius Lawak!)