PPR Seri Semarak dan
PPR Kg Baru Ayer Panas,
Setapak, Kuala Lumpur
14 Februari 2012
1 pagi dan 2.30 pagi
Kes ini disyaki perbuatan khianat – dan akhirnya turut menimpa mereka yang tidak ada kaitan.
Kira-kira jam 1.20 pagi, saya mendapat maklumat mengenai kejadian ini yang berlaku di Blok D PPR Seri Semarak, lalu segera ke lokasi.
14 buah motosikal terbakar, 3 darinya hangus sama-sekali.
Penduduk yang menyedari kejadian, bertindak membantu memadamkan kebakaran.
Sebuah kereta juga nyaris disambar api.
Siasatan dilakukan oleh Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dibantu Unit Pengesan.
Dan ketika sedang melakukan siasatan di lokasi, bomba menerima 1 lagi panggilan kebakaran membabitkan kes yang hampir sama.
Kali ini di Blok H, PPR Kampung Baru Ayer panas, Setapak – hanya kira-kira 1 kilometer dari lokasi sebelumnya.
Sebuah motosikal hangus sama-sekali, dan sebuah kereta dipecahkan cermin tepi.
Motosikal dan kereta dimiliki oleh pemilik yang sama.
Kejadian ini dipercayai ada kaitan dengan perbuatan membalas dendam antara kumpulan yang bertelingkah.


















Tak pasal2 kenderaan yang lain pun terbakar sama
Simpati dgn apa yang berlaku… Moga Allah membalas
perbuatan manusia itu..
Assalamualaikum,
Motosikal dan kereta dari pemilik yang sama? Mmmmm mesti dia stress tersangat. Takziah kepada semua mangsa yang tak ada kaitan, ini namanya…geng yang gaduh, moto pulak yang hangus! Boleh claim insuran tak?