Kejam – Mayat Gadis Dibakar Ditemui

Jalan Bukit Belacan
Lembah Jaya Utara,
 Ampang, Selangor
5 September 2011
2 petang
 

Rujuk entry ini untuk kemaskini 6 September 2011 – Susulan Penemuan Mayat Gadis Dibakar

 

Sungguh tragis dan kejam.

Usianya dipercayai hanya belasan tahun.

Namun, mangsa menemui ajal dengan keadaan amat menyayatkan hati.

Mayatnya ditemui oleh orangramai yang ternampak sesuatu di dalam semak di tepi jalan, lalu memaklumkan kepada polis.

Pada mulanya disangkakan anak patung.

Hasil pemeriksaan polis, mayat ditemui dalam keadaan kira-kira 80 peratusnya badannya terbakar.

Hanya cebisan baju yang masih melekat di beberapa bahagian tubuh.

Bahagian muka langsung tidak dikenali.

Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaludin,  siasatan tidak menemui sebarang identiti pengenalan diri pada mayat mangsa.

Siasatan masih dilakukan samada mangsa dibunuh dahulu sebelum dibakar atau mungkin juga dibakar hidup-hidup.

Apakah sebenarnya yang berlaku sehingga mangsa diperlakukan sebegini kejam?

Nota:

Hari ini sahaja ada 2 kemalangan maut di Selangor – kedua-duanya saya tidak sempat tiba di lokasi.

Kira-kira jam 5 petang, seorang penunggang maut apabila kepalanya digilis sebuah lori tangki setelah terjatuh dari motosikal apabila motosikalnya bergesel dengan sebuah kereta berhampiran susur Ukay Perdana di Jalan Lingkaran Tengah 2 dari arah Taman Melawati.

Akibat kesesakan jalanraya yang amat teruk, yang juga dipantau oleh helikopter Unit Udara PDRM, saya terlewat hanya kira-kira 3 minit sebelum mayat di bawa ke hospital.

Dalam perjalanan ke lokasi kemalangan di atas, satu lagi kemalangan maut berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong LDP berhampiran terowong di SS 2, Damansara Jaya.

 

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

You must be logged in to post a comment.