Foto Dari Blog Anda Dikomersialkan Pihak Lain Tanpa Kebenaran
Kuala Lumpur
Belumpun saya sempat mengabiskan entry-entry di bawah, saya terpaksa mengutamakan satu kes terbaru ini.
Butiran lanjut saya tidak boleh mendedahkannya buat ketika ini.
Bagaimanapun, ianya sesuatu yang amat mengecewakan malah boleh dianggap satu penganiayaan kepada kita sebagai blogger yang tidak diupah atau dibayar gaji untuk membuat blog.
Mungkin boleh dimaafkan lagi jika ada antara sesama kita ‘copy-paste’ mana-mana bahan, foto di dalam blog kita dan diletakkan di dalam blog lain.
Tanpa kredit pada kita pun, paling tidak, kita akan berkecil hati.
Hatta jika ada blog lain mengaku, foto yang kita rakam itu, sebagai mereka yang ambil, pun paling tidak kita memaki-hamun orang itu.
Selagi ia tidak melibatkan nilai komersial, kita mungkin masih boleh menahan rasa sakit hati, kecewa dan hampa itu.
TETAPI, apabila hasil kita diambil oleh pihak lain, tanpa kebenaran kita, dan langsung tidak berhubung dengan kita mengenainya, atau juga ‘deal’ dengan kita dan mereka pula mendapat bayaran dari hasil rompakan itu – maka kaya rayalah mereka.
Watermark tidak menjamin hasil kita tidak dirompak, kerana watermark boleh di’remove’, tetapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk melindungi harta kita.
Bayangkan, apa perasaan anda, foto lembu sedang bersalin yang anda rakam dan anda letak dalam blog anda, tiba-tiba dah jadi sebahagian foto di dalam iklan susu formula sebuah syarikat susu bayi.
Apa juga rasa hati anda, apabila anda susah payah memanjat gunung, dan anda rakam foto di atas itu bersama kekasih anda, dan anda siar di dalam blog, tiba-tiba foto yang sama keluar dalam satu iklan seluar dalam sebuah syarikat pakaian dalam di Balakong…
Semua itu mampu menganggu fikiran anda.
Mereka senang lenang, kaya raya atas hasil anda dengan cara paling menjijikkan, dan sukar pula untuk mengakuinya.
Oleh itu, nasihat di sini, mungkin anda harus ikuti:
1- Jangan ‘delete’ foto asal yang anda rakam, walaupun anda telah upload ke dalam blog. Ia boleh dijadikan bukti, bahwa ia hakmilik anda jika ada pertikaian.
2-Letakkan watermark, walaupun watermark sebenarnya boleh di’remove’.
3-Foto digital mempunyai data EXIF (Exchangeable Image File Format). Ia mencatatkan semua data mengenai kamera apa yang anda guna, tarikh, waktu, setting dan maklumat mengenai foto yang dirakam. Ia boleh membantu dari segi forensik.
Bagaimanapun,jika kamera anda diperbuat dari buluh, mungkin data EXIF tidak ada.
4-Sebarang cubaan pihak yang mengkormersialkan hasil anda itu untuk berbincang, setelah mereka mengetahui mereka berjaya dikesan, pastikan anda bersama peguam. Ia mampu melindungi anda dari lebih ditipu dan dirompak oleh mereka.
5-Buat laporan polis. Bergaduh suami isteripun ada orang buat laporan polis, inikan pula harta anda dirompak.
6-Jangan takut ke mahkamah. Sebenarnya ‘perompak’ itu lebih takut untuk ke mahkamah, kerana ia mampu memufliskan mereka.
Sedangkan pak haji yang tak sekolah pun serta tiada blog,pergi mahkamah kerana disaman membawa 3 cucunya di atas motoiskal, inikan pula anda, yang tahu membaca, menulis dan berblogging.
7-Carikan semua bukti yang ada mengenai bahan anda yang dikomersialkan secara haram itu. Jika ada di dalam internet, ‘save’ kan helaian itu. Lakukan screen-capture. Jika ada poster, risalah itu, dapatkannya.
Jika foto anda ambil itu, anda terjumpa di billboard tepi lebuhraya, dinasihatkan, jangan tumbangkan billboard itu kerana ini boleh menyebabkan anda akan didakwa. Rakamkan foto billboard itu.
8- Bertenang. Jangan panik. Jika anda memang mempunyai bukti yang amat kukuh, dan dibantu oleh peguam , anda boleh menang kes ini, walaupun mungkin ia memakan masa lama. Berbaloi anda menang RM1 juta berbanding dengan tekanan jiwa, emosi dan maruah anda yang terpaksa anda tanggung.
9- Jadikan ia sebagai pengajaran kepada ‘perompak’ komersial ini kerana mereka dah lama kaya raya hasil susah payah orang lain.
Mengapa saya kemukakan entry ini?
Aduan dari seorang pembaca ondscene di mana foto di dalam blognya digunakan tanpa kebenaran oleh pihak tertentu untuk tujuan komersial/promosi/iklan untuk kerajaan negeri sebuah negeri di Malaysia.
