Kalaulah Betul-betul Bom…
Jalan Sri Hartamas 3
Sri Hartamas, Kuala Lumpur
26 Oktober, 2011
1 petang
Tentu tiada siapa yang inginkan pengalaman sebegini – suatu objek yang amat-amat mencurigakan, ‘melekat’ pada kenderaan anda, yang mungkin boleh jadi, bahan letupan seumpamanya ataupun alat kawalan jauh atau apa saja yang tidak terfikirkan dalam fikiran.
Kejadian ini menyebabkan sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom PDRM dengan robot Wheelbarrow MK-7 terpaksa digegaskan ke tempat kejadian.
Begitu juga anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Sri Hartamas
dan polis sebagai langkah berjaga-jaga.
Kira-kira jam 12 tengahari, seorang wanita yang menemui alat tersebut dilekatkan pada bahagian berhampiran tayar/tangki minyak kenderaan pacuan 4 rodanya, segera memaklumkan kepada polis.
(Ada beberapa versi tidak dapat disahkan bagaimana ianya terjumpa oleh wanita terbabit. Difahamkan ia ditemui ketika wanita itu menghantar kenderaannya untuk dicuci di sebuah pusat cucian kereta dan ianya ditemui oleh pekerja ketika hendak mencucinya. Kereta kemudian dipandu ke tempat selamat dan agak jauh dari bangunan/kenderaan/orangramai dan ditinggalkan di sini sebelum polis tiba).
Semua laluan di kawasan sekitar ke lokasi kejadian ditutup kepada semua kenderaan dan orangramai.

Orangramai juga hanya dibenarkan berada pada jarak kira-kira 100 meter.
MK-7 kemudian menjalankan tugasnya dengan melakukan pemeriksaan sambil dikawal/dipantau melalui skrin.
Kira-kira sejam masa diambil bagi kerja-kerja analisis dan menanggalkan objek tersebut dari kenderaan dan perlu dilakukan berhati-hati.
Dan jam 3.16 petang petang, wisel ditiup menandakan objek tersebut akan dimusnahkan oleh MK-7 setelah ditanggalkan dari badan kenderaan jenis Toyota Hilux tersebut dan diletakkan pada tempat selamat.
Jam 3.17 petang, objek tersebut dimusnahkan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bricksfield,Supt Aida Abd Hamid, pemeriksaan kemudian mendapati, objek tersebut disahkan bukan bom atau bahan letupan, tetapi objek menyerupai seperti antenna.
Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan.
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
You must be logged in to post a comment.







mesti ada sesuatu di sebalik perletakan benda tu kan
naimulfirdaus recently posted..cerita lucah ustazah melayu bertudung cantik
so kesimpulannya, apa benda tu? apa fungsi benda tu hingga diletakkan ke kereta tu?
namapak comel robot tu
typing error- nampak comel robot tu
walaupun objek tersebut bukan bom, tapi bermanfaat jugak kes ini , ibarat latihan unit pemusnah bom..robot pun boleh diuji berkesan ke tak..yea tak..? ha ha..
harap bro sham ada maklumat lanjut apa sebenarnya objek itu..
latep recently posted..Cuti-cuti Malaysia…