Kanak-kanak Perempuan 5 tahun -Mati Dipercayai Didera
MALAYSIA
26 Feb 2010
entry ini tiada foto…
Jam 8-30 malam semalam, dua lelaki membawa mayat seorang kanak-kanak perempuan ke Hospital, mendakwa mangsa mati akibat kemalangan jalanraya dan dakwa mereka, mangsa meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital
Mereka kemudian meninggalkan hospital kerana mendakwa mahu membuat laporan di balai trafik. (yang sebenarnya, mereka melarikan diri)
Bagaimanapun, doktor mencurigainya, kerana keadaan mayat yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu, kemudian menghubungi polis.
Terdapat kesan kecederaan teruk pada badan mangsa.
Mangsa dipercayai didera.
Dan akhirnya, pagi tadi, kedua-dua lelaki terbabit , yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa, berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan.
Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah yang saya hubungi pagi tadi, beberapa minit sebelum beliau berangkat ke luar negara.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



aduhhh kesiannya anak malang itu …rupanya masih ada lagi "binatang" dalam hati manusia hingga tergamak mendera anak kecil
kenapa la manusi semakin kejam
Haiwan ganas yg bertopengkan manusia ….
mak sy berade d lokasi kejadian smlm… adik sy dimasokn ke hospital yg sama smlm sbb demam panas..
tp tak sangke ianya kes dera terhadap mangsa.. kerana lelaki yg membawa kanak2 itu mengatakn kanak2 itu jatuh moto…