Hijack Lori, Rempuh Kereta, Pintu Gerbang, Akhirnya Terbalik
Jalan Loke Yew
Kuala Lumpur
13 Disember 2008
Penyamun-penyamun ini bolehlah dikategorikan hebat tetapi bodoh…
Bukan sahaja dapat melarikan sebuah treler panjang lebih 12 meter, malah berjaya membolosi laluan sempit di sebuah lorong dan merempuh pelbagai objek termasuk pintu gerbang
Semuanya bermula kira-kira jam 6 pagi apabila treler membawa muatan bahan membuat sabun ini di samun di satu lokasi berhampiran pusat bandaraya.

Lima lelaki melarikan treler ini ketika ia ditinggalkan pemandunya ketika untuk membuang air kecil.
Satu laporan polis kemudian dibuat atas kehilangan treler ini.

Bagaimanapun, entah idea dari mana, penyamun-penyamun terbabit memasuki pusat bandar dan melalui jalan Loke yew yang terkenal dengan sibuknya.
Treler ini berjaya dikesan polis di Sungei Besi kira-kira jam 6-30 pagi dan berlakulah adegan seperti dalam filem.
Sebesar-besar, sepanjang-panjang treler ini, manalah dapat memecut macam kereta yang ada turbo.
Paling tidak, tekan minyak sampai habispun, takkan dapat kelajuan 100km/jam di tambah dengan panjang dan besarnyanya treler ini dan sarat dengan muatan.
Kecekapan penyamun teruji apabila dia membelokkan trelernya memasuki Jalan Gajus, satu laluan sempit dan mempunyai banyak simpang.
Banyak kereta dan motosikal diletakkan di tepi jalan, kerana ia kawasan yang mempunyai banyak restoran.
Malang sungguh kepada mereka yang letak kenderaan di tepi jalan di pagi itu kerana beberapa buah darinya dirempuh, diseret treler terbabit.

Sekurang-kurangnya tiga buah kenderaan remuk.
Setelah melalui dua persimpangan yang biasanya hanya boleh dilalui sebuah kenderaan, ia memasuki laluan yang ada pintu gerbang.
Pintu gerbang itu juga dirempuh sambil mengeret sebuah kereta bersamanya.
Tiang pintu gerbang juga tercabut.
Sekali lagi treler ini terpaksa melalui dua lagi simpang sebelum berjaya ke jalan besar.

Sebuah papantanda juga tumbang.
Ketika itu, kereta peronda yang mengejar dan cuba menghalang laluan treler hampir 10 buah.

Akhirnya, setelah bergesel dengan sebatang pokok besar dan menumbangkan papantanda, treler ini berjaya ke Jalan Dewan Bahasa.

Mungkin akibat panik, penyamun cuba membelok ke arah sebuah kawasan perkuburan, yang menyebabkan ia akhirnya terbalik…
Berakhirnya tugas penyamun itu, di mana dua dari mereka berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri…

Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.



hebat lesen mereka tu..cara pemanduan mereka itu tiada dalam sukatan pelajaran JPJ..
sepandai-pandai tupai melompat…
‘sehebat-hebat’ Bush, akhirnya dibaling kasut jua…
tu mesti sebab pengaruh filem TAMIL tu..
biasanya hero filem TAMIL boleh bawak lori sambil rempuh apa sahaja di depan tanpa ditangkap polis..
itula…masa saya sampai di lokasi, rasa macam pernah ku lihat keadaan ini di TV…!!!
suruh depa nih bayar sekali ganti rugi semua mangsa kenderaan dan kerajaan malaysia sebelum kenakan saman.
gila betul, mesti depa nih nekad juga nak larikan diri.