Bukti sedang dikumpulkan – banyak, amat banyak…
Post Lain Yang Berkaitan
23 Comments
You must be logged in to post a comment.



hai, seronok tol kaye ngn hasil org lain . mmg haru la . sgt la sentap kot bile tgk hasil titik peluh sendirik org duk jaja 1 malaya . nk ngadu, xde channel . nk ketengah, xde plk duet nk byr lawyer sume . haru biru ! x rase bersalah ke bile amek hak org tu ? duet punye penangan, tolak semua hukum manusia n tuhan . tsk tsk tsk .. not gud not gud !
Bro sham u ada mara sama saya ka pasai saya ada kasi remove itu Tanda [email protected] saya ada kasi kredit sama debit untuk ini blog juga kalu.
Terima KaseYYY…..
ReentryCapsule recently posted..SIAPA KATA MALAYSIA TAKDER HOMELESS
tu la jugak terjadi kepada sorg penulis blog..gmbar diambil dan dibuang watermark pas tu kasi keluar majalah..tak bgtau lgsung..col pun tak
Salah satu cara ialah disable right click web saudara…
TT yang patut buat ni semua sebenarnya.
Banyak gambar TT yang digunakan oleh blog lain dan majalah juga saya rasa. Biasalah, Malaysia ni nak jadi negara maju tapi dengan mentaliti dunia ketiga. Nak merompak hasil kerja orang lain jer.
Dah ada watermark, kenapa nak buang? Kan tu mencuri namanya. Bagilah kredit kepada orang yang penat-penat ambil gambar. Kalau dah mencuri, maknanya hasil blog tu pun kira sebagai hasil mencuri juga kan?
zezebel recently posted..How to know if youre in love
salam brother O..
macam2 kes ada sekarang
aku kadang2 ada juga pinjam gambar dari mr. google =)
saya sokong..
memang bangsat itew worg, mau buncit perut sendiri shj.. hampeh!
wow…ini kes besar…..dptkan nasihat perundangan yang secukupnya…..
Firza recently posted..Beli- Baca dan Bercuti ke New Zealand
bangsat itu orang!!
entry ini bole jadi panduan tq.
semut api recently posted..Anak kecil main api
lahanat,
tak sabar nak tau siapa orang tu..
Ramai orang upload gambar² cantik mereka tanpa watermark…itu memang bahaya.
Untuk entri blog, saya ahli berdaftar gettyimages.com . Guna gambar yang available for commercial use
Kujie recently posted..Berani buat terima padahkalau tak sedia ucap syahadah
kamera diperbuat daripada buluh kahkahkahkah…..
macam mana pula kalau ambil gambar orang lain dan letak pada blog?
dan tuan ampunya blog ada menjadi agensi iklan nuffnang yang juga boleh menjana pendapatan? haram atau halal?
ape opinion u, menjwb kpd soalan u ni ? halal or haram ? cmne jatuh hukun haram n halal tu ye ? menarik gak soalan ni .. membuka minda .
agensi iklan lain bnyk gk kn ? nuffnang tu 1 of them la kn .. u ade blog ye, n u pkai nuffnang ?
rasanya kalau cakap pasal hukum hakam ni, baik bertanya pada para golongan yang lebih arif la, then boleh share balik kat sini jawapan dia ea.. nak senang cerita, before ambil someone punya barang, bgtau la dulu, jadinya xjadilah haram gitu, idak cik semot ? ni pemahaman orang biasa2 la..
foto bersama kekasih jadik iklan suar dalam? kamera buluh? wakakakaka….macam2. nak wat camne? susah nak ajar orang sempit pemikiran tapi panjang akal lagi tangan dan lagi dan lagi…
mungkin gak saman yang boleh ajar diorang kot…
aik foto bersama kekasih atas bukit jadi iklan seluar dalam??
Apa buat atas bukit sehingga tinggal seluar dalam aje?
Lovelyvic recently posted..Mati Terjatuh Selepas Seks Dengan 3 Lelaki
Tq. info yg amat berguna.
nak gelak pon ada baca contoh2 dia, hehe.. adoiyai, release tension kejap baca,
…
Salam…
Memang takde etika kalu mcm tu… apatah lagi terhadap mereka2 yg menjadikan gambar sebagai sumber pencarian (jurugambar dsb)…
Ustaz Love recently posted..Nazar Si Botak
izyan.com selalu curi gambar orang lain kemudian letak watermark dia. benci btul dgn izyan.com
aku pernah jd mangsa dia. gambar aku dia letak watermark dia. mmg xde akhlak!
untuk sahabat yang nak saman kerajaan sebuah negeri tu.. kalau dapat nanti mintak sikit eh… hehehehe
bujang recently posted..FULAMAKKKKKKKKKK CAYALAH FATHUL
Ni jenis semasa belajar kat univeriti dulu kuat mengamalkan plagiat. Terbawa-bawa sampai dah kerja. Tu sebab plagiat dan seumpamanya tanpa memberi kredit@quote diharamkan.