Kelar Leher Sendiri Untuk Bunuh Diri
Kampung Koskan,
Jalan Sungai Buaya
Hulu Selangor
10 Jan 2012
11 pagi
Ada pelbagai cara manusia membunuh diri – seperti terjun dari tempat/bangunan tinggi hinggalah seperti mengelar pergelangan tangan sendiri.
Ada yang terus mati, dan ada juga yang tidak sempat mati.
Bagaimanapun, kes ini berlaku begitu ‘brutal’ sekali apabila mangsa mengelar sendiri lehernya.
Mayat mangsa , 26 tahun yang tidak berbaju dan hanya berseluar jean biru ditemui di tempat duduk pemandu oleh seorang lelaki semasa mahu ke Kuil Sri Maha Mariamman jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, polis yang membuat pemeriksaan sebaik menerima laporan mendapati, mangsa sudah mati semasa ditemui dipercayai akibat mengalami pendarahan teruk selepas lehernya dikelar.
Siasatan dalam kereta menemui sebilah pisau lipat berwarna merah bersebelahan mayat, manakala satu botol arak kosong di atas tempat duduk penumpang.
Mangsa dipercayai mengelar pergelangan tangannya sendiri sebelum mengelar leher dengan pisau lipat menyebabkan darah terpercik pada cermin kereta dan tempat duduk pemandu.
Bagaimanapun , barangan milik mangsa yang bekerja di sebuah syarikat kereta seperti dompet berisi wang tunai, kad pengenalan dan kad-kad bank serta telefon bimbit mangsa tidak diusik.
Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian bagaimanapun akan diteruskan.
Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.



macam macam aish… orang zaman sekarang.
ngeri ngilu
Kujie recently posted..Akhirnya Proton Dah Tukar Baru