Kafe Siber Yang Sebenarnya Premis Judi
Taman Sg Besi Indah
Balakong, Selangor
4 April, 2011
10 malam
Taruhan serendah RM1 dan ada yang sanggup bertaruh sehingga RM200.
Dipercayai sudah beroperasi sejak 3 bulan lalu, dari luar, ia dikenali sebagai kafe siber dan ‘dibuka’ 24 jam sehari dan mampu mengaut keuntungan lebih RM100,000 sebulan.
Bagaimanapun, hanya pelanggan tetap dan dikenali sahaja dibenarkan masuk – premis ini juga dilengkapi dengan CCTV dan pintunya pula dikawal secara elektronik dari kaunter
Hasil intipan selama seminggu, kafe siber palsu ini akhirnya diserbu sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D-7) IPK Selangor dibantu IPD Serdang dan berjaya menahan dua penjaga premis warga asing.
Operasi diketuai ASP Mohd Yuzir Othman - merampas wang tunai lebih RM500 dan menyita 20 unit komputer yang dilengkapi perisian judi.
Turut ditahan, dua warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai bekerja sebagai penjaga premis dan 9 pelanggan termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 dan 30an.
Yuzir berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya bagi mengenal pasti pemilik premis dan Kes disiasat mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
Pic- Ruby
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



mak oi..masyukkkkkkkk…..
saye yg tinggal dekat2 sini pun tak tau wujudnya premis mcm ni kat sini…..sah2 hanya “expert2″ dalam “gambling” je yang tau ni…..huhuhuhu
banyak lagi temapt2 yang tak diketahui..harap pihak berkuasa g buat spot check kat kawasan damansara
wow, rm100k sebulan, kalau dah 3 bulan beroperasi jadi 300k untung. Jadi saya cadangkan agar denda 5 kali ganda nilai keuntungan & 20 tahun penjara seperti hukuman rasuah, barulah ada gentar sikit orang nak bukak kedai judi ni