Identiti Mayat Berbau Dikenalpasti
Taman Cahaya,
Ampang, Selangor
1 November 2011
(kemaskini)
Semalam, 31 Oktober 2011, polis menemui mayat seorang lelaki yang hampir reput dan berbau yang hanya berseluar pendek di tangga tingkat 3 sebuah bangunan rumah kedai.
Ia setelah laporan dibuat kira-kira jam 11.30 pagi oleh penduduk yang terhidu bau busuk di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, siasatan awal mendapati mangsa telah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayatnya.
Identitinya juga sukar dikenalpasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui termasuk samada ia merupakan rakyat tempatan atau asing.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan UKM untuk bedah siasat.
Dan hari ini, identiti lelaki terbabit telah dikenalpasti dan mangsa ada kaitan perhubungan dengan seorang penyanyi wanita sebuah program realiti TV.
Mangsa juga merupakan anak angkat kepada ibu seorang pelakon wanita terkenal.
Butiran lanjut dan foto-foto akan disiarkan selepas ini.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..
naimulfirdaus recently posted..inilah orang Islam yang hina agamanya sendiri
Ish..mati mengejut ke…takziah..
arena84 recently posted..Subhanallah! Misteri Seni Semulajadi Ais Gergasi
[...] Susulan laporan berita Identiti Mayat Berbau Dikenalpasti. [...